26/06/2024
Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan Secara Dalam Talian) ini merupakan Hari Bertemu Pelanggan KKDW dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan terutama berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KKDW, Jabatan dan Agensi. Platform ini juga membuka ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan berkaitan KKDW dan Agensi.
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh KKDW, Jabatan dan Agensi Meliputi :
Pertanyaan dan Permohonan Mengenai Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (PPRT dan Program Peningkatan Pendapatan) Prasarana Desa, Bantuan Pendidikan, Bantuan dan Program Sokongan Keusahawan, Permohonan Untuk Melanjutkan Pelajaran ke Institusi TVET di bawah agensi KKDW, Pendidikan Awal Kanak-Kanak- KEMAS, Hal-Ehwal Orang Asli serta program dan perkhidmatan di bawah KKDW dan Agensi.
Agensi KKDW Yang Akan Terlibat Adalah Seperti Berikut :
MARA | RISDA | FELCRA BERHAD | KEMAS | JAKOA | KESEDAR | KETENGAH | KEJORA | KEDA | PERDA
Pautan e-Pelanggan KKDW : epelanggan.rurallink.gov.my