Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang

Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang
(SL 03), Jalan Sungai Kajang Baru
45500 Tg Karang, Selangor

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 π‡π€π‰πˆ π‘πŽπ’π‹πˆ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun jasa dan kenangan akan terus te...
02/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 π‡π€π‰πˆ π‘πŽπ’π‹πˆ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun jasa dan kenangan akan terus terpahat dalam ingatan.

Telah berlangsung Majlis Persaraan PBK II Haji Rosli Bin Wahab sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala khidmat bakti, komitmen serta dedikasi beliau sepanjang menabur jasa dalam perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang selama 32 tahun 8 bulan. Tahniah juga buat PBBK II Mohamad Faiszi Bin Hamdan atas kelahiran bayi baharu. Semoga menjadi anak yang soleh.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Zon 7 Sabak Bernam, Ketua-Ketua Balai serta Pegawai-Pegawai Kanan Zon 7 Sabak Bernam.

Antara momen penuh bermakna ialah thumprint dan punch card terakhir sebagai simbolik menamatkan perjalanan perkhidmatan, sebelum beliau diraikan dengan perarakan menaiki Light Operation Vehicle (LOV).

Selamat bersara, PBK II Haji Rosli Bin Wahab
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kenangan yang telah dicurahkan. Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan masa yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

Jasamu dikenang, budimu disanjung. ❀️‍πŸ”₯





π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 π‡π€π‰πˆ π‘πŽπ’π‹πˆ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁Setinggi-tinggi penghargaan dan t...
02/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 π‡π€π‰πˆ π‘πŽπ’π‹πˆ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas 32 tahun khidmat bakti, dedikasi dan pengorbanan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang.

Segala jasa, pengalaman, tunjuk ajar dan kenangan bersama warga balai akan sentiasa dikenang.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa dikenang, budi disanjung. πŸš’β€οΈ

πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π π‘π”πŒπ€π‡TANJONG KARANG | 31 OGOS 2026 (ISNIN)πŸš’ BALAI TERLIBATβ€’ BBP Tanjong Karang – 1 FRTβ€’ BBP Kuala Selangor – 1...
31/08/2026

πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π π‘π”πŒπ€π‡

TANJONG KARANG | 31 OGOS 2026 (ISNIN)

πŸš’ BALAI TERLIBAT
β€’ BBP Tanjong Karang – 1 FRT
β€’ BBP Kuala Selangor – 1 FRT

πŸ‘¨β€πŸš’ KEKUATAN ANGGOTA
PBK I: 1 | PB: 7 | PBB: 2
Komander Operasi: PBK I Ismayudin Bin Ibrahim

BBP Tanjong Karang menerima panggilan kecemasan pada jam 03:42 pagi berhubung kebakaran rumah di No 18 Jalan 2 Taman Murni, Tanjong Karang.

Setibanya di lokasi, hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan Rumah No. 18 (70%) dan Rumah No. 16 (5%), daripada keseluruhan struktur rumah.

Pasukan bomba menggunakan 1 aliran sepanjang 300 kaki dengan 2 pancutan, menggunakan bekalan air daripada jentera dan pili bomba. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 05:38 pagi.

MAKLUMAT MANGSA;
Seorang lelaki dewasa, Agilan A/L Subramaniam, mengalami kecederaan melecur pada kaki dan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang oleh waris sebelum ketibaan pasukan bomba.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang operasi.

β€œCEPAT DAN MESRA”

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„ πŸ”πŸ—Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk ...
31/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„ πŸ”πŸ—

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk kita terus menjaga keamanan, menghargai pengorbanan para pejuang dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuhkan perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu padu.

β€œMalaysia Tanah Airku, Kesejahteraan Dinikmati.” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ€π‹π€πˆ ππŽπŒππ€ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€πŒπ€π“ π“π€ππ‰πŽππ† πŠπ€π‘π€ππ† ππˆπ‹. πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan...
26/08/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ€π‹π€πˆ ππŽπŒππ€ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€πŒπ€π“ π“π€ππ‰πŽππ† πŠπ€π‘π€ππ† ππˆπ‹. πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026
⏰ Masa: 9.30 pagi
πŸ“ Lokasi: Bay Balai, BBP Tanjong Karang
πŸ‘¨β€πŸš’ Pengerusi: PPgB Mohd Tarmizi Bin Latib

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Balai Bil. 6/2026 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan, pentadbiran, kesiapsiagaan serta kelancaran operasi balai.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan tugasan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memastikan tahap kesiapsiagaan warga balai sentiasa berada pada tahap terbaik.

β€œSiap Sedia Setiap Masa.” πŸš’πŸ§‘β€πŸš’





πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 ο·Ί πŸπŸ’πŸ’πŸπ‡ πŸŒ™Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.Marilah kita bersama-sama memp...
24/08/2026

πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 ο·Ί πŸπŸ’πŸ’πŸπ‡ πŸŒ™

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran Rasulullah ο·Ί dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

✨ β€œBarangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
β€” Riwayat An-Nasa’i, No. 1297

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus subur di hati dan menjadi pedoman dalam menjalani kehidupan yang penuh keberkatan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul ο·Ί.
β€œBerselawat, mencintai Rasulullah ο·Ί, menghidupkan sunnah Baginda.”

Ikhlas daripada
Ketua Balai & Seluruh Warga Kerja
Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YS Datuk Abdul Razak Bin Muda
24/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan YS Datuk Abdul Razak Bin Muda

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YS Datuk Abdul Razak bin Muda,
Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas penganugerahan
Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Semoga pengiktirafan berprestij ini menjadi penghargaan bermakna atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga YS Datuk terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan dalam memimpin serta melaksanakan amanah demi kecemerlangan JBPM dan kesejahteraan masyarakat.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang amat membanggakan ini buat seluruh warga jabatan.

π‹π€ππŽπ‘π€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 – πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πŠπ‡π€π’ πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π˜π€TARIKH/MASA: 24 OGOS 2026 | 0058 HRSALAMAT: SELEKOH BATU 7 TANJONG KARA...
23/08/2026

π‹π€ππŽπ‘π€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 – πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πŠπ‡π€π’ πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π˜π€

TARIKH/MASA: 24 OGOS 2026 | 0058 HRS
ALAMAT: SELEKOH BATU 7 TANJONG KARANG

BALAI TERLIBAT:
◾️BBP TANJUNG KARANG – 1 X FRT
◾️BBP SEKINCHAN – 1 X FRT, 1 X EMRS

JUMLAH KEKUATAN ANGGOTA:
◾️PBT II – 1 ORANG
◾️PBK I – 2 ORANG
◾️PBK II – 4 ORANG
◾️PB – 6 ORANG
◾️PBB – 6 ORANG

PEGAWAI OPERASI:
◾️PBT II Tc. ROSLAN BIN ASRI

KOMANDER OPERASI:
◾️PBK I MUHAMAD FAIZ BIN DAHLAN

AGENSI LAIN TERLIBAT:
◾️POLIS TRAFIK IPD KUALA SELANGOR – 2 ORANG
◾️BALAI POLIS TANJONG KARANG – 2 ORANG
◾️MPV IPD KUALA SELANGOR - 4 ORANG

LAPORAN TERKINI:
KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH LORI TRAILER JENIS VOLVO NOMBOR PENDAFTARAN (VEG 8936) YANG MEMBAWA MUATAN MINYAK HITAM TELAH TERBALIK. TERDAPAT SEORANG MANGSA LELAKI DEWASA BERBANGSA MELAYU, BERUMUR 37 TAHUN, YANG DIDAPATI TERSEPIT DI BAHAGIAN KABIN PEMANDU.

KERJA-KERJA MENYELAMAT DAN MENGELUARKAN MANGSA TELAH DIJALANKAN OLEH PIHAK BOMBA. MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN PADA JAM 0251 HRS DAN SETERUSNYA DISERAHKAN KEPADA PIHAK KKM, HOSPITAL TANJONG KARANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DAN TINDAKAN LANJUT.

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SEPARUH JALAN, KHUSUSNYA DI LALUAN ARAH KLANG, TELAH DILAKSANAKAN BAGI MEMASTIKAN ALIRAN TRAFIK DAPAT BERGERAK DENGAN LANCAR.

OPERASI PEMBERSIHAN TELAH DIHENTIKAN SEMENTARA PADA JAM 0425 HRS SEHINGGA KERJA-KERJA PENGALIHAN LORI SELESAI DILAKSANAKAN.


π‹π€ππŽπ‘π€π πŠπ„π‰π€πƒπˆπ€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πŠπ€ππ„π‹ π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠTarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)Lokasi: Batmen Yayasan Kuala Selangor, SelangorJen...
20/08/2026

π‹π€ππŽπ‘π€π πŠπ„π‰π€πƒπˆπ€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πŠπ€ππ„π‹ π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ

Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
Lokasi: Batmen Yayasan Kuala Selangor, Selangor
Jenis Insiden: Kebakaran Kabel Elektrik
Pasukan: Bravo
Balai Terlibat: BBP Tanjong Karang
Jarak: 19 KM

Garis Masa Kejadian-
21:10: Panggilan kecemasan diterima.
21:39: Operasi terkawal.
21:53: Operasi tamat.

Laporan Awal Kejadian-
Setibanya pasukan bomba di lokasi, Komander Operasi telah membuat pemeriksaan dan penilaian keadaan. Didapati pihak TNB telah tiba di lokasi dan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel elektrik yang terlibat di tiang JY 4/4.

Tindakan Operasi-
Anggota bomba bertindak membuat pemantauan dan memastikan keadaan di lokasi berada dalam keadaan selamat. Pihak TNB meneruskan kerja-kerja pembaikan kabel elektrik yang terlibat. Setelah keadaan disahkan selamat dan tiada tindakan lanjut diperlukan daripada pihak bomba, operasi ditamatkan dan jentera bersama anggota bertolak balik ke balai.

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π”π“πˆπ‹πˆπ“πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π‹πˆπ†π‡π“ πŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ π•π„π‡πˆπ‚π‹π„ (π‹πŽπ•) πŸ’π—πŸ’ | 𝐁𝐁𝐏 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πŠπ€π‘π€ππ†KHAMIS  | 20 OGOS 2026 - Penyerahan k...
20/08/2026

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π”π“πˆπ‹πˆπ“πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π‹πˆπ†π‡π“ πŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ π•π„π‡πˆπ‚π‹π„ (π‹πŽπ•) πŸ’π—πŸ’ | 𝐁𝐁𝐏 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πŠπ€π‘π€ππ†

KHAMIS | 20 OGOS 2026 - Penyerahan kunci utiliti terbaru Light Operation Vehicle (LOV) 4x4 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor telah disempurnakan oleh YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Selangor, kepada Ketua Balai BBP Tanjung Karang, PPgB Mohd Tarmizi Bin Latib.

Penyerahan utiliti ini merupakan satu penambahan aset yang amat bermakna dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi BBP Tanjung Karang dalam melaksanakan tugasan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor atas penyerahan utiliti ini kepada BBP Tanjung Karang.

Amanah dan tanggungjawab ini akan dipelihara serta dijaga sebaiknya demi memastikan aset sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan siap siaga untuk digunakan pada bila-bila masa.

β€œCEPAT DAN MESRA”
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia πŸš’

Address

Tanjung Karang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang:

Shortcuts

Share

Category