Parti Gagasan Rakyat Sabah N.43 Kemabong

Parti Gagasan Rakyat Sabah N.43 Kemabong Halaman Media Sosial Rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah N.43 Kemabong

13/11/2025
13/11/2025

๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—•๐—œ๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—›, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ก.๐Ÿฐ๐Ÿฏ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—•๐—ข๐—ก๐—š

KOTA KINABALU, 12 Novemberโ€” Hari ini telah diumumkan seramai 51 calon untuk memikul panji perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam medan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah ke-17.

Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang melambangkan keyakinan kepimpinan terhadap barisan calon yang dipilih bagi meneruskan kesinambungan kestabilan politik serta perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat.

Menurut kenyataan GRS, pemilihan calon ini menandakan bermulanya fasa penting perjuangan parti. Para benteng perjuangan GRS kini telah dikenal pasti, dan tiba masanya seluruh jentera parti menyusun strategi, mengatur gerak kerja, serta bersiap siaga menghadapi cabaran pilihan raya yang bakal tiba.

Dalam majlis yang sama di Sabah International Convention Centre (SICC), penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Kemabong, Datuk Rubin Balang, turut menerima watikah lantikan sebagai calon GRS bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Pelantikan beliau mencerminkan kepercayaan kepimpinan terhadap pengalaman luas serta dedikasinya dalam memperjuangkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Kemabong. Sebagai seorang โ€œKalawonโ€ Murut, beliau mewarisi semangat pahlawan yang gagah berani, berdisiplin, dan setia kepada tanah air, menjadikan perjuangan ini bukan sekadar politik, tetapi amanah membela rakyat.

Datuk Rubin dijangka meneruskan agenda pembangunan luar bandar, memperkukuh kestabilan politik, dan menyatukan rakyat di bawah semangat โ€œSabah Maju Jayaโ€.

Rumah Kita, Kita Jaga

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN 2025 PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH27 Julai 2025 | AhadSabah International Convention Centre (SICC...
28/07/2025

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN 2025 PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
27 Julai 2025 | Ahad
Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Naib Presiden II Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Bahagian PGRS N.43 Kemabong, YB Datuk Rubin Balang menghadiri Persidangan Agung Tahunan 2025 Parti Gagasan Rakyat Sabah di SICC, Kota Kinabalu.

PAT 2025 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

PAT mengambil pendekatan dengan menegaskan bahawa kekuatan politik Sabah terletak pada parti tempatan dan hubungan dengan kerajaan persekutuan harus bersifat antara kerajaan negeri (inter-governmental) bukan berpaksikan parti nasional serta menolak campur tangan politik luar Sabah dalam PRN ke-17.

"Kita yang mencorakkan masa depan negeri kita, bukannya mereka yang datang dari sana..."

"Kalau bukan sekarang bila lagi..,kalau bukan kita siapa lagi.., inikali lah...SABAH TANAH AIRKU..." - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati khasnya dari Bahagian PGRS Kemabong di atas sokongan padu yang telah diberikan dalam menjayakan PAT pada tahun ini.

Like, Follow & Share






PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN (PAT) 2025 (PERGERAKAN WANITA, PEMUDA & BELIAWANIS)26 Julai 2025 | SabtuSabah International Co...
26/07/2025

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN (PAT) 2025 (PERGERAKAN WANITA, PEMUDA & BELIAWANIS)
26 Julai 2025 | Sabtu
Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Naib Presiden II Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Bahagian PGRS N.43 Kemabong, YB Datuk Rubin Balang menghadiri PAT Pergerakan Wanita, Pemuda & Beliawanis di SICC, Kota Kinabalu.

PAT Pergerakan Wanita, Beliawanis dan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah 2025 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun selaku Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Tahniah kepada semua perwakilan wanita, beliawanis, pemuda dan pemerhati khasnya dari Bahagian PGRS Kemabong di atas sokongan padu yang telah diberikan dalam menjayakan PAT pada tahun ini.

Like, Follow & Share





๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
25/07/2025

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ







PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BERKELOMPOK BAHAGIAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N.43 KEMABONG 2025Rumah Ke...
03/07/2025

PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BERKELOMPOK BAHAGIAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N.43 KEMABONG 2025
Rumah Kebudayaan Kampung Lohot
2 Julai 2025 | Rabu

Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Bahagian PGRS Kemabong, YB Datuk Rubin Balang merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan Berkelompok Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N.43 Kemabong di Kg.Lohot.

Tahniah kepada semua ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli parti yang hadir menyokong Persidangan Tahunan Cawangan Berkelompok Bahagian PGRS N.43 Kemabong bagi Zon Ulu Tomani.

Like, Follow & Share





21/06/2025

PERSIDANGAN TAHUNAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.43 KEMABONG

Like, Follow & Share





PERSIDANGAN TAHUNAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.35 SINDUMIN Dewan Serbaguna Sipitang18 Jun 2025 | RabuNaib Pre...
19/06/2025

PERSIDANGAN TAHUNAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.35 SINDUMIN
Dewan Serbaguna Sipitang
18 Jun 2025 | Rabu

Naib Presiden II Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Bahagian PGRS Kemabong, YB Datuk Rubin Balang merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian N.35 Sindumin di Dewan Serbaguna Sipitang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpegang kepada prinsip untuk memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Kita mahu GRS kekal mentadbir Sabah agar segala pelan aspek pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dibela selaras dengan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan menerajui negeri Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Syabas dan tahniah kepada semua perwakilan cawangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Beliawanis yang telah berjaya bersidang pada hari ini.

Like, Follow & Share





18/06/2025
10/06/2025

MESYUARAT TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.43 KEMABONG





MESYUARAT TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.43 KEMABONGDewan Sri Ontoros, Kemabong8 Jun 20...
10/06/2025

MESYUARAT TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.43 KEMABONG
Dewan Sri Ontoros, Kemabong
8 Jun 2025 | Ahad

Syabas dan tahniah kepada semua perwakilan cawangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kemabong yang telah berjaya bersidang pada hari ini.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan melambangkan harapan rakyat untuk bersama-sama memperjuangkan parti dan nasib rakyat Sabah.

Tahniah kepada Ketua Wanita, Pn.Marggiret Angin dan ahli jawatankuasa diatas kejayaan melaksanakan mesyuarat tahunan pergerakan wanita tahun ini.

Like, Follow & Share





Address

Kemabong
Tenom

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Gagasan Rakyat Sabah N.43 Kemabong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share