07/10/2025
PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025
Tarikh : 07 Oktober 2025 (Selas)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan KRT Kuala Tiga Tanah Merah
Telah berlangsung Program Latih Amal Dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dirasmikan oleh Pen. Pengarah Unit Kebajikan Produktif Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Puan Nur Ibtisam Binti Ilham di Dewan KRT Kuala Tiga,Tanah Merah.
Objektif program ini adalah :
▪ Menjelaskan peranan dan tanggungjawab JKM sebelum, semasa dan selepas bencana mengikut PTO Pengurusan Bencana JKM
▪ Menjelaskan peranan dan tanggungjawab Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan Pengurusan Bencana serta penglibatan di dalam PPS yang dibuka
▪ Menjelaskan peranan dan tanggungjawab Pengurus, Penyelia dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
▪ Memantapkan dan mengeratkan lagi kerjasama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sukarelawan, pemimpin tempatan dan komuniti dalam pengurusan bencana
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan