24/08/2026
ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️
Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.
Ziarah Encik Romelan Bin Karim di Blok E, Sawah Sempadan, Tanjung Karang .
Hari ini, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang bersama JPKK meneruskan Ziarah Kasih menziarahi beberapa orang rakyat yang sedang diuji dengan pelbagai keuzuran — ada yang mengalami kemalangan, baru menjalani pembedahan, sakit dalaman dan uzur kerana usia.
Bagi kita, mungkin hanya sebuah kunjungan.
Tetapi bagi mereka, kehadiran, perhatian dan doa mampu menjadi sumber kekuatan.
Kita datang bukan sekadar bertanya khabar, tetapi untuk mendengar, menyantuni dan melihat apa yang boleh dibantu.
Khidmat rakyat bukan hanya ketika mereka memerlukan kita. Khidmat rakyat adalah apabila kita hadir ketika mereka paling memerlukan sokongan.
Semoga setiap yang diziarahi dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan, serta dipermudahkan segala urusan.
اللَّهُمَّ اشْفِهِ شِفَاءً تَامًّا، وَعَافِهِ عَافِيَةً دَائِمَةً
“Ya Allah, sembuhkanlah mereka dengan kesembuhan yang sempurna dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲
-23 Ogos 2026-