20/07/2026
ππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππππππ ππππππ & ππππππ ππππ ππππππππ ππππππ ππππ
180726 | SABTU
DEWAN PUTRA PADANG LEREK
Alhamdulillah,sejurus selesai Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ledang 2026,telah berlangsung p**a Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ledang dalam suasana yang penuh semangat,meriah dan harmoni..
Majlis kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ledang dan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ledang diadakan pada malam yang sama serta di lokasi yang sama..
Walaupun berlangsung pada waktu yang berbeza,pendekatan ini jelas melambangkan kesepaduan,kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang semakin utuh dalam keluarga besar UMNO Bahagian Ledang..
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Nadhirah Afiqah Binti Datuk Haji Abdul Rahim,Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Serom,merangkap Ketua Puteri Umno Bahagian Ledang..
Ucapan yang disampaikan sarat dengan amanat dan suntikan semangat kepada seluruh barisan Pemuda dan Puteri agar terus menjadi pelapis kepimpinan yang berwibawa serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan parti..
Turut bersama memeriahkan majlis ialah YB Sahrihan Bin Jani,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang,serta Tuan Haji Arifudin Bin Wagiman selaku wakil UMNO Bahagian Ledang yang turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada seluruh perwakilan..
Majlis turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti helmet,barangan motosikal dan barangan elektrik..
Suasana penuh ceria dan keterujaan jelas terpancar dalam kalangan para perwakilan yang hadir sehingga ke penghujung program.
Pemuda UMNO Bahagian Ledang di bawah kepimpinan Sdr. Zahid Bin Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan Pemuda yang telah hadir,memberikan komitmen serta menjayakan keseluruhan perjalanan program..
Semoga semangat yang dizahirkan pada malam ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan perjuangan,mempererat ukhuwah dan menggerakkan agenda parti dengan lebih tersusun demi masa depan UMNO serta rakyat di Bahagian Ledang..