23/07/2026
[PROGAM CERAMAH KJB DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN]
22 Julai 2026 - Kelab Jasa Budi USM telah berjaya menganjurkan Program Ceramah dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Bilik Ibn Sina, Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Kelab dan Bersekutu.
Ceramah bertajuk 'Cybersafe Seniors - Bijak Digital, Selamat Digital' telah disampaikan oleh Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil dan Dr. Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin, Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Program ini turut dibantu oleh sukarelawan pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang berperanan membimbing Ahli Kelab dalam menggunakan telefon pintar dengan lebih selamat serta meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Antara pengisian yang dikongsi adalah langkah-langkah melindungi diri daripada penipuan digital serta penggunaan telefon pintar secara selamat. Peserta turut mengikuti sesi yang memberikan pendedahan mengenai kaedah mengenal pasti pelbagai bentuk penipuan dalam talian seperti scam, pishing dan pautan palsu. Selain itu, peserta juga mempelajari kaedah meningkatkan keselamatan akaun digital melalui penggunaan PIN, Face ID, cap jari (Fingerprint) serta pengaktifan ciri Two Step Verification pada aplikasi WhatsApp. Ahli Kelab juga mempelajari cara menyekat (block) dan melaporkan (report) nombor telefon yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa atau syarikat telekomunikasi.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua Kelab Jasa Budi, YBhg. Dato' Azman bin Abdullah. Program diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh beliau kepada pihak Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan atas kerjasama yang diberikan serta kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua Ahli Kelab dalam meningkatkan kesedaran keselamatan digital.
KJB turut merakamkan foto secara beramai-ramai sebagai kenangan dan semua yang hadir telah disajikan makanan secara 'pack food' sejurus selesai program.
Pihak KJB amat berterima kasih dengan sambutan dan sokongan daripada Ahli dan Pesara USM yang menyertai program-program anjuran KJB.
Koleksi kenangan seperti dibawah ini :
https://photos.app.goo.gl/qq1ujs9TtF5E3hyi7
Shared album · Tap to view!