RELA Malaysia

  • Home
  • RELA Malaysia

RELA Malaysia Laman Facebook rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia. Layari laman web rasmi RELA http://www.rela.gov.my
(416)

- Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

- Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indo

nesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.

- Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

- Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.

- Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

- Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari. Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:

- Memastikan keselamatan setempat
- Memastikan keamanan setempat
- Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
- Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA

- 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian


Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA

• Warganegara Malaysia.
• Umur 16 tahun dan ke atas.
• Sihat tubuh badan. Kecuali

• Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
• Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
• Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
• Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
• Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
• Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
• Anggota-anggota Pasukan Polis.
• Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
• Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ...
14/05/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

14 Mei 2026- YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menyempurnakan sesi bersama Pengurusan Tertinggi sempena Program Lapor Diri dan Taklimat Pengenalan Jabatan kepada pegawai dan kakitangan baharu RELA.

Sesi ini merupakan platform penting dalam memberi amanat, suntikan motivasi serta perkongsian aspirasi kepimpinan kepada seluruh warga baharu RELA agar sentiasa menghayati nilai disiplin, integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Dalam sesi tersebut, para peserta turut diberi penekanan berkaitan peranan dan tanggungjawab warga RELA dalam mendukung agenda keselamatan, kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh imej organisasi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir YBrs. TKPjR Syamsul Badrin bin Mohshin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YS. Juriah Binti Jalalus Shuti, Pengarah Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan YS. PPjKR Zainoollah Khan bin Saeedur Rahman, Komandan Akademi Latihan RELA Malaysia.

Sumber: Akademi Latihan RELA Melaka







14/05/2026

Nak daftar e-Kasih?
Nak tukar kad pengenalan dan perkhidmatan lain-lain?
Nak tukar al-Quran lama?
Nak beli barangan murah di Jualan Rahmah?

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI! 🎉

Ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada:

🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)
🕒 Mulai 8.30 pagi -12.00 tengah hari
📍 Pusat Khidmat Masyarakat,
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail,
Taman Sejahtera,
Lunas, Kedah.

🎉 Bawa keluarga dan sahabat!

📣 Jangan lupa! Jumpa hangpa semua esok di sana.







𝐉𝐀𝐔𝐇𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇
14/05/2026

𝐉𝐀𝐔𝐇𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇







Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan diadakan mengikut ketetapan beri...
13/05/2026

Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)
🕒 8.30 pagi
📍 Pusat Khidmat Masyarakat,
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail,
Taman Sejahtera,
Lunas, Kedah.

Antara pengisian semasa program ini adalah Kaunter e-Kasih, Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Jom Exchange Quran serta Jualan RAHMAH.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program bersama agensi peringkat Negeri Kedah.







𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 ...
13/05/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

12 Mei 2026 (Selasa) – YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan RELA Negeri Pahang bagi bulan Mei 2026 yang turut dihadiri oleh YBrs. Puan Farhana Liyana binti Hassim, Pengarah RELA Negeri Pahang dan semua warga RELA Negeri Pahang.

Dalam ucapan nya, beliau telah menekankan kepentingan budaya disiplin, profesionalisme serta pengukuhan kepimpinan dalam kalangan anggota melalui latihan kawad dan kursus kepimpinan yang berterusan. Beliau turut menegaskan bahawa penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi perlu terus diperkasakan agar setiap tugasan dapat dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.

Selain itu, beliau turut menyentuh kepentingan transformasi digital dan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu pengurusan risiko serta analisis data bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan berkesan. Semangat kerjasama berpasukan juga terus ditekankan demi memastikan kelancaran urusan jabatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga RELA Negeri Pahang atas pencapaian KPI tahun 2025 yang cemerlang serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan dan watikah pelantikan kepada KPRK, KPR dan Jurulatih.

Tahniah dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan anda semua. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang 💪

Sumber : RELA Negeri Pahang







𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 & 𝐓𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟓𝟒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀)Jabatan Sukarelaw...
12/05/2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 & 𝐓𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟓𝟒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐑𝐄𝐋𝐀)

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mempelawa seluruh warga RELA yang terdiri daripada anggota dan pegawai untuk menyertai Pertandingan Reka Cipta Logo dan Tema sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-54 RELA.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk logo dan tema yang bertepatan dengan aspirasi serta imej Jabatan.

🗓 Tempoh Penyertaan:
27 April 2026 (Isnin) – 13 Mei 2026 (Rabu)

🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang!

Sertai sekarang dan tonjolkan idea kreatif anda!
Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

Ayuh, bersama kita semarakkan Sambutan HUT Ke-54 RELA! 🇲🇾








Ikuti media sosial Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia bagi mendapatkan maklumat sah...
12/05/2026

Ikuti media sosial Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia bagi mendapatkan maklumat sahih.

Design MyKad baharu dah dikeluarkan?

Jawapannya belum lagi, design baharu yang tular itu bukan pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebaliknya hanyalah ilustrasi atau mock-up yang dihasilkan oleh pihak tidak rasmi berdasarkan beberapa ciri umum yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Insya-Allah MyKad baharu akan dilancarkan I ada bulan Jun ini & perkongsian JPN hanya melibatkan sedikit preview berkaitan ciri keselamatan baharu dan bukannya keseluruhan reka bentuk sebenar MyKad generasi baharu.

Jadi, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap mana-mana design yang sedang tular ketika ini sebagai specimen rasmi atau reka bentuk muktamad.

Sekali lagi saya nak ingatkan yang rakyat Malaysia tidak perlu terus menukar yang baharu pada bulan Jun nanti. Ambil masa yang sesuai untuk ke pejabat JPN terdekat dengan anda.




11/05/2026

𝙆𝙡𝙞𝙥 𝙫𝙞𝙙𝙚𝙤 𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪𝙢𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙨𝙮𝙪𝙖𝙧𝙖𝙩 𝘼𝙜𝙪𝙣𝙜 𝙋𝙪𝙨𝙥𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝟭𝟭 𝙈𝙚𝙞 𝟮𝟬𝟮𝟲.

11 Mei 2026- Mesyuarat Agung tahunan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil RELA kali Ke-13 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Persidangan, aras 9 Setia Perkasa 9, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.







Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60388703770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Malaysia:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share