29/07/2025
Kami sangat gembira sebab dapat membantu pelanggan kami untuk menjimatkan duit membeli kereta baru 🥰.
Untuk insuran kereta, penjual kereta minta RM3### 😫, kami semak sistem sekitar RM2###, selepas membantu pelanggan kami untuk menguruskan proses pemindahan NCD, pelanggan ada diskaun sebanyak NCD 55%, jadi insuran hanya RM9xx untuk kereta baru.
Dapat lagi tunai dikembalikan selepas insuran lama ditamatkan dalam RM2xx. Jimat dan duit masuk poket kembali ke dompet pelanggan kami.
Apa itu NCD, Pemindahan NCD (No Claim Discount) kereta melibatkan pemindahan diskaun tanpa tuntutan dari kereta lama ke kereta baru. Ini membolehkan pemilik kereta menikmati diskaun yang sama untuk insurans kereta baru mereka, membantu menjimatkan kos.
Proses Pemindahan NCD:
1. Semak Status NCD:
Pastikan anda mengetahui status NCD kereta lama anda dengan syarikat insurans semasa.
2. Kumpul Dokumen:
Sediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, maklumat insurans semasa, dan perjanjian jual beli kereta baru (jika ada).
3. Hubungi Syarikat Insurans:
Pergi ke cawangan syarikat insurans kereta lama anda atau berhubung dengan ejen insurans untuk memulakan proses pemindahan.
4. Isi Borang:
Isi borang pemindahan NCD yang disediakan oleh syarikat insurans dan pastikan semua maklumat adalah betul.
5. Selesai:
Setelah selesai, pastikan anda menerima salinan dokumen pemindahan NCD dan semak semula butiran NCD pada kereta baru anda.
Tips Tambahan:
Jenis Kenderaan Sama:
Pemindahan NCD hanya dibenarkan antara jenis kenderaan yang sama (kereta ke kereta, motosikal ke motosikal).
Jimat Kos:
Pemindahan NCD boleh menjimatkan kos insurans kereta baru anda kerana anda mengekalkan diskaun yang telah terkumpul.
Periksa Maklumat:
Sentiasa semak butiran NCD pada kereta baru anda selepas pemindahan untuk memastikan ia tepat.
Hendak memperbaharui insuran dan road tax, boleh mencari kami 🙋
📲 www.wasap.my/60138018051/insuranroadtax
📲 www.wasap.my/60138018051/insuranroadtax
📲 www.wasap.my/60138018051/insuranroadtax