27/07/2026
Program Open Science Series Talk: Citizen Science dan Data Penyelidikan Dalam Era Sains Terbuka telah dianjurkan sebagai salah satu inisiatif Perpustakaan bagi meningkatkan kesedaran warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap amalan Sains Terbuka (Open Science), khususnya berkaitan konsep Citizen Science dan pengurusan data penyelidikan. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai kepentingan penglibatan masyarakat dalam penyelidikan serta amalan pengurusan dan perkongsian data penyelidikan.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Penceramah telah memperkenalkan konsep Citizen Science sebagai pendekatan
penyelidikan yang melibatkan penyertaan aktif masyarakat dalam proses pengumpulan, pemerhatian dan perkongsian data bagi menyokong penyelidikan saintifik. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyelidikan, malah
menyumbang kepada penghasilan data yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik.
Selain itu, penceramah turut berkongsi pengalaman pelaksanaan projek Citizen Science di UiTM melalui kerjasama antara perpustakaan, penyelidik dan komuniti. Perkongsian tersebut telah disampaikan kepada seramai 153 orang warga UPSI yang menyertai webinar ini, dengan mengetengahkan peranan perpustakaan sebagai pemudah cara dalam menyokong penyelidikan, peningkatkan literasi saintifik serta memperkukuh budaya Sains Terbuka.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga UPSI terhadap budaya penyelidikan yang lebih terbuka, kolaboratif dan berimpak, di samping menggalakkan penerapan amalan pengurusan data penyelidikan yang baik dalam
ekosistem penyelidikan universiti.