Perkep IPD RAUB

  • Home
  • Perkep IPD RAUB

Perkep IPD RAUB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep IPD RAUB, Government Organization, Jalan Tras, .

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari PERKEP Kontinjen Pahang.
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari PERKEP Kontinjen Pahang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kepada seluruh warga PDRM Pahang serta PERKEP Pahang. Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

Salam Aidilfitri 1447H / 2026M.



21 Mac 2026 - PERKEP RAUB - Program Pembangunan Dan Pengimarahan - Solat Sunat Dan Khutbah Hari Raya Aidilfitri Tahun 20...
21/03/2026

21 Mac 2026 - PERKEP RAUB - Program Pembangunan Dan Pengimarahan - Solat Sunat Dan Khutbah Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 warga Perkep IPD Raub bersama YBhg. Puan Siti Rasyidah Binti Yaakob Naib Pengerusi PERKEP serta 20 Ahli Perkep bertempat di Surau IPD Raub.

Program ini dianjurkan sebagai usaha memperkukuh dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Perkep IPD Raub. Selain itu, ia turut menjadi platform untuk menyantuni serta beramah mesra bersama warga yang bertugas pada pagi Hari Raya.

Program diserikan lagi dengan sesi bersalaman antara warga IPD Raub dan PERKEP Raub. YDH Tuan Timb. KPD dan YBhg. Puan Naib Pengerusi PERKEP Raub turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak² warga IPD Raub.

Majlis diakhiri dengan jamuan Hari Raya. Semoga program yang dilaksanakan ini diredai oleh Allah S.W.T serta dipenuhi dengan kesyukuran dan keberkatan, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

“Selamat Hari Raya EidulFitri Maaf Zahir Dan Batin”




16/03/2026

Kami seluruh warga PERKEP Kontinjen Pahang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YBhg. Datin Sri Sumarnie binti Haris, Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang.💜🤍🩷



Assalamualaikum dan salam sejahtera. YM Puan Pengerusi PERKEP, YBhg Puan Naib Pengerusi PERKEP, Puan² Ahli PERKEP IPD Ra...
14/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YM Puan Pengerusi PERKEP,
YBhg Puan Naib Pengerusi PERKEP,
Puan² Ahli PERKEP IPD Raub.

*PROMOSI BAUCER & JUALAN TIKET PROGRAM FUN RUN DAN FUN RIDE*

Untuk makluman Puan² PDRM Kontinjen Pahang akan mengadakan Fun Run dan Fun Ride sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Padang MBK & Dataran Taman Kerang.

Untuk itu saya ingin mewar-warkan agar semua PERKEP Raub turut ikut serta mendaftar program tersebut. IPD Raub memerlukan sejumlah 150 penyertaan untuk kuota yg telah dikeluarkan. Namun untuk PERKEP Raub penyertaan sgt dialu-alukan.

Setiap permohonan dibuat hendaklah menggunakan *KOD Formasi Ptp untuk IPD Raub (PtpRb)* untuk dapatkan voucher RM5. Voucher sah sehingga 31 Mac Sahaja. (Ada voucher tambahan RM10 bagi yg daftar early bird).

Setiap pendaftaran Puan² akan dapat:
- medal penamat
- ⁠tshirt larian
- ⁠E-Sijil
- ⁠Nombor - Bib
- ⁠Cabutan Bertuah
- ⁠Pek Snek

QR penyertaan juga disediakan dan sila masukkan penyertaan dibawah IPD RAUB untuk menentukan bilangan kuota dari daerah Raub.

*SILA PASTIKAN SETIAP PENYERTAAN PUAN² POHON UPDATE DGN SU PERKEP GAMBAR TIKET UNTUK PASTIKAN KUOTA SETIAP BAHAGIAN & BALAI TELAH MENCUKUPI*

Kerjasama Puan² sgt dihargai.

*Disertakan gambar kod promo dan iklan berkaitan.

http://t2u.asia/e/48598

Sekian terima kasih.

11/03/2026
MESYUARAT AJK PERKEP BIL. 02/2026 DAN MESYUARAT PENYELARASAN SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YDH KETUA POLIS PAHANG...
06/03/2026

MESYUARAT AJK PERKEP BIL. 02/2026 DAN MESYUARAT PENYELARASAN SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YDH KETUA POLIS PAHANG

Tarikh : 06/03/2026 @ Jumaat
Masa : 1430-1730Hrs
Tempat : Bilik Taklimat Jenayah Aras 1, IPD Raub

Mesyuarat telah dihadiri oleh YM Puan Pengerusi PERKEP, YBhg Puan Naib Pengerusi PERKEP, (2) Pegawai Kanan Polis Wanita dan (30) AJK PERKEP.

Perbincangan melibatkan penyelarasan tugas sempena Majlis berbuka puasa bersama YDH Ketua Polis Pahang.

PERKEP IPD Raub telah ditugaskan untuk susunatur dan pembahagian team untuk menyediakan moreh selepas solat Tarawikh di Surau Al-Amin.

Mesyuarat berjalan dengan baik dan lancar. YBhg Puan Pengerusi berharap agar semua AJK PERKEP IPD Raub komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan dapat menjayakan program yang telah dirancang.


Salam Ramadhan
18/02/2026

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1447H/2026M buat seluruh warga PERKEP, PDRM Pahang dan keluarga.

Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat yang berpanjangan kepada kita semua.🩷🤍💜



Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, saya selaku Ketua Polis Daerah Raub bersama Pengerusi PERKEP Raub ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya di daerah Raub.

Semoga sambutan pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran, kesejahteraan serta mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Kami juga berharap agar perayaan ini disambut dalam suasana yang penuh kegembiraan, saling hormat-menghormati serta mematuhi undang-undang demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Semoga Tahun Baru Cina ini membawa kejayaan, kesihatan yang baik serta keberkatan kepada kita semua.

𝑮𝒐𝒏𝒈 𝑿𝒊 𝑭𝒂 𝑪𝒂𝒊. 𝑿𝒊̄𝒏 𝑵𝒊𝒂́𝒏 𝑲𝒖𝒂̀𝒊 𝑳𝒆̀.

Ikhlas Daripada,
YDH SUPT Mohd Shahril Bin Abdul Rahman,
Ketua Polis Daerah Raub dan seluruh warga IPD Raub.

YBHG Puan YM Tuan Isyahida Binti Tuan Ismail
Pengerusi PERKEP Raub dan seluruh warga PERKEP IPD Raub.

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026
16/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga PDRM dan PERKEP Kontinjen Pahang yang meraikannya.

Semoga hubungan silaturahim sesama kita terus erat dan harmoni.💜🤍🩷

Gong Xi Fa Cai.

16 Februari 2026 Program Rewang Masak & Potluck PreRamadhan  Perkep IPD Raub Program ini telah dilaksanakan sempena meny...
16/02/2026

16 Februari 2026

Program Rewang Masak & Potluck PreRamadhan Perkep IPD Raub

Program ini telah dilaksanakan sempena menyambut awal Ramadhan di Surau Al-Amin IPD Raub dan pelbagai juadah disediakan sesuai dengan menu makan tengahari iaitu:

Menu masakan
1. Sayur lemak putih
2. Telur dadar
3. Ikan masin grg bwg
4. Telur masin
5. Ikan rebus goreng
6. Ikan panggang air asam kicap
7. Ayam Goreng sambal
8. Sambal belacan
9. Ulam2
10. ⁠ Air Sirap Selasih

Potluck:
1. Buah tembikai
2. ⁠Buah Jambu batu
3. ⁠Kek Pisang
4. ⁠Kek Span strawberry
5. ⁠Kuih buah Melaka
6. ⁠Buah Limau

Program ini diketuai oleh YM Pengerusi PERKEP IPD Raub dan dimeriahkan dengan kehadiran Biro2 dan Ahli2 PERKEP IPD Raub.

Turut dihadiri YDH Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman Ketua Polis Daerah, Ketua² Bahagian, Ketua² Polis Balai serta anggota2 menjamu selera juadah yg disediakan.



29 Januari 2026 - PERKEP IPD Raub menjalankan aktiviti PERKEP yg pertama setelah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PERK...
30/01/2026

29 Januari 2026 - PERKEP IPD Raub menjalankan aktiviti PERKEP yg pertama setelah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PERKEP pada hari yang sama. Berkat kerjasama AJK lama dan AJK baru yg dilantik, Majlis Makan Malam ‘Annual Dinner’ PERKEP Raub berjaya dilaksanakan.

Program turut dihadiri YM Pengerusi PERKEP IPD Raub, YBhg Naib Pengerusi PERKEP IPD Raub serta barisan AJK lantikan baru sesi 2026/2027. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seramai 100 peserta Ahli PERKEP IPD Raub.

Pelbagai aktiviti yg telah dijalankan seperti game, persembahan, cabutan bertuah serta pemilihan Queen of the Night. Desert table yang menarik turut disajikan kepada semua ahli PERKEP.

Semoga PERKEP IPD Raub mengekalkan momentum dan semangat yang baru dibawah pimpinan YM Puan Tuan Nur Isyahida Binti Tuan Ismail selaku Pengerusi PERKEP IPD Raub.



Address

Jalan Tras

Telephone

+6093552222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD RAUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share