13/05/2026
12 Mei 2026 (Selasa)
Hari kedua Program Bootcamp Siri 2 ‘R2C (Road-to-Commercialization) Bootcamp UPSI 2026’ bersama MRANTI telah diteruskan dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada penilaian potensi produk serta hala tuju pengkomersialan.
Para peserta turut didedahkan dengan sesi Commercial-readiness assessment, 360° screening on project viability serta penyediaan Commercialisation Action Plan bagi membantu memperkukuh strategi pembangunan dan pengkomersialan produk inovasi berasaskan penyelidikan.
Semoga program ini terus memberi manfaat dan menjadi platform terbaik dalam melahirkan inovasi yang berimpak tinggi serta berpotensi untuk dikomersialkan.