Qaryah Ramadan Tanah Merah

Qaryah Ramadan Tanah Merah Program Qaryah Ramadan Tanah Merah ialah inisiatif mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian rohani, kebajikan dan ukhuwah bersama masyarakat setempat.

Tokoh Qiraat Dunia Bersama AndaInsyaAllah kita akan menerima kunjungan ulama al-Quran antarabangsa, Syeikh Ahmad Isa al‑...
15/03/2026

Tokoh Qiraat Dunia Bersama Anda

InsyaAllah kita akan menerima kunjungan ulama al-Quran antarabangsa, Syeikh Ahmad Isa al‑Ma’sarawi — tokoh besar dalam bidang qiraat dan sanad al-Quran dari Mesir.

Beliau merupakan bekas Sheikh al-‘Umum al-Muqarri’een di Al-Azhar University serta pakar dalam Qiraat ‘Asharah yang telah mengijazahkan ramai huffaz dan qari dari seluruh dunia.

✨ Peluang yang sangat berharga untuk kita semua:

- Mengambil barakah daripada ulama al-Quran
- Mendekatkan diri dengan sanad bacaan al-Quran

Jangan lepaskan peluang menghadiri program istimewa bersama tokoh rujukan sanad al-Quran dunia ini.

📍 Jom hadir beramai-ramai dan sebarkan kepada sahabat serta keluarga.

Ilmu al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi diwarisi melalui sanad para ulama.




Alhamdulillah, tadarus al-Quran terus berlangsung setiap hari di Qaryah Ramadan.Ayat demi ayat dibaca, semoga menjadi ca...
15/03/2026

Alhamdulillah, tadarus al-Quran terus berlangsung setiap hari di Qaryah Ramadan.

Ayat demi ayat dibaca, semoga menjadi cahaya dan syafaat buat kita semua.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini benar-benar mendekatkan hati kita dengan al-Quran. 🌙📖



Tetamu Istimewa di Qaryah Ramadan Tanah Merah Alhamdulillah, Qaryah Ramadan Tanah Merah bakal menerima kehadiran dua ima...
12/03/2026

Tetamu Istimewa di Qaryah Ramadan Tanah Merah

Alhamdulillah, Qaryah Ramadan Tanah Merah bakal menerima kehadiran dua imam jemputan khas dari Mesir yang akan mengimamkan solat serta memeriahkan suasana ibadah sepanjang program ini.

📿 Sheikh Ahmad Isa Al-Masrawi
📿 Sheikh Hisyam Abdul Bari

Kehadiran para sheikh ini pastinya akan menambah lagi kemerduan bacaan al-Quran serta menghidupkan malam-malam Ramadan dengan suasana yang penuh keberkatan.

🗓 16 Mac – 20 Mac 2026

Jom sama-sama kita hadir memeriahkan Qaryah Ramadan Tanah Merah.

Ambil peluang merasai pengalaman solat dan mendengar bacaan al-Quran daripada imam jemputan antarabangsa secara langsung.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dengan ibadah yang lebih khusyuk dan hati yang lebih dekat dengan Allah. 🤲

Jumpa di Qaryah Ramadan!




Subhanallah… siapa sempat tengok gerhana bulan tadi ? 🌑Admin tidak sempat tengok, dapat gambar dari hantaran facebook da...
03/03/2026

Subhanallah… siapa sempat tengok gerhana bulan tadi ? 🌑

Admin tidak sempat tengok, dapat gambar dari hantaran facebook dan whatsApp jer.

Fenomena ni bukan sesuatu yang seram atau mistik. Secara sains, gerhana bulan berlaku bila bumi berada di antara matahari dan bulan.
Cahaya matahari terhalang, dan sebahagiannya dibiaskan oleh atmosfera bumi — sebab tu bulan nampak kemerahan.
Islam p**a ajar kita lihat lebih jauh daripada sekadar fenomena fizikal. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah jadikannya sebagai peringatan buat hamba-hamba-Nya.
Dalam al-Quran, Allah menyebut tentang keadaan bulan dan matahari yang dihimpunkan — memberi isyarat tentang hari kiamat.

Gerhana seolah-olah “latihan visual” supaya manusia sedar bahawa sistem alam ini ada Pengatur yang Maha Berkuasa.

Hikmah gerhana sangat besar:
🌙 Mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah yang mengatur cakerawala dengan begitu tepat.
🌙 Mengikis kepercayaan tahyul dan khurafat.
🌙 Mengajak manusia kembali tunduk dan berdoa — sebab itu dianjurkan solat sunat gerhana.
🌙 Membuka ruang muhasabah diri, kerana bila alam berubah seketika, hati sepatutnya turut tersentuh.

Kadang-kadang Allah gelapkan bulan seketika, supaya hati kita kembali bercahaya.

Semoga setiap fenomena alam menjadikan kita lebih kenal dan dekat dengan-Nya 🤍

Credit gambar dan video kepada pemilik asal dari Facebook dan whatsApp

CERAMAH PENGHAYATAN NUZUL AL-QURAN & BADAR KUBRAPeringkat Negeri Kelantan 1447HManfaatkan malam Nuzul Al-Quran anda deng...
02/03/2026

CERAMAH PENGHAYATAN NUZUL AL-QURAN & BADAR KUBRA

Peringkat Negeri Kelantan 1447H

Manfaatkan malam Nuzul Al-Quran anda dengan kisah agung turunnya Al-Quran & semangat Badar Kubra yang menggoncang jiwa!

🗓 6 Mac 2026 (JUMAAT)
📍 Di Qaryah Ramadan Tanah Merah (Dataran Majlis Daerah)

🌟 Pengisian istimewa:
🕌 4.45 Petang – Tadarus Al-Quran & Iftar Perdana
🕌 8.30 Malam – Solat Isyak & Tarawih
🎤 9.30 Malam – Ceramah Perdana yang menyentuh hati!

🔥 Semua dijemput hadir!
Bawa keluarga, sahabat & ajak satu kampung!

Ramadan bukan sekadar hadir…
Biarlah ia meninggalkan kesan dalam jiwa kita.

LENSA QARYAH RAMADAN 📍 Kursus Umrah Santai & Penuh PengisianAlhamdulillah, suasana kursus umrah di Qaryah Ramadan Tanah ...
01/03/2026

LENSA QARYAH RAMADAN

📍 Kursus Umrah Santai & Penuh Pengisian

Alhamdulillah, suasana kursus umrah di Qaryah Ramadan Tanah Merah pagi semalam memang terasa lain macam… santai tapi padat 😊

Yang hadir bukan sekadar nak tahu cara pakai ihram atau rukun umrah semata-mata, tapi nak faham betul-betul perjalanan menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram dan menziarahi Masjid Nabawi.

Kita sembang santai,
👉 Apa persediaan sebelum berangkat
👉 Apa perkara yang selalu orang terlepas pandang
👉 Macam mana nak kekal fokus ibadah walau ramai orang

Yang paling best, soalan-soalan peserta memang “hidup”! Dari isu niat, dam, sampai ke tips jaga kesihatan di Tanah Suci.

Walaupun belum hadir menjadi tetamu Ramadan di Baitullah, Insya-Allah pasakkan niat dalam hati untuk menjasi tetamu Allah pada bulan Ramadan akan datang.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً"
“Sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan menyamai (pahalanya seperti) haji.”




20 HARI SAHAJA BERBAKI RAMADAN ✨Masa makin suntuk… pahala masih terbuka luas 🤲🏻Qaryah Ramadan Tanah Merah masih membuka ...
27/02/2026

20 HARI SAHAJA BERBAKI RAMADAN ✨

Masa makin suntuk… pahala masih terbuka luas 🤲🏻
Qaryah Ramadan Tanah Merah masih membuka peluang tajaan berbuka puasa bagi baki hari yang ada.

Bayangkan… dalam 20 hari ini, setiap suapan orang berbuka, setiap doa orang yang kekenyangan — mengalir pahala buat kita

🍽 Tajaan atas nama sendiri / ibu ayah / arwah tersayang
🤍 Doa khas buat penaja
📌 Pengurusan telus & teratur

HANYA RM 250/hari sahaja

Jangan tunggu Ramadan hampir pergi baru kita menyesal.
Rebut peluang gandakan saham akhirat di saat-saat terakhir ini.

📲 PM segera untuk pilih tarikh sebelum slot penuh!



JEMPUTAN KURSUS UMRAH PERCUMA QARYAH RAMADAN TANAH MERAH 🌙Assalamualaikum & salam sejahtera warga tanah merah🤍Anda berha...
26/02/2026

JEMPUTAN KURSUS UMRAH PERCUMA QARYAH RAMADAN TANAH MERAH 🌙

Assalamualaikum & salam sejahtera warga tanah merah🤍

Anda berhajat nak ke Tanah Suci tapi masih banyak persoalan?

Atau nak lebih yakin sebelum berangkat menunaikan umrah?

Jom hadir Kursus Umrah Percuma — santai, mudah faham dan penuh panduan praktikal bermula dari persiapan, ibadah hinggalah tips di sana.

🕌 Tempat : Qaryah Ramadan Tanah Merah, Dataran Majlis Daerah Tanah Merah
🗓️ Tarikh : 28/2/2026 (SABTU)
⏰ Masa : 8.00 PAGI - 10.30 PAGI
👨🏻‍🏫 Penceramah : Ustaz Wan Abu Bakar Bin Wan Mahussin

Sesuai untuk bakal jemaah, yang merancang masa depan, malah yang sekadar nak tambah ilmu pun dialu-alukan 👍

📌 Tempat terbuka - jemput share kepada keluarga & sahabat.

Semoga dengan ilmu, perjalanan umrah kita lebih tenang dan sempurna 🤲✨

Jumpa anda nanti!




LENSA QARYAH RAMADANAlhamdulillah 🤍Waktu petang di Qaryah Ramadan semalam diisi dengan pengisian Perang Youm Kippur yang...
26/02/2026

LENSA QARYAH RAMADAN

Alhamdulillah 🤍

Waktu petang di Qaryah Ramadan semalam diisi dengan pengisian Perang Youm Kippur yang sangat bermanfaat disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Malik bin Abdul Karim — membincangkan berkenaan sejarah peperangan yang berlaku dalam sejarah antara Arab-Israel.

Suasana santai tetapi penuh khusyuk, anak muda dan rombongan daripada pelajar-pelajar Pondok Padang Bongor, Belimbing, Tanah Merah. Inilah antara keindahan Ramadan — bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menghidupkan hati dengan kefahaman agama.

Semoga setiap langkah hadir ke majlis ilmu menjadi asbab keberkatan hidup kita semua.

📍 Qaryah Ramadan Tanah Merah
🕌 Terbuka kepada semua muslimin & muslimat




Address

Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qaryah Ramadan Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category