Perpustakaan Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Perpustakaan Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.

Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035
20/01/2026

Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

Assalamualaikum wbt.Salam Malaysia MADANI.Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.Salam MEKAR Di...
22/04/2025

Assalamualaikum wbt.
Salam Malaysia MADANI.
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.
Salam MEKAR Di Hati.

Sempena sambutan Hari Buku Sedunia, seluruh warga kerja dan pelajar IPG Kampus Raja Melewar dijemput untuk menyertai beberapa pengisian program:

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Balai Kerapatan, IPG Kampus Raja Melewar

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara, serta Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan tema tahun ini "Nikmati Saat Ini."

Menariknya pada tahun ini Unit Pusat Sumber berkolaboratif dengan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sembilan bagi menjayakan program tersebut.

Sila bawa bahan bacaan sendiri (buku, majalah, e-book dsb.) untuk sama-sama menghayati detik membaca selama 10 minit secara serentak seluruh negara pada jam 11.00 pagi.

Pendaftaran SPLKPM juga disediakan kepada peserta yang hadir.

Mari kita bersama menyemarakkan budaya membaca dan menyantuni ilmu dalam suasana yang penuh bermakna.

Jumpa anda di sana!

22/04/2025
22/08/2022

Pada hari ini dalam tahun 1953, satu rangka rancangan untuk perubahan Perlembagaan Persekutuan telah dikeluarkan hasil daripada rumusan Jawatankuasa Kerja Persidangan Kebangsaan Malaya yang dianjurkan oleh Menteri-Menteri Besar Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat 4 syor utama yang dikemukakan sebagai langkah ke arah penubuhan pemerintahan kerajaan sendiri. Antara langkah yang disyorkan ialah berkenaan Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu perlu diadakan sebelum tahun 1956.

Sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang besar dengan ahli dilantik seramai 90 orang akan diadakan pada 1 Februari 1954. Kerusi- kerusi di dalam Majlis tersebut dibahagikan mengikut sempadan politik dan penduduk serta sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang terhad kepada yang mempunyai surat pengesahan sahaja akan mendapat kerusi sebagai langkah ke arah penyusunan kerajaan berjemaah menteri. Rangka rancangan yang dikeluarkan itu disahkan dalam Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Malaya yang diadakan pada 30 Ogos 1953.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

22/08/2022

Leftenan Adnan

Adnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.

Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.

Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.

Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.

Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.

Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.

Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.

Keberanian Lt Adnan diakui General Yamash*ta yang mengatakan “Jika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots

Hari ini dalam sejarah MELEWARTarikh: 1 Jun 1957Encik A. Palasanthiran melaporkan diri di Pusat Latihan Harian Seremban ...
01/06/2022

Hari ini dalam sejarah MELEWAR

Tarikh: 1 Jun 1957

Encik A. Palasanthiran melaporkan diri di Pusat Latihan Harian Seremban sebagai pensyarah. Beliau adalah pengetua pertama Maktab Perguruan Raja Melewar yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Sumber: Arkib Melewar, IPGKRM

Assalamualaikum WBT Salam Bahagia Salam MEKAR di hati21 April kembali lagi dengan Program "Jom Baca Bersama 10 Minit ". ...
21/04/2022

Assalamualaikum WBT Salam Bahagia Salam MEKAR di hati

21 April kembali lagi dengan Program "Jom Baca Bersama 10 Minit ".

Jom Baca Bersama 10 Minit Serentak Seluruh Malaysia
Tarikh : 21 April 2021(Khamis)
Masa: 11.00 pagi-11.10 pagi.

Program Bersama Pembaca Cilik secara langsung melalui google meet akan bersiaran pada jam 10.30 pagi.

Link penghantaran gambar warga IPGKRM:
https://tinyurl.com/gambarjombaca2022

Link google meet program bersama pembaca cilik:
https://meet.google.com/hrk-pjwx-vym


Assalamualaikum,Salam Bahagia &Salam MEKAR di Hati.Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam Talian (e-PPB)IPG Kampus...
08/03/2022

Assalamualaikum,
Salam Bahagia &
Salam MEKAR di Hati.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam Talian (e-PPB)
IPG Kampus Raja Melewar.

Bengkel Tatacara Permohonan ISBN, e-isbn & ISSN serta Percetakan Buku

Tarikh: 8 Mac 2022 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi -4.30 petang.

Penceramah Slot 1 :
Pn Amy Zurina binti Abdullah
Penolong Pengarah Pusat Bibliografi Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia

Penceramah Slot 2 :
Pn Jamiliana binti Jamil
Penolong Pengarah Pusat Bibliografi Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia

Penceramah Slot 3 :
Pn Nurul Huda binti Sulaiman
Penolong Pengarah Pusat Pengurus Pembangunan Perniagaan Aras Mega (M) Sdn Bhd Kajang,Selangor.

Moderator :
En Mohd Affandi bin Abu
Ketua Unit
Unit Pusat Sumber
IPG Kampus Raja Melewar

30/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021 & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 64 Tahun

Address

Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share