PUSPEN Tiang Dua

PUSPEN Tiang Dua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PUSPEN Tiang Dua, Government Organization, tiang dua, Tiang Dua.

*PROGRAM SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 69* 18 Ogos 2026 - SelasaProgram 'Sukan Rakyat' telah berjay...
20/08/2026

*PROGRAM SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 69*

18 Ogos 2026 - Selasa

Program 'Sukan Rakyat' telah berjaya dilaksanakan bersama klien induk, Puspen Tiang Dua, Melaka.

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan beberapa acara dipertandingkan antaranya tarik upih, bowling kelapa, lari dalam guni, junjung air, jalan batu bata, tarik tali, cari buah mata tertutup, tiup tepung.

Program seperti ini dapat memupuk semangat berpas**an & kerjasama di kalangan klien selain dapat beriadah dengan aktiviti sihat.......................................................................
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa PUSPEN Tiang Dua, Sila Like Page :
⁣FB AADK PUSPEN Tiang Dua
https://www.facebook.com/puspentiangduamelaka
Tik Tok PUSPEN Tiang Dua
https://www.tiktok.com/
LIKE | COMMENT | SHARE

PROGRAM INTERVENSI PELENGKAP PROGRAM PEMULIHAN DADAH - NUERO-KICKBOXING SIRI 1: 28 Julai 2026 SIRI 2: 5 Ogos 2026Unit Pe...
07/08/2026

PROGRAM INTERVENSI PELENGKAP PROGRAM PEMULIHAN DADAH - NUERO-KICKBOXING

SIRI 1: 28 Julai 2026
SIRI 2: 5 Ogos 2026

Unit Pemulihan PUSPEN Tiang Dua dengan kerjasama ALP PUSPEN Tiang Dua dan Hybrid Stricking Academy berjaya melaksanakan 2 Siri Latihan Neuro Kickboxing merupakan salah satu intervensi pelengkap yang menyokong keberkesanan program rawatan dan pemulihan klien. Melalui aktiviti yang menggabungkan pergerakan fizikal, koordinasi dan tumpuan, klien berupaya meningkatkan kawalan emosi, daya fokus serta disiplin diri. Aktiviti ini juga membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan pengurusan emosi yang lebih positif.

Sebagai intervensi pelengkap, Neuro Kickboxing melengkapi sesi kaunseling, psikopendidikan dan intervensi terapeutik lain dengan menyediakan medium yang sihat untuk menyalurkan tenaga, mengawal impuls serta membina daya tahan diri. Seramai 42 orang klien dapat menyertai 2 sesi latihan ini dan menunjukkan penglibatan yang aktif, semangat kerjasama dan kesediaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus menyokong pembentukan tingkah laku positif dan pengekalan kepulihan.

PROGRAM LATIHAN ASAS TERAPI URUTAN REFLEKSOLOGI DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA 5 Ogos 2026 (Rabu) - Program ini m...
06/08/2026

PROGRAM LATIHAN ASAS TERAPI URUTAN REFLEKSOLOGI DENGAN KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA

5 Ogos 2026 (Rabu) - Program ini memberi pendedahan kepada 20 orang klien mengenai teknik urutan refleksologi yang betul sebagai kemahiran asas dan intervensi pelengkap dalam proses pemulihan. Sepanjang latihan, klien menunjukkan minat, komitmen serta penglibatan yang aktif dalam aktiviti amali. Program ini membantu meningkatkan kemahiran praktikal, kesabaran, fokus dan keyakinan diri, di samping memberi manfaat dari aspek relaksasi, pengurusan tekanan dan kesejahteraan emosi.

Selain itu, latihan ini turut membuka peluang kepada klien untuk menguasai kemahiran yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan selepas tamat program pemulihan. Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembentukan sahsiah positif, meningkatkan nilai kendiri serta menggalakkan klien mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan produktif sebagai persediaan ke arah pengekalan kepulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat.

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA SIRI 2Pada 5 Ogos 2026 - Program yang telah dilaksanakan melalui kerjasama Ahli Lembaga Pe...
06/08/2026

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA SIRI 2

Pada 5 Ogos 2026 - Program yang telah dilaksanakan melalui kerjasama Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Tiang Dua dan Klinik Kesihatan Ayer Molek telah berjaya meningkatkan pengetahuan serta kesedaran klien mengenai penggunaan ubat secara rasional, selamat dan bertanggungjawab. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan kepada klien tentang kepentingan mematuhi arahan pengambilan ubat, mengenali kesan sampingan, mengelakkan penyalahgunaan ubat serta mendapatkan nasihat daripada pegawai farmasi atau petugas kesihatan yang bertauliah.

Program ini turut memperkukuh kefahaman klien bahawa penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat yang betul merupakan elemen penting dalam menyokong proses rawatan dan pengekalan kepulihan. Di samping itu, jalinan kerjasama strategik antara ALP PUSPEN Tiang Dua dan Klinik Kesihatan Ayer Molek membuktikan komitmen pelbagai agensi dalam memperkasakan pendidikan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan klien secara holistik.

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA 28 Julai 2026 - Program ini dapat  menjelaskan penggunaan u...
06/08/2026

PROGRAM DUTA KENALI UBAT ANDA KERJASAMA ALP PUSPEN TIANG DUA

28 Julai 2026 - Program ini dapat menjelaskan penggunaan ubat yang betul, selamat dan bertanggungjawab. Melalui perkongsian daripada penceramah, klien memperoleh kefahaman tentang kepentingan mematuhi arahan pengambilan ubat, kesan penyalahgunaan ubat serta risiko interaksi ubat yang boleh menjejaskan kesihatan. Program ini juga dapat memahami peranan ubat dalam menyokong rawatan serta mencegah berlakunya penyalahgunaan ubat deskripsi.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa PUSPEN Tiang Dua, Sila Like Page :
⁣FB AADK PUSPEN Tiang Dua
https://www.facebook.com/puspentiangduamelaka
Tik Tok PUSPEN Tiang Dua
https://www.tiktok.com/
LIKE | COMMENT | SHARE

06/08/2026

Pernah tak rasa pelik kenapa kawan kita kadang-kadang tak share masalah mereka atau tak s**a bercerita dengan kita? 🤔

Sebenarnya, bukan sebab mereka tak percayakan kita… tapi mungkin cara komunikasi kita sendiri yang buat mereka terasa kurang selesa. 😬

Jangan risau, ramai antara kita tak sedar cara kita bercakap atau bertanya boleh memberi kesan pada persahabatan. Jadi ni adalah antara kesilapan komunikasi yang kita boleh elakkan ❤️

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



05/08/2026

Ramai yang tak sedar, kos menagih ni sebenarnya dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Honda City atau bayar deposit rumah setiap tahun.

Satu paket “dadah” mungkin nampak murah, tapi bila dah jadi tabiat:
👉 Sehari RM80 = Sebulan RM2,400 = Setahun RM28,800!

📊 Kos penagihan dadah sintetik seperti syabu bagi penagih tegar boleh mencecah RM50–RM100 sehari, iaitu sekitar RM18,000–RM36,000 setahun.

Duit sebanyak ni kalau simpan, dah boleh buat majlis kahwin atau beli motor besar. Jangan biarkan masa depan lebur jadi abu. Pilih poket tebal, bukan khayalan kosong.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Tiang Dua
Tiang Dua
76450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPEN Tiang Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPEN Tiang Dua:

Shortcuts

Share