Yusof Khalil

Yusof Khalil Sabahan
✊ Ketua AMK Cabang Kalabakan 2025–2028
| Suara anak muda | Demi Rakyat & Keadilan

Bersama YAB Perdana Menteri dan pasukan Kalabakan dalam misi memperkukuh KEADILAN Sabah. Amanat yang disampaikan hari in...
03/08/2025

Bersama YAB Perdana Menteri dan pasukan Kalabakan dalam misi memperkukuh KEADILAN Sabah. Amanat yang disampaikan hari ini menyuntik semangat perjuangan demi rakyat dan masa depan Sabah yang lebih adil dan inklusif.

Bola tu bulat, semangat tu padu.  PKR, UPKO, AMANAH & DAP satu padang, satu tujuan.
11/06/2025

Bola tu bulat, semangat tu padu.

PKR, UPKO, AMANAH & DAP satu padang, satu tujuan.

Assalamualaikum wbt,Sempena Hari Raya Aidiladha, mari kita hayati nilai pengorbanan dan keikhlasan. Semoga segala usaha ...
07/06/2025

Assalamualaikum wbt,

Sempena Hari Raya Aidiladha, mari kita hayati nilai pengorbanan dan keikhlasan. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT.

Salam hormat dari saya,

Yusof Khalil,
Ketua AMK Kalabakan.

3H2M KONGRESS PKR📍ITCC KK📅22hb - 24hb May 2025Kongres pertama kami sebagai pasukan yang dipilih.Terima kasih kepada semu...
29/05/2025

3H2M KONGRESS PKR
📍ITCC KK
📅22hb - 24hb May 2025

Kongres pertama kami sebagai pasukan yang dipilih.
Terima kasih kepada semua yang percaya dan mengundi kami.
Ini bukan kemenangan kami sahaja — ini kemenangan kita bersama.
Semoga kita terus terbang lebih tinggi, melangkah lebih jauh, dan berjuang lebih gagah.
Bersama, kita buktikan makna sebenar perjuangan anak muda."

🚀

Kami bukan datang sekadar bergambar.Kami datang sebagai satu pasukan — dari Kalabakan, dengan semangat, tekad dan misi y...
29/05/2025

Kami bukan datang sekadar bergambar.
Kami datang sebagai satu pasukan — dari Kalabakan, dengan semangat, tekad dan misi yang jelas.
Barisan AJK AMK Kalabakan berdiri bersama saya, bukan sebagai pengikut, tapi sebagai rakan seperjuangan.
Ini langkah kami, ini suara kami.
Dari tanah Sabah ke pentas nasional — kami bawa harapan, bukan angan-angan.
🔥 AMK bangkit. Kalabakan bersatu. Malaysia bersedia.

Assalamualaikum dan salam hormat dari bumi Kalabakan.Kami bukan datang seorang, tetapi sekapal.Bersama barisan AJK AMK K...
29/05/2025

Assalamualaikum dan salam hormat dari bumi Kalabakan.
Kami bukan datang seorang, tetapi sekapal.
Bersama barisan AJK AMK Kalabakan yang teguh berdiri, kami berlayar jauh ke Kongres 2025 di ITCC — menggalas harapan, menyulam perjuangan.

Setiap daripada kami membawa cerita, membawa semangat, dan membawa suara anak muda dari pelosok kampung hingga ke tengah pentas negara.
Kami bukan sekadar hadir, kami membawa gelombang.
Gelombang perubahan, gelombang suara rakyat, gelombang keberanian.

Saya sebagai Ketua AMK hanya nakhoda — tapi kapal ini takkan ke mana tanpa dayung yang kukuh dan layar yang teguh. AJK saya, tulang belakang gerakan. Bersama kami susun langkah, hadapi badai, dan cari pelangi.

Doakan kami terus kuat, terus bersatu.
Kongres ini bukan penamat, tetapi permulaan gelombang yang lebih besar.
Dari Kalabakan, untuk Malaysia.

Yusof Khalil,
Ketua AMK Kalabakan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada se...
22/04/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh perwakilan pengundi di Kalabakan yang telah memberikan kepercayaan serta sokongan kepada saya. Syukur Alhamdulillah!

Sokongan anda semua amat bermakna dan menjadi kekuatan utama dalam usaha kita membangunkan Kalabakan ke arah yang lebih maju dan sejahtera. Tanpa semangat kebersamaan dan kepercayaan yang diberikan, saya tidak akan berada sampai ke tahap sekarang. Hari Ini saya ada disini kerana suara ANDA.

Saya berjanji akan terus komited untuk membawa suara dan aspirasi anda khususnya anak muda kalabakan ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga kita terus bersatu hati dalam membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Terima kasih Kalabakan!




YUSOF KHALIL
*Ketua AMK Cabang Kalabakan*

Assalamualaikum WBT.Apa Guna Berkain Batik,Kalau Tidak Berbaju Kasa,Apa Guna Memandang Cantik,Kalau Tidak Berbudi Bahasa...
16/04/2025

Assalamualaikum WBT.

Apa Guna Berkain Batik,
Kalau Tidak Berbaju Kasa,
Apa Guna Memandang Cantik,
Kalau Tidak Berbudi Bahasa.

Selamat Hari Raya Di Ucapkan Kepada Semua Para Perwakilan, Di Bulan Yang Mulia Ini Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Maaf Jikalau Ada Terkasar Bahasa, Tersalah Cara.

Yang Buruk Datang Dari Saya, Yang Baik Datangnya Dari Allah .

Andai Diberi Peluang Dan Ruang Saya Memimpin Ahli AMK Cabang Kalabakan, Akan Saya Usaha Menabur Khidmat Dan Bakti.

Jikalau Ada Rezeki Saya Wujudkan Kelangsungan Berasaskan "Kalabakan Berwajah Baru",
InshaAllah Saya Akan Bersama2 Membantu Anak2 Muda Menjadi Saf Pertama Dalam Apa Jua Keadaan.

Jadi Saya Mohon, Berilah Peluang & Ruang Agar Saya Dapat Buktikan Yang Terbaik Untuk Semua.

Undilah Saya,
*Yusof Khalil*
*Calon No. 02*
*Calon Ketua AMK Cabang Kalabakan*

*Kalabakan Berwajah Baru*
*Adil Bebas Bersih Telus Berintegriti*

Undian Anda Semua Sangat Bermakna .
Terima Kasih 🙏🏻.

Assalamualaikum WBT.Saya Yusof Bin Khalil  Menawarkan Diri Untuk Bertanding Jawatan Ketua AMK Cabang Kalabakan Untuk Pem...
15/04/2025

Assalamualaikum WBT.
Saya Yusof Bin Khalil Menawarkan Diri Untuk Bertanding Jawatan Ketua AMK Cabang Kalabakan Untuk Pemilihan Angkatan Muda Keadilan Cabang Kalabakan Bagi Sesi 2025-2028.

InsyaAllah, Saya Beriltizam Dan Bertekad Untuk Membantu Kepimpinan Parti Khususnya Bagi Membantu Anak-Anak Muda Bagi Memastikan Parti Keadilan Rakyat Sentiasa Memenangi Hati Rakyat.

Untuk Itu Dengan Penuh Keinsafan Dan Rendah Diri, Saya Mohon Sokongan Para Perwakilan Untuk Mengundi Saya (Calon No. 02) Untuk Bagi Saya Peluang Agar Saya Dapat Mencurahkan Khidmat Bakti Untuk Parti Demi Kelangsungan Perjuangan Ahli-Ahli, Pucuk Pimpinan , Agama , Bangsa & Tanah Air.

*Kalabakan Berwajah Baru*

*Adil Bebas Bersih Telus Berintegriti*

*Yusof Khalil*
*Calon 02*
*Ketua AMK Cabang Kalabakan*



Assalamualaikum WBT.Salam Perpaduan,Salam Malaysia Madani Diucapkan Kepada Semua Para Perwakilan Ahli Parti Keadilan Rak...
15/04/2025

Assalamualaikum WBT.

Salam Perpaduan,
Salam Malaysia Madani Diucapkan Kepada Semua Para Perwakilan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang P191 Kalabakan.
Didoakan Semoga Semuanya Sihat Sentiasa Dan DiRahmati Allah SWT.

Dengan Penuh Rasa Rendah Diri Dan Keazaman, Kami Sebulat Suara Telah Berbincang Dan Bersetuju Ingin Menawarkan Diri Bertanding Sebagai Satu Barisan Dari Peringkat Cabang,Wanita,AMK Dan Tak Lupa Juga Barisan Jawatankuasa Bagi Sesi 2025 - 2028.

Kenapa Kami?
Setelah Meneliti Dari Sudut Akar Umbi, Rata2 Diperingkat Bawah Ramai Yang Berjumpa Kami & Bersuara Tentang Masalah2 Yang Sering Dialami Contohnya Tentang Penambahbaikan Ranting & Khususnya Aspek Pembangunan Ekonomi Mau Diperingkat Cabang, Wanita Serta Anak2 Muda.

Dengan Itu Kami Memohon Agar Para Perwakilan Memberi Kami Ruang Dan Peluang Untuk Membuat Perubahan Wajah Baru Selaras
Dengan Motto Kerajaan Perpaduan "Perpaduan Kita Kekuatan Kita"

Akhir Kata,
Marilah Kita Beramai-Ramai Turun Menyokong!
Kekalkan Semangat Dan Tenaga Untuk Terus Memperkukuhkan Kerjasama Kita Dari Peringkat Cabang Hingga Ke Ahli2 Ranting Sebagai Satu Keluarga Iaitu KELUARGA PKR KALABAKAN ..

Sokonglah Kami !
Undilah Kami !
Undian Anda Sangat Bermakna Bagi Kami Demi Perubahan Keluarga PKR Kalabakan. 🙏🏻
InshaAllah ☝🏻

•Kalabakan Berwajah Baru•

°Adil Bebas Bersih Telus Berintegriti°

Address

Batu 2 Jalan Apas
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yusof Khalil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share