11/12/2025
Tahniah diucapkan kepada semua 25 ADUN Warisan yang telah mengangkat sumpah hari ini.
Pelantikan ini bukan sekadar formaliti politik, tetapi simbol keyakinan rakyat Sabah yang masih mengharap kepada kepimpinan berprinsip dan berani menyatakan kebenaran.
Perlu diingat, setiap kerusi yang diduduki bukan hadiah kemenangan, tetapi amanah daripada rakyat yang sudah lama letih dan kecewa, namun tetap memilih untuk percaya bahawa perubahan masih mungkin berlaku.
Cabaran di hadapan tidak mudah. Tekanan politik, cubaan memecah-belahkan, serta pelbagai usaha untuk melemahkan kesatuan pasti akan muncul. Namun, ADUN Warisan dipilih kerana ketegasan mereka berdiri bersama rakyat, bukan tunduk kepada tekanan.
Tanggungjawab kini jelas, mengurus kawasan tanpa pilih kasih, menegur kerajaan apabila perlu, serta menyumbang idea demi kepentingan negeri. Inilah asas politik matang yang dituntut oleh rakyat.
Jangan sesekali lupakan golongan yang mengangkat kamu ke tempat ini, rakyat marhaen, penduduk kampung, anak muda, pekerja harian dan ibu tunggal yang mendambakan kepimpinan yang jujur dan berani.
Hari ini bukan penutup, tetapi permulaan tugas yang lebih besar. Warisan perlu membuktikan ia bukan sekadar sebuah parti, tetapi satu gerakan yang benar-benar mahu memulihkan maruah Sabah.
Rakyat sedang memerhati. Mereka mahu kemenangan bukan hanya di peti undi, tetapi dalam perjuangan membina Sabah yang bermaruah.
ADUN–ADUN WARISAN (25 kerusi)
1. N10 Usukan – YB Munirah Majilis
2. N17 Darau – YB Azhar Matussin
3. N18 Inanam – YB Edna Jessica Majimbun
4. N19 Likas – YB Tham Yun F**k
5. N20 Api-Api – YB Loi Kok Liang
6. N21 Luyang – YB Samuel Wong Tshun Chuen
7. N22 Tanjung Aru – YB Wong Hong Jun
8. N25 Kapayan – YB Chin Tek Ming
9. N30 Bongawan – YB Dr Daud Yusof
10. N35 Sindumin – YB Yusri Pungut
11. N50 Gum-Gum – YB Arunarnsin Taib
12. N52 Sungai Sibuga – YB Lisa Hassan Alban
13. N53 Sekong – YB Alias Sani
14. N54 Karamunting – YB Alex TK Wong
15. N55 Elopura – YB Calvin Chong Ket Kiun
16. N56 Tanjong Papat – YB Alex Thien
17. N60 Tungku – YB Assaffal P. Alian
18. N61 Segama – YB Muhammad Abdul Karim
19. N62 Silam – YB Dato’ Dr Mohammad Yusof Apdal
20. N64 Sulabayan – YB Datuk Dr Jaujan Sambakong
21. N65 Senallang – YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
22. N66 Bugaya – YB Jamil Hamzah
23. N69 Sri Tanjong – YB Justin Wong Yung Bin
24. N72 Merotai – YB Sarifuddin Hata
25. N73 Sebatik – YB Manahing Tinggilani @ Tanggilani