24/07/2026
πππππππ πππππ ππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππ ππππππ πππππππππ πππππππ ππππππ (πππ) ππππππ ππππ π
πππ π ππ ππππππ πππππππ, πππππ
TANGKAK | 10 JULAI 2026 (JUMAAT)
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat di tapak berhubung status semasa pelaksanaan projek RTB Sungai Muar Fasa 2 oleh YBrs. Ir. Ts. Juliana binti Abdullah, Jurutera Projek dari Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan (UPPP) Negeri Johor.
YB Timbalan Menteri dan delegasi PETRA kemudiannya meninjau secara dekat, tapak Projek RTB Sungai Muar Fasa 2 yang dilaksanakan untuk mengurangkan risiko banjir di Daerah Muar dan Daerah Tangkak. Pelaksanaan projek ini penting demi meningkatkan daya tahan bencana serta memastikan kesejahteraan komuniti setempat terutamanya di sekitar Sungai Muar terus terpelihara.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA serta YBrs. Encik Alifnur Iskandar bin Mohamad Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Jurutera Daerah JPS Tangkak serta warga kerja JPS Tangkak.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak PETRA bersama Kerajaan Negeri Johor dan agensi-agensi terlibat bagi memastikan perlaksanaan projek banjir dilaksanakan dengan lebih cekap dan memberi manfaat kepada rakyat.