12/03/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa En Mohd Zekri bin Abdul Rani, Pembantu Hidupan Liar gred G2 kakitangan di Tapak RAMSAR Tasek Bera telah kembali ke rahmatullah.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah (bagi yang Islam) dan bertafakur.
Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Semoga ditempatkan bersama orang yang beramal soleh di sisiNya.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohd Zekri bin Abdul Rani, kakitangan Jabatan PERHILITAN Tasek Bera, telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan diredhai.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤍