21/07/2025
Taklimat Pembangunan Pelancongan Daerah Tangkak oleh Pejabat Daerah Tangkak dan Majlis Daerah Tangkak Bersama Pengarah Tourism Johor dan Pemain Industri Pelancongan
Satu sesi taklimat dan perjumpaan bersama pemain industri pelancongan telah diadakan oleh Pejabat Daerah Tangkak dengan kerjasama Majlis Daerah Tangkak, bersempena Sesi Lawatan Pengarah Tourism Johor ke Lokasi-Lokasi Projek Pembangunan Pelancongan di Daerah Tangkak. Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor telah mengetuai lawatan sebagai sebahagian usaha memperkukuhkan jaringan strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi pelancongan negeri, dan penggiat industri pelancongan setempat.
Taklimat ini bertujuan:
β’ Membentangkan perancangan pembangunan pelancongan Daerah Tangkak, khususnya menjelang penganjuran Visit Johor 2026
β’ Mendengar pandangan, cabaran dan cadangan daripada persatuan serta pengusaha produk pelancongan
β’ Meningkatkan sinergi dan kolaborasi berterusan antara pihak berkuasa dan pemain industri ke arah pembangunan pelancongan yang mampan dan inklusif.
Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ts. Mohd Johari bin Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak, yang turut menekankan komitmen berterusan pihak pentadbiran daerah dalam menyokong pertumbuhan sektor pelancongan melalui kerjasama antara pelbagai agensi dan komuniti setempat.
Turut hadir sama dalam sesi ini ialah Encik Taufik bin Bahar, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, selain wakil-wakil daripada pelbagai sektor pelancongan termasuk pengusaha homestay, produk eko-pelancongan, pengendali taman rekreasi, agensi pelancongan, serta pengusaha makanan dan kraf tempatan.
Delegasi turut mengadakan lawatan ke Medan Selera D'Sumping seta Air Terjun Gunung Ledang bagi memantau persiapan terkini kawasan tersebut dalam menunggu tempoh masa yang sesuai untuk dibuka kembali kepada pengunjung.