23/05/2026
LATIHAN COMMUNITY BASED DISASTER RISK MANAGEMENT (CBDRM)
Telah berlangsung dengan jayanya Latihan CBDRM yang melibatkan penyertaan komuniti setempat bersama agensi berkaitan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang situasi bencana dan kecemasan.
Pelaksanaan latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan risiko bencana, tindakan awal kecemasan, prosedur keselamatan serta kaedah pemindahan mangsa secara teratur dan berkesan.
Selain itu, latihan ini turut menjadi medium dalam memperkukuhkan kerjasama antara komuniti dan agensi penyelamat di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan bencana secara menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan latihan ini.