Balai Polis Telok Sengat

Balai Polis Telok Sengat Balai Polis Telok Sengat ๏ฟฝ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSaya Ketua Polis Balai Telok Sengat, SM Mohd Hisham bin Abdul Rahman bersama seluruh ...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Saya Ketua Polis Balai Telok Sengat, SM Mohd Hisham bin Abdul Rahman bersama seluruh warga Balai Polis Telok Sengat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan serta menyatukan kita dalam menjaga keamanan dan keharmonian tanah air tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž๐— ๐—”๐—ง๐—œ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก!
๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”! ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”! ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”!

๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”

๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐“๐„๐‹๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐†๐€๐“, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Balai P...
28/08/2026

๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

๐“๐„๐‹๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐†๐€๐“, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Balai Polis Telok Sengat telah melaksanakan Lawatan Perhubungan Masjid (PPM) sempena jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Telok Sengat Tahun 1448H/2026M bertempat di Masjid Jamek Al-Mustakim, Telok Sengat.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni ini turut dihadiri oleh YB Cik Norlizah binti Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama; Tuan Hj. Mohd Fauzan bin Sahri, Ahli Masjid Zon 12 MPP; En. Ayon bin Khamis, Pengerusi Masjid Telok Sengat; Tuan Haji Zakaria bin Rasul, Imam Masjid Telok Sengat; barisan Ahli Jawatankuasa Masjid serta kira-kira 350 orang kariah dan komuniti setempat.

Antara pengisian utama program ialah perarakan melibatkan lima kumpulan menuju ke Masjid Al-Mustakim, ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid serta Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Haji Rebu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid & Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para penerima serta pihak yang terlibat sebelum diakhiri dengan jamuan makan bersama para tetamu dan komuniti setempat.

Kehadiran warga Balai Polis Telok Sengat menerusi program Lawatan Perhubungan Masjid ini merupakan salah satu pendekatan PDRM dalam mendekati masyarakat, memperkukuhkan jaringan kerjasama serta membina hubungan yang lebih erat antara pihak polis, institusi keagamaan dan komuniti setempat.

Program berlangsung dengan lancar, aman dan terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐’๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€









๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡Ketua Polis Balai Telok Sengat, SM Mohd Hisham bin Abdul Rahman serta seluruh warga Balai Poli...
25/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Ketua Polis Balai Telok Sengat, SM Mohd Hisham bin Abdul Rahman serta seluruh warga Balai Polis Telok Sengat merakamkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Tanggal 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026 menjadi detik penuh bermakna untuk mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati sirah, perjuangan serta keperibadian mulia Baginda yang menjadi teladan sepanjang zaman.

Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh nilai amanah, integriti, kasih sayang, toleransi dan saling menghormati, sekali gus mengeratkan ukhuwah serta keharmonian dalam masyarakat.

Marilah kita meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Semoga nilai-nilai murni yang diwariskan Baginda terus menjadi pedoman dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta bersama-sama memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

โ€œMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATIโ€

08/08/2026

Pesanan Dari Kami Warga BSJK IPD Kota Tinggi Berhati-hati Dgn Scammer Jgn Sampai Anda Kehilangan Wang Ringgit Dan Harta

Polis Daerah Kota Tinggi
CCID - Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

05/08/2026
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) | BALAI POLIS TELOK SENGATTELOK SENGAT, 3 Ogos 2026 โ€“ Keselamatan dan kes...
03/08/2026

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS) | BALAI POLIS TELOK SENGAT

TELOK SENGAT, 3 Ogos 2026 โ€“ Keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di sekolah merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

Justeru, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Balai Polis Telok Sengat telah melaksanakan lawatan dan pemantauan ke enam (6) buah sekolah di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Telok Sengat.

Lawatan ini bukan sekadar pemantauan rutin, malah menjadi ruang untuk mendekati warga sekolah, berkongsi maklumat pencegahan jenayah serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak polis, pihak sekolah dan pengawal keselamatan.

Kehadiran polis secara berkala turut memperlihatkan komitmen PDRM dalam membantu menangani isu disiplin murid, meningkatkan aspek keselamatan fizikal sekolah serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, harmoni dan kondusif.

Setiap lawatan membawa satu matlamat โ€” mencegah sebelum berlaku, mendidik sebelum terlambat dan membina keyakinan bahawa keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

๐Ÿค POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

BALAI POLIS TELOK SENGAT

31/07/2026

HEBAHAN: ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2026

Tinggal beberapa jam lagi, menuju sambutan Hari Pahlawan 2026. Di sebalik keamanan yang kita kecapi hari ini, tersimpan keberanian dan pengorbanan para perwira yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran langsung Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2026 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1, RTM Klik, MYTV, Astro CH505 dan Facebook Live Berita RTM seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya

Jasamu dikenang, pengorbananmu dijulang, pahlawan negara sentiasa dalam sanubari. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’™






#30072026

Bayar RM350 Untuk Dapat RM30,000.00. Itu Adalah Tektik Scammer Untuk Memancing Anda. Berhati-Hati !!!! Jangan Terpedaya ...
28/07/2026

Bayar RM350 Untuk Dapat RM30,000.00. Itu Adalah Tektik Scammer Untuk Memancing Anda. Berhati-Hati !!!! Jangan Terpedaya Dan Tertipu Dengan Tawaran Sebegini

PDRM PESAN: BAYAR RM350 UNTUK TERIMA RM30,000? ITU PENIPUAN!

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta bayaran โ€œdeposit keselamatanโ€ kononnya bagi membolehkan wang tunai RM30,000 dicairkan. Ingat, BNM tidak akan meminta sebarang bayaran deposit atau pemindahan wang ke akaun peribadi.

Jangan buat sebarang pembayaran, hentikan komunikasi serta-merta dan semak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan melalui portal Semak Mule di https://semakmule.rmp.gov.my. Jika menjadi mangsa, segera hubungi NSRC 997 atau buat laporan di balai polis berhampiran.

Jangan mudah terpedaya. Semak dahulu sebelum bertindak.






#28072026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ OPS CEGAH JENAYAH | OMNIPRESENT | MEET & GREET ๐Ÿ“ Kawasan Pentadbiran Balai Polis Telok Sengat, Kota Tinggi๐Ÿ“… 28 Julai ...
28/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ OPS CEGAH JENAYAH | OMNIPRESENT | MEET & GREET

๐Ÿ“ Kawasan Pentadbiran Balai Polis Telok Sengat, Kota Tinggi
๐Ÿ“… 28 Julai 2026

Dalam usaha memperkukuhkan keselamatan komuniti serta meningkatkan kehadiran polis di lapangan, anggota Balai Polis Telok Sengat telah melaksanakan Ops Cegah Jenayah, Omnipresent, Meet & Greet, Talk To Us di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Telok Sengat.

Sepanjang penugasan, anggota polis bukan sahaja menjalankan rondaan pencegahan jenayah, malah turut beramah mesra dan menyantuni masyarakat setempat. Pendekatan ini menjadi platform terbaik untuk mendengar pandangan komuniti, berkongsi maklumat berkaitan trend jenayah semasa serta memberi nasihat mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah.

Kerjasama erat antara pihak polis dan masyarakat merupakan tunjang utama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan harmoni. Sehubungan itu, orang ramai diseru agar terus menjadi mata dan telinga pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada balai polis berhampiran.

Bersama kita cegah jenayah. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Address

Balai Polis Telok Sengat
Telok Sengat
81900

Telephone

+6078955222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Telok Sengat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share