Pusat Pengurusan Kualiti Universiti - PPQ- UMK

  • Home
  • Pusat Pengurusan Kualiti Universiti - PPQ- UMK

Pusat Pengurusan Kualiti Universiti - PPQ- UMK Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ), Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
Aras 3, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ-UA) Bil.2/2026 di Simpoh Cuisine, Kota Bhar...
12/05/2026

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ-UA) Bil.2/2026 di Simpoh Cuisine, Kota Bharu, Kelantan.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ), UMK ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Bat...
20/03/2026

Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ), UMK ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) selaku urusetia ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerj...
25/02/2026

Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) selaku urusetia ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen sepenuhnya yang telah diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIRIM Berhad.

Untuk makluman juga, pihak UMK berjaya meneruskan Pensijilan MS ISO 9001:2015.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIRIM...
25/02/2026

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIRIM Berhad pada 23 - 25 Februari 2026.

Tahniah kepada Warga UMK kerana berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Majlis Makan Malam Bersama Auditor SIRIM sempena Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIIRM ...
25/02/2026

Majlis Makan Malam Bersama Auditor SIRIM sempena Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIIRM Berhad pada 24 Februari 2026 bertempat di New Horizon Restaurant, Kota Bharu.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Suasana Mesyuarat Pembukaan Sempena Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad. Mesyuarat pembuk...
24/02/2026

Suasana Mesyuarat Pembukaan Sempena Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad. Mesyuarat pembukaan ini dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Semoga hasil audit ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan pengurusan kualiti di UMK.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak auditor (Dr. Liyana binti Ahmad Afip selaku ketua au...
22/12/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak auditor (Dr. Liyana binti Ahmad Afip selaku ketua auditor dan Puan Nur Zezafiza binti Mohamed Zainuzain) atas kesudian meluangkan masa, komitmen serta profesionalisme dalam melaksanakan audit kualiti dalaman (AKD) ke atas Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ).

Semoga hasil audit ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan pengurusan kualiti di PPQ.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Sesi Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Darul Quran, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melay...
11/12/2025

Sesi Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Darul Quran, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 08 Disember 2025.

Terima kasih kepada Darul Quran, MAIK atas kesudian mengunjungi UMK. Tidak lupa juga kepada pihak Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) serta Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Semoga maklumat dan pengalaman yang diperoleh daripada lawatan ini diharap dapat diadaptasikan di Darul Quran, MAIK.

1hati1jiwa
Kita Bersama



Pusat Komputeran & Informatik UMK Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM HARI KUALITI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TAHUN 2025Sukacita ...
04/12/2025

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM HARI KUALITI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Hari Kualiti Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 02 Disember 2025 (Selasa) secara dalam talian. Sambutan pada tahun ini bertemakan "Menjulang Kualiti, Menyubur Aspirasi", yang merupakan simbol komitmen UMK terhadap pemantapan kualiti agar terus cemerlang.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu sepanjang pelaksanaan program ini.

Dalam kesempatan ini, pihak kami juga merakamkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Sempena Hari Kualiti UMK Tahun 2025 atas kejayaan dan pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMK. Bersama-sama emel ini turut dilampirkan poster setiap penerima Anugerah Sempena Hari Kualiti UMK Tahun 2025 untuk makluman dan perkongsian bersama warga universiti.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Sesi Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Subzon Penghulu Dol Said, Zon Dewan Tuanku Canselor (DTC) pada...
25/09/2025

Sesi Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Subzon Penghulu Dol Said, Zon Dewan Tuanku Canselor (DTC) pada 25 September 2025.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Hernani Binti Shamsuddin (Ketua Auditor), Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni serta Encik Aminuddin Bin Amdam (Auditor), Penolong Jurutera, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW).

Semoga memberi impak yang positif dalam membuat penambahbaikan berterusan.

1hati1jiwa
Kita Bersama

Address

Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia

16300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Kualiti Universiti - PPQ- UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share