Beliawanis PGRS N.67 Balung

Beliawanis PGRS N.67 Balung Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Balung

20/03/2026

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, mengajak rakyat Sabah menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai pemangkin untuk memperbaharui tekad, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina negeri yang lebih maju serta sejahtera.

Beliau berkata, kestabilan politik yang dinikmati ketika ini perlu terus dipelihara kerana ia menjadi asas penting kepada pembangunan dan kemakmuran Sabah.

Pautan berita penuh di ruangan komen....

🌙✨ SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ✨🌙Di kesempatan yang mulia ini, kami daripada Beliawanis ingin mengucapkan Sel...
20/03/2026

🌙✨ SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ✨🌙

Di kesempatan yang mulia ini, kami daripada Beliawanis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita.

Ampun dan maaf dipohon sekiranya terdapat kekhilafan, tutur kata yang mengguris hati, atau perbuatan yang tidak disengajakan sepanjang perkenalan dan kebersamaan kita.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik, berjiwa kental dan sentiasa menyebarkan kebaikan dalam masyarakat.

🌸 Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kasih sayang. 🌸

Ikhlas daripada,
Beliawanis PGRS N.67 Balung

07 MAC 2026 - SABTU/MASJID SRI RANGGU📌MAJLIS TADARUS AL-QURANProgram "Majlis Tadarus Al-Quran" anjuran Pergerakan Wanita...
09/03/2026

07 MAC 2026 - SABTU/MASJID SRI RANGGU

📌MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Program "Majlis Tadarus Al-Quran" anjuran Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Balung dan Beliawanis PGRS N.67 Balung telah diadakan dengan jayanya di Masjid Sri Ranggu, Kampung Ranggu dengan penyertaan seramai 80 orang peserta.Turut hadir bersama Ketua Pergerakan Wanita PGRS Balung Pn. Hjh Norsiah Bayai dan Pn. Isnira Ishak Ketua Pergerakan Beliawanis PGRS Bahagian Balung.

Program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan wanita dan beliawanis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi tadarus Al-Quran secara berkumpulan dalam suasana penuh khusyuk dan harmoni.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan serta memperkukuhkan ukhwah dalam komuniti.

Salam Ramadhan ✨







07/03/2026

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa agung yang menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia.
Semoga kita terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membina masyarakat yang berakhlak, bersatu dan diberkati.

Salam Nuzul Al-Quran ✨✨  "Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat".(kami berbuat demikian...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran ✨✨

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat".(kami berbuat demikian)kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran(jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)

Ad-Dukhan:3

07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini menguatkan lagi keimanan kita, mendekatkan hati kepada ajaran Islam serta membimbing kita menjadi insan yang lebih baik, berakhlak mulia dan sentiasa berusaha melakukan kebaikan.

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membina masyarakat yang harmoni, progresif dan sejahtera.

TAMAN SAWIT BALUNG28 FEB 2026 / SABTUPROGRAM "RAMADHAN PENUH KESYUKURAN" Alhamdulillah selesai Sudah program "RAMADHAN P...
01/03/2026

TAMAN SAWIT BALUNG

28 FEB 2026 / SABTU

PROGRAM "RAMADHAN PENUH KESYUKURAN"

Alhamdulillah selesai Sudah program "RAMADHAN PENUH KESYUKURAN" iaitu di mana Pergerakan Beliawanis PGRS N.67 Balung telah memasak dan mengagihkan bubur ayam di sekitar Bazar Taman Sawit Balung sempena bulan Ramadhan.

Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Beliawanis Balung kerana telah berjaya melaksanakan program "Ramadhan Penuh Kesyukuran" Turut Hadir menjayakan program ini YB Syed Ahmad Syed Abas Adun N67 Balung yang telah meluangkan masa mengagihkan bubur ayam dan berama mesra bersama warga Balung
Semoga kita semua mendapat berkat di dalam bulan suci ini.

Salam Ramadhan 1447H H/2026M Selamat berpuasa!!








19/02/2026
Salam Ramadan 🌙Pergerakan Beliawanis PGRS Bahagian Balung mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat ...
18/02/2026

Salam Ramadan 🌙

Pergerakan Beliawanis PGRS Bahagian Balung mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini penuh keberkatan, dipermudahkan segala urusan, dan membawa kebaikan untuk kita semua.

Selamat berpuasa 🤍





18/02/2026

Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam terutamanya sahabat-sahabat beliawanis di seluruh Sabah !!!

Sama-samalah kita mengambil peluang sempena ketibaan Ramadan kali ini untuk menyemarakkan nilai-nilai kebersamaan perpaduan dan ukhwah sesama kita 🎀🫶🏻

Salam Ramadhan Al Mubarak
🌙🕋🕌

Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beliawanis PGRS N.67 Balung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Beliawanis PGRS N.67 Balung:

Share