BersatuBachok

BersatuBachok BERSATU BACHOK PRIHATIN

Bachok 16/10/22 - 82 lagi ahli UMNO meninggalkan umno dan menyertai BERSATUSeramai 82 orang lagi ahli UMNO telah meningg...
17/10/2022

Bachok 16/10/22 - 82 lagi ahli UMNO meninggalkan umno dan menyertai BERSATU

Seramai 82 orang lagi ahli UMNO telah meninggalkan UMNO dengan menyertai Parti BERSATU di Kg Kemasin, Dun Pantai Irama, Bachok. Kebanyakkan mereka tediri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan di Kg Kemasin. Melalui program Jelajah SELAMAT TINGGAL UMNO yang di anjurkan oleh Parti BERSATU Bahagian Bachok yang diadakan di Kedai Kopi Kg Kuala Kemasin, mereka telah menyerahkan borang penyertaan keahlian kepada Ketua Bahagian Bersatu Bachok Hj Mohd Zulkifli Hj Zakaria (Hj Zul) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kelantan.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Hj Zulkifli juga berkata, “dalam siri jelajah SELAMAT TINGGAL UMNO, nanti akan ada juga siri jelajah SELAMAT TINGGAL PH (Pakatan Harapan) yang akan di adakan di beberapa kawasan yang sudah di kenal pasti”.

Manakala Mohd Syukri bin Omar p**a berkata, “mereka menyertai BERSATU kerana kecewa dan sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada umno untuk membela nasib melayu”.


Bachok - Ketua Cawangan UMNO Senok Tok Pakeh bersama 338 orang ahli UMNO menyertai BersatuKetua Cawangan UMNO Senok Tok ...
15/10/2022

Bachok - Ketua Cawangan UMNO Senok Tok Pakeh bersama 338 orang ahli UMNO menyertai Bersatu

Ketua Cawangan UMNO Senok Tok Pakeh Che Ramli Bin Haron telah keluar dari Umno dan menyertai Bersatu bersama 338 orang ahli Umno melalui Program SELAMAT TINGGAL UMNO yang dianjurkan oleh Bersatu Bahagian Bachok. Pogram SELAMAT TINGGAL UMNO telah dilancarkan oleh Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Kelantan Datuk Kamarudin Mohd Nor. Beliau amat terharu dengan sambutan dan kehadiran ahli-ahli UMNO dari cawangan Senok Tok Pakeh dalam majlis penyerahan borang keahlian Bersatu.

Che Ramli Haron turut menyatakan yang beliau amat kecewa dengan kepimpinan UMNO bahagian dan hilang keyakinan kepada pimpinan pusat. Pimpinan UMNO hanya memikirkan tentang kuasa dan kedudukan mereka tanpa mengambilkira kehidupan rakyat yang sedang susah. “Kami amat- amat kecewa” kata beliau.

Sementara itu, Hj Mohd Zulkifli Hj Zakaria
(Hj Zul) selaku Ketua Bahagian Bersatu Bachok yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan bahawa Program “SELAMAT TINGGAL UMNO” akan diteruskan sepanjang tempoh berkempen sebagai persiapan PRU15. Melalui kempen tersebut beliau menganggarkan akan dapat menarik lebih 5,000 orang lagi ahli UMNO dan ahli baru dari kalangan anak muda menyertai BERSATU, menjadikannya 15,000 orang ahli bagi menghadapi PRU15. Beliau cukup yakin yang Perikatan Nasional (PN) dapat menguasai Putrajaya.



Address

KAMPUNG TAWANG
Tawang
16020

Telephone

+60139238854

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BersatuBachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share