Kelab Sinar Gemilang

Kelab Sinar Gemilang Kelab Sinar Gemilang Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

KSG SALUR SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI YANG DITIMPA MUSIBAHTEMERLOH, 15 April 2026 (Rabu) – Kelab Sinar Gemila...
15/04/2026

KSG SALUR SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI YANG DITIMPA MUSIBAH

TEMERLOH, 15 April 2026 (Rabu) – Kelab Sinar Gemilang (KSG) terus menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan ahlinya dengan menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian kepada seorang ahli yang kehilangan insan tersayang dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, pada jam 9.30 pagi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Temerloh merangkap Presiden KSG, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli kepada Puan Junaisah binti Mohamed, yang telah kehilangan suami tercinta pada 18 Mac 2026 yang lalu.

Penyampaian sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan KSG dalam membantu meringankan beban ahli yang ditimpa musibah, di samping sebagai tanda sokongan moral daripada pihak kelab.

Dalam majlis tersebut, pihak KSG turut merakamkan ucapan takziah kepada Puan Junaisah sekeluarga dan berharap agar beliau diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut.

Usaha berterusan KSG ini mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan ahli, selaras dengan matlamat kelab untuk sentiasa menjaga kebajikan warganya dalam apa jua keadaan.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KSG BERLANGSUNG MERIAH9 April 2026, Temerloh – Kelab Sinar Gemilang (KSG), Pejabat Da...
10/04/2026

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KSG BERLANGSUNG MERIAH

9 April 2026, Temerloh – Kelab Sinar Gemilang (KSG), Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang penuh meriah dan harmoni. Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah diserikan dengan kehadiran YH. Dato’ Khairur Rizal Bin Ramli, Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu yang hadir. Turut hadir adalah Pengerusi JPKK daerah Temerloh dan beberapa Ketua Jabatan Daerah Temerloh.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli KSG. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Pelbagai juadah Hari Raya telah disediakan bagi memeriahkan sambutan, di samping mewujudkan suasana yang mesra dan penuh muhibah. Turut diadakan adalah Pertandingan Booth Juada Kreatif, Jemputan paling bergaya dan King serta Queen Of Raya KSG.

Adalah diharapkan agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh hubungan dan silaturahim sesama ahli KSG dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.

Penyampaian Sumbangan Pakaian Kepada Mangsa Kebakaran Felda LakumTEMERLOH, 16 Mac 2026 – Biro Kebajikan, Kelab Sinar Gem...
18/03/2026

Penyampaian Sumbangan Pakaian Kepada Mangsa Kebakaran Felda Lakum

TEMERLOH, 16 Mac 2026 – Biro Kebajikan, Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah menyampaikan sumbangan pakaian kepada mangsa kebakaran di Felda Lakum.

Sumbangan tersebut merupakan hasil keprihatinan ahli-ahli KSG yang telah menyumbang pakaian sebelum disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran tersebut. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban mangsa, khususnya dalam memenuhi keperluan asas selepas kehilangan harta benda. Sumbangan pakaian ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan serta sokongan moral kepada mangsa dalam menghadapi situasi sukar terutamanya menjelang hari raya ini.

Program ini turut mencerminkan semangat kebersamaan dan sikap prihatin warga KSG dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, selaras dengan nilai kemanusiaan dan kebajikan yang sentiasa menjadi keutamaan kelab.

Majlis Berbuka Puasa Kelab Sinar Gemilang (KSG) Bersama KeluargaTEMERLOH, 11 Mac 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah...
12/03/2026

Majlis Berbuka Puasa Kelab Sinar Gemilang (KSG) Bersama Keluarga

TEMERLOH, 11 Mac 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga pada 11 Mac 2026 (Rabu) bermula jam 6.30 petang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Temerloh.

Majlis tersebut dihadiri Pegawai Daerah Temerloh selaku Presiden KSG, barisan AJK KSG serta ahli-ahli KSG yang lain bersama-sama ahli keluarga masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana Ramadan dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan. YH Dato’ Khairur Rizal turut beramah mesra dengan ahli kelab dan keluarga.

Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian sumbangan Anugerah Anak Cemerlang UPKK kepada anak-anak ahli KSG sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Selain itu, sumbangan duit raya turut diberikan kepada anak-anak ahli KSG bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah, diikuti dengan selawat dan zikir sebelum bacaan doa berbuka puasa.

Para hadirin seterusnya menikmati juadah berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli KSG dan keluarga, malah turut menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti keagamaan dan kebajikan.

Mesyuarat Agung Kelab Sinar Gemilang (KSG) Tahun 2026TEMERLOH, 11 Mac 2026 – Mesyuarat Agung Kelab Sinar Gemilang (KSG) ...
12/03/2026

Mesyuarat Agung Kelab Sinar Gemilang (KSG) Tahun 2026

TEMERLOH, 11 Mac 2026 – Mesyuarat Agung Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah diadakan pada 11 Mac 2026 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dengan kehadiran AJK Kelab dan ahli-ahli.

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan Perutusan Presiden Kelab merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli yang menyentuh mengenai peranan dan hala tuju kelab dalam memperkukuh kebajikan serta hubungan silaturahim dalam kalangan ahli. Turut dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah Penyata Tahunan Kelab serta laporan aktiviti tahunan sepanjang tahun 2025 yang merangkumi pelbagai program kebajikan, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang telah dilaksanakan oleh kelab.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi suasana sempena bulan Ramadan, turut diadakan penyampaian duit raya kepada ahli-ahli KSG sebagai tanda penghargaan kepada ahli kelab. Program turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah yang mendapat sambutan meriah daripada para ahli yang hadir.

Penganjuran mesyuarat agung ini bukan sahaja menjadi platform untuk membentangkan laporan dan perancangan kelab, malah turut mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang merupakan ahli Kelab Sinar Gemilang.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇𝐓𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐨𝐡...
09/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇

𝐓𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐨𝐡, 𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Khatam Al-Quran anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan pada hari ini sebagai penutup kepada Program Tadarus Al-Quran yang bermula pada 23 Februari 2026 hingga 4 Mac 2026 dan melibatkan penyertaan warga kerja jabatan sepanjang bulan Ramadan. Majlis Khatam Al-Quran ini telah berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dengan suasana yang penuh khusyuk dan sederhana dan dipimpin oleh Al-Fadhil Tuan Imam Muhammad Khairulfaiz bin Hamidzi dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Turut hadir dalam majlis ini YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh merangkap Presiden Kelab Sinar Gemilang (KSG), PDT Temerloh.

Majlis ini merupakan usaha Biro Keagamaan KSG untuk pengisian kerohanian bagi mengimarahkan bulan Ramadan, di samping memberi peluang kepada warga kerja untuk bersama-sama membaca serta menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Program ini juga menjadi medium untuk memperkukuh nilai spiritual, memupuk semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja jabatan.Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi budaya membaca Al-Quran serta menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜-𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗜𝗛𝗬𝗔’ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡13 Februari 2026, Temerloh - Dalam usaha menyemarakkan pengha...
16/02/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜-𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗜𝗛𝗬𝗔’ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡

13 Februari 2026, Temerloh - Dalam usaha menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni serta membuat persediaan rohani menjelang Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah mengadakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Siri 1: Ihya’ Ramadhan yang berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Program pengisian rohani ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zohri bin Jamin, Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, yang mengupas kepentingan memperkukuh jiwa, memperelok akhlak serta menghidupkan Ramadhan dengan amalan yang penuh keikhlasan dan kesedaran.

Pelaksanaan program ini diadakan dengan kerjasama Biro Agama, KSG serta Bahagian Pengurusan Daerah, PDT Temerloh, sebagai langkah berterusan dalam membina budaya organisasi yang berteraskan nilai spiritual, integriti serta kesejahteraan bersama.

Semoga setiap perkongsian yang diterima menjadi panduan berguna kepada semua dalam memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah serta mengimarahkan Ramadhan yang bakal tiba dengan lebih bermakna.

Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah Temerloh Beserta Meraikan Kemengan SUKTAP 2025, Kontinjen Perbarisan Hari Keban...
04/12/2025

Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah Temerloh Beserta Meraikan Kemengan SUKTAP 2025, Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan 2025 Dan Pertukaran Pegawai / Staf Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

3 Disember 2025 (Rabu) | 4.30 Petang
Rumah Tamu Palms Garden, Temerloh

Penyerahan sumbangan KSG telah disampaikan kepada Encik Adnan Bin Mohamed Dari bersempena kelahiran anak beliau serta ke...
28/10/2025

Penyerahan sumbangan KSG telah disampaikan kepada Encik Adnan Bin Mohamed Dari bersempena kelahiran anak beliau serta kepada Encik Shamsul Nahar Bin Mat Aziz bagi sumbangan khairat kematian ibunya. Semoga sumbangan ini menjadi tanda keprihatinan dan sokongan besar bagi mereka. Pihak KSG merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan urusan ini.


19/10/2025

EHH... EHH... AAAAA..
Tahniah PDT Temerloh

Tahniah Kontinjen KSG, PDT Temerloh berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Dan Daerah N...
19/10/2025

Tahniah Kontinjen KSG, PDT Temerloh berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Dan Daerah Negeri Pahang (SUKTAP) Kali Ke-6 Tahun 2025.

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh
Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sinar Gemilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sinar Gemilang:

Share