PAS Kawasan Sungai Petani

PAS Kawasan Sungai Petani Sayangi Kedah Sejahtera Membina Malaysia Sejahtera

Jom malam ni....kita pakat hadir !!!!
12/06/2026

Jom malam ni....kita pakat hadir !!!!







πŸƒ USRAH BULANAN AJK PAS KAWASAN SUNGAI PETANI TELAH SELESAI DILAKSANAKAN πŸƒAlhamdulillah, Usrah Bulanan Ahli Jawatankuasa...
11/06/2026

πŸƒ USRAH BULANAN AJK PAS KAWASAN SUNGAI PETANI TELAH SELESAI DILAKSANAKAN πŸƒ

Alhamdulillah, Usrah Bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani yang berlangsung pada malam ini di Balai Islam Tikam Batu telah selesai dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan ukhuwah.

Program dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah, diikuti bacaan Surah Al-Mulk, Al-Ma'thurat serta sesi usrah yang menjadi medan pengukuhan fikrah, tarbiyah dan kesatuan saf perjuangan.

✨ Majlis turut diserikan dengan jamuan istimewa durian dan pulut yang menambah kemesraan serta mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan para peserta yang hadir.

Semoga pertemuan yang penuh keberkatan ini menjadi asbab kepada kekuatan jamaah, keteguhan perjuangan serta mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

β€œBersama memperkukuh ukhuwah, memperteguh tarbiyah, dan meneruskan perjuangan.”

🍈🀝🍚

11/06/2026
Muslimat PAS: Tonggak Kekuatan Dakwah dan PerjuanganAlhamdulillah, YB Ustaz Sharir Long, Yang Dipertua PAS Kawasan Sunga...
05/06/2026

Muslimat PAS: Tonggak Kekuatan Dakwah dan Perjuangan

Alhamdulillah, YB Ustaz Sharir Long, Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani merangkap ADUN Pantai Merdeka, telah hadir mewakili PAS Kawasan Sungai Petani untuk menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani Kali Ke-42 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Surau At-Taqwa, Taman Sri Wang.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fadzilah Abdul Aziz, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah.

Dalam ucapan beliau, YB Ustaz Sharir Long mengajak seluruh Muslimat menelusuri sirah perjuangan Rasulullah SAW yang membuktikan bahawa golongan wanita sentiasa menjadi tulang belakang dalam memperkukuhkan gerakan dakwah dan perjuangan Islam.

Beliau mencontohkan keperibadian Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW, yang telah mengorbankan tenaga, masa dan harta demi mendukung risalah Islam. Begitu juga kisah Asiah, isteri Firaun, yang kekal teguh mempertahankan keimanan walaupun berdepan ujian dan tekanan yang hebat.

YB Ustaz Sharir turut mengingatkan hadirin tentang kepentingan mendidik generasi dengan nilai keimanan dan akhlak berasaskan petunjuk al-Quran, sebagaimana yang terkandung dalam nasihat Luqman kepada anaknya.

Semoga Dewan Muslimat PAS terus istiqamah melahirkan muslimat yang berilmu, beramal dan berjuang demi agama, bangsa serta negara. Muslimat bukan sekadar pendukung perjuangan, bahkan aset penting dalam membina masyarakat yang sejahtera dan diredai Allah SWT.

"Muslimat Perkasa, Dakwah Terpelihara, Ummah Sejahtera."

04/06/2026

Jom hdir sama2.. ceroi kalo xhadir..

πŸ”₯ PELANCARAN JENTERA PRU16 PAS NEGERI KEDAH πŸ”₯Ayuh seluruh ahli, penyokong dan jentera PAS hadir memeriahkan Pelancaran J...
04/06/2026

πŸ”₯ PELANCARAN JENTERA PRU16 PAS NEGERI KEDAH πŸ”₯

Ayuh seluruh ahli, penyokong dan jentera PAS hadir memeriahkan Pelancaran Jentera Pilihanraya PRU16 PAS Negeri Kedah.

πŸ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•” 5.00 Petang – 12.00 Malam
πŸ“ Kompleks PAS Kedah
πŸš— Konvoi Anak Muda
🀲 Munajat Perdana
🎀 Ceramah Khas
Jom pakat hadir, rapatkan saf dan bangkitkan gelombang kemenangan menuju PRU16!

πŸ’š Bersatu. Berjuang. Menang.





UCAPAN SELAMAT HARI GURU πŸ“šβœ¨DaripadaYDP & AJK PAS Kawasan Sungai PetaniSetinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih...
16/05/2026

UCAPAN SELAMAT HARI GURU πŸ“šβœ¨
Daripada
YDP & AJK PAS Kawasan Sungai Petani

Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang istiqamah mendidik, membimbing dan membina generasi berilmu serta berakhlak mulia.

Sesungguhnya jasa guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan menjadi murabbi yang membentuk masa depan ummah dan negara.

Semoga seluruh guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan, keberkatan umur dan ganjaran pahala yang berpanjangan atas setiap ilmu yang dicurahkan.

Jika hari ini seorang pemimpin mampu memimpin, seorang ulama mampu membimbing, dan seorang insan berjaya mengubah kehidupan β€” di belakangnya pasti ada seorang guru._*

Selamat Hari Guru 2026 🌹
Guru Arkitek Peradaban Insan, Pemacu Realisasi Kedah Sejahtera

16/05/2026

Gotong royong di pekan Tikam Batu bersama MPSPK,PKWR Pantai Merdeka dan kementerian kesihatan serta ahlimajlis bagi pencegahan nyamuk aedes dan wabak denggi

16/05/2026

16/5/2026-Gotong royong di Taman Kenari bersama AM ,terima kasih semua

Peranan ulama bukan sahaja mengajar, sama ada di surau-surau ataupun di masjid-masjid, tetapi perlu turun padang untuk b...
16/05/2026

Peranan ulama bukan sahaja mengajar, sama ada di surau-surau ataupun di masjid-masjid, tetapi perlu turun padang untuk berdakwah dan mentarbiyyah bagi memastikan masyarakat memahami dan menghayati Islam dengan lebih mendalam.

Manakala tanggungjawab dan amanah yang diberi perlu dilaksanakan dan dipikul dengan sungguh-sungguh.

Demikian ucapan Ustaz Nasron Osman (Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Kedah) selaku perasmi bagi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 6 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2026. Mesyuarat Agung ini telah berlangsung di Al Madrasah Al Hashimiah, Kg Teluk Wang Besar.

Hampir 40 orang perwakilan, yang terdiri daripada Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kawasan dan juga ahli Dewan Ulamak PAS Kawasan, telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut telah bermula pada pukul 3.20 petang dan berakhir pada pukul 5.20 petang.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani, YB Ustaz Sharir bin Long. Dalam ucapan beliau, YB Ustaz Sharir bin Long menekankan ciri-ciri ulama yang sejati.

Pertama, mestilah berilmu, iaitu mempunyai pengetahuan tentang al-Quran dan as-Sunnah.
Kedua, berakhlak dan amanah. Amanah yang telah diberikan kepada setiap jawatankuasa dan ahli mestilah dilaksanakan tanpa ada apa-apa alasan.
Ketiga, berjuang, yakni setiap jawatankuasa Dewan Ulamak PAS kawasan dan ahli Dewan Ulamak PAS kawasan mestilah berjuang melawan kezaliman yang berleluasa.

Turut menyuntik semangat para perwakilan pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Sungai Petani, Dr Ust Mat Tormizi Md Arof. Beliau menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap ahli Dewan Ulamak PAS Kawasan Sg Petani.

Pertama, mestilah ikhlas dalam perjuangan. Jika tiada ikhlas dalam perjuangan, maka perjuangan tersebut akan menghadapi kegagalan.
Kedua, mestilah berani menyatakan kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit didengar.
Ketiga, mestilah berilmu, iaitu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang keagamaan.
Keempat, mestilah beramal dengan apa yang telah dipelajari, supaya ilmu itu bukan sekadar teori, tetapi diamalkan dalam kehidupan.
Kelima, mestilah ada di dalam hati setiap ahli Dewan Ulamak ini perasaan untuk menyatukan ummah dan jamaah.

Akhir sekali, Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kawasan Sungai Petani, mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulamak PAS Kawasan Sungai Petani Kali Ke-6.

Address

Pejabat PAS Kawasan Sungai Petani, No. 111, Jalan Butterworth
Tikam Batu
08600

Telephone

+6044387368

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Sungai Petani:

Share