UPPM N.70 Kukusan

UPPM N.70 Kukusan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.70 Kukusan

MEMPERKUKUH KOMUNITI, MENGUATKAN JAWATANKUASAPPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri, bersama CDO Kukusan, En. Mohd Khairul Fa...
11/08/2026

MEMPERKUKUH KOMUNITI, MENGUATKAN JAWATANKUASA

PPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri, bersama CDO Kukusan, En. Mohd Khairul Faiz Bin Jairul, menghadiri Mesyuarat Pencalonan Keanggotaan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Fawzi Bin Abd Kadir.

Bagi DUN Kukusan, sebanyak empat kawasan terlibat dalam pencalonan JKDB kali ini, iaitu:-

πŸ“ Taman Ambar Park
πŸ“ Taman Univilla/Kingfook
πŸ“ Taman Riang
πŸ“ Taman Victoria

JKDB menjadi antara penghubung penting di peringkat komuniti untuk membawa suara, keperluan dan isu penduduk setempat.

Semoga barisan yang bakal dilantik dapat terus bekerja bersama masyarakat dan memperkukuh hubungan di akar umbi.







-admin-

09/08/2026

SALAM TAKZIAH

UPPM N.70 Kukusan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Salleh bin Hassan, Pemaju Mukim Balung, atas pemergian beliau menghadap Ilahi.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi. Segala jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham sepanjang berkhidmat kepada masyarakat akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIANUPPM N70 Kukusan dan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili YB  Rina Hj Jainal menghadiri...
08/08/2026

PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

UPPM N70 Kukusan dan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili YB Rina Hj Jainal menghadiri Majlis Perasmian Pertubuhan Perpaduan Etnik Tawau yang berlangsung semalam.

Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Saharudin Bin Saleh, PPM Tanjung Batu, yang mewakili YB Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal Pembantu Menteri kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N71 Tanjung Batu.

Majlis turut menghimpunkan pelbagai etnik yang mewarnai daerah Tawau, antaranya Bugis, Bajau, Banjar, Cina, India, Idahan, Dusun dan banyak lagi.

Kepelbagaian ini dapat dilihat menerusi persembahan kebudayaan dan fashion show yang mengetengahkan keunikan pakaian, budaya dan warisan setiap etnik.

Inilah wajah Tawau pelbagai etnik, pelbagai budaya, tetapi hidup bersama dalam semangat perpaduan dan saling menghormati.

Tahniah diucapkan kepada pengerusi Puan Rosnaini Hj Ahmad pengerusi PPET dan barisan jawatankuasa atas penganjuran kali ini.

Berbeza budaya, bersatu hati.
Tawau milik kita bersama.







-admin-

07/08/2026
07/08/2026

Salam Jumaat 🌹

TINJAUAN ADUAN WARGA EMAS TAMAN HILL TOPCDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz B Jairul, Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail...
06/08/2026

TINJAUAN ADUAN WARGA EMAS TAMAN HILL TOP

CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz B Jairul, Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail dan En Pritchard turun padang mendengar aduan daripada pasangan warga emas, Puan Elizabeth bersama suami di Taman Hill Top berhubung keperluan bahan binaan asas bagi tujuan keselamatan kediaman mereka.

Lawatan ini dibuat susulan kejadian pecah masuk yang berlaku baru-baru ini, yang menyebabkan mereka kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai, komputer, telefon bimbit dan jam tangan.

Hasil tinjauan mendapati terdapat bahagian rumah yang terdedah dan memerlukan penambahbaikan, khususnya pemasangan zink serta broti sebagai penghadang keselamatan. Keadaan kawasan bersebelahan yang telah lama ditinggalkan tanpa penghuni dilihat berpotensi menjadi laluan mudah untuk individu tidak bertanggungjawab memasuki kediaman mereka.

UPPM N.70 Kukusan akan mengambil maklum perkara ini dan menyelaras tindakan susulan agar keperluan asas yang diperlukan dapat diberi perhatian demi memastikan keselamatan serta keselesaan warga emas berkenaan.








-admin-

MESYUARAT PENYELARASAN JKDBMesyuarat Penyelarasan Pelantikan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) telah diada...
23/07/2026

MESYUARAT PENYELARASAN JKDB

Mesyuarat Penyelarasan Pelantikan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) telah diadakan dengan penyertaan Pengerusi dan Setiausaha JKDB Victoria, Univilla/King F**k, Ambar Park dan Hill Top dari DUN Kukusan.

Turut hadir, PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri, CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz B Jairul serta wakil-wakil JKDB dari beberapa DUN lain.







-admin-

Address

17914-1, Gaya Commercial Centre, Jalan Gaya
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6089762763

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.70 Kukusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share