Perpustakaan Tunku Tun Aminah

  • Home
  • Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Perpustakaan Tunku Tun Aminah Motto: Where wisdom begins

Vision: Aspires to be a dynamic knowledge gateway

11 Jun 2026 | Lawatan Pendidikan SMK Lui Barat ke PTTA, UTHMPerpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM berbesar hati men...
11/06/2026

11 Jun 2026 | Lawatan Pendidikan SMK Lui Barat ke PTTA, UTHM

Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM berbesar hati mengalu-alukan kunjungan pendidikan daripada SMK Lui Barat ke PTTA sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan ekosistem pendidikan tinggi dan budaya ilmu kepada para pelajar.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan peranan PTTA sebagai pusat ilmu yang menyokong pembelajaran, penyelidikan serta pembangunan modal insan. Pihak PTTA telah diwakili oleh Encik Mohd Fakrullah Mahmood yang turut mengiringi dan berkongsi maklumat berkaitan fungsi serta kemudahan perpustakaan kepada para pelawat.

Turut berlangsung sesi perkongsian khas oleh wakil Pusat Pembangunan Pelajar (PPD), UTHM, Ts. Eddy Irwan Shah bin Saadon, yang telah menyampaikan taklimat mengenai Track Journey Pendidikan di UTHM. Sesi tersebut memberi gambaran kepada para pelajar tentang laluan pendidikan, peluang pembangunan diri, kehidupan kampus serta aspirasi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Diharapkan lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna, menambah pengetahuan serta menyemai inspirasi dalam kalangan pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan akademik dan merealisasikan impian melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi pada masa hadapan.




11 Jun 2026 | Lawatan Pendidikan SMK Taman Seri Kluang ke PTTAPerpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Husse...
11/06/2026

11 Jun 2026 | Lawatan Pendidikan SMK Taman Seri Kluang ke PTTA

Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berbesar hati mengalu-alukan kunjungan pendidikan daripada SMK Taman Seri Kluang ke PTTA.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkenalkan peranan perpustakaan akademik sebagai pusat ilmu, pembelajaran dan penerokaan pengetahuan kepada generasi muda. Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengenali pelbagai kemudahan, perkhidmatan serta ruang pembelajaran yang disediakan bagi menyokong budaya ilmu, kreativiti dan pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, para peserta turut didedahkan kepada peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran abad ke-21 melalui penyediaan sumber maklumat, teknologi pembelajaran serta persekitaran yang kondusif untuk pembangunan ilmu dan sahsiah pelajar.

Diharapkan lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna, menyemai minat terhadap pembacaan serta memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus meneroka dunia ilmu dan pendidikan tinggi pada masa hadapan.

Terima kasih atas kunjungan dan semoga beroleh manfaat.




MEMACU INISIATIF EDUTOURISM UTHM DI PTTA10 Jun 2026 | Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn M...
11/06/2026

MEMACU INISIATIF EDUTOURISM UTHM DI PTTA

10 Jun 2026 | Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) amat berbesar hati menerima kunjungan para peserta Program RISE 2026 yang terdiri daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang.

Kehadiran delegasi ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap agenda EduTourism UTHM, yang mengangkat universiti sebagai destinasi pembelajaran berasaskan ilmu, inovasi dan pengalaman pendidikan. Dalam inisiatif ini, PTTA merupakan antara lokasi utama pelaksanaan Edu-Trail @ PTTA, yang menawarkan pengalaman pembelajaran unik melalui penerokaan ruang ilmu, teknologi, warisan dan inovasi yang terdapat di perpustakaan.

Sesi Edu-Trail ini membuktikan bahawa PTTA bukan sekadar gedung ilmu, malah berperanan sebagai hab EduTourism universiti yang menghubungkan pembelajaran, pengalaman dan inspirasi dalam satu destinasi. Pendekatan ini selari dengan aspirasi UTHM untuk memperluaskan impak pendidikan kepada komuniti melalui pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan berimpak tinggi.

Delegasi telah disambut oleh wakil PTTA yang diketuai oleh Encik Mohd Noor Hasman Mohd Tumari bersama Puan Aryanti Ahmad serta barisan staf PTTA yang turut mengiringi dan menjayakan sesi lawatan tersebut.

Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan baharu kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada minat terhadap ilmu, inovasi dan pendidikan tinggi pada masa hadapan.




11/06/2026



11 Jun 2013 merupakan detik bersejarah apabila Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dimasyhurkan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Iskandariah.

Sejak itu, PTTA terus berkembang daripada sebuah perpustakaan akademik kepada pusat ilmu yang menyokong pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan transformasi digital warga UTHM.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. ❤️

Bersama sama menyemai ilmu, membina hikmah dan terus mencipta legasi.

📚💙 Di Sini Hikmah Bermula

10/06/2026
HARI PUSTAKAWAN 2026: PROGRAM TRANSFORMASI MINDA i-TALK @ PTTA 📑💡8 Jun 2026 | Sempena sambutan Hari Pustakawan 2026 (6 J...
08/06/2026

HARI PUSTAKAWAN 2026: PROGRAM TRANSFORMASI MINDA i-TALK @ PTTA 📑💡
8 Jun 2026 | Sempena sambutan Hari Pustakawan 2026 (6 Jun 2026), Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) telah menganjurkan program Transformasi Minda i-Talk: Café Ketua Pustakawan bertempat di e-Resources Zone, Aras 2, PTTA.

Program kali ini membawakan pengisian yang sangat inspiratif bersama panel jemputan khas:
En. Mohd Irman bin Haji Mohd Din (Timbalan Pengarah, Financial Services Library, Bank Negara Malaysia)

Dalam sesi tersebut, beliau telah mengupas pelbagai perspektif dinamik mengenai peranan besar perpustakaan dalam menyokong pembangunan ilmu, memacu inovasi serta menyumbang kepada kemajuan negara. Sesi yang sangat membuka minda dan memberi impak positif kepada semua!

Pihak PTTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada panel jemputan, moderator, serta seluruh warga PTTA yang hadir memberikan sokongan—sama ada secara fizikal mahupun secara dalam talian.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat yang besar dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perpustakaan dalam kalangan masyarakat serta agenda pembangunan negara.

Sebagai tanda penghargaan, pihak PTTA juga sempat mengedarkan cupcake percuma kepada 20 pengunjung terawal yang hadir ke perpustakaan hari ini.



📢JEMPUTAN MENYERTAI SESI LATIHAN PENGGUNAAN ENDNOTE 2025 ✅Trial percuma bagi perisian EndNote 2025 telah diaktifkan kepa...
08/06/2026

📢JEMPUTAN MENYERTAI SESI LATIHAN PENGGUNAAN ENDNOTE 2025

✅Trial percuma bagi perisian EndNote 2025 telah diaktifkan kepada seluruh warga UTHM sehingga 30 Jun 2026.
✅Latihan penggunaan EndNote 2025 akan diadakan seperti berikut :

📆Tarikh : 9 Jun 2025 (Selasa)
⏰Masa : 10.00 pagi
🌐 Pautan latihan : https://teams.microsoft.com/meet/215405602725554p=CFnkQRyagz4zwfTiPb
Meeting ID: 215 405 602 725 554
Passcode: ws9Jp9jg






✅Para pensyarah, penyelidik, pelajar siswazah dan pelajar pascasiswazah dijemput untuk menghadiri latihan penggunaan ini.
✅Sebarang pertanyaan :
hubungi Pn. Nurul Elmy bt. Mohd Yusof
07-9508634/[email protected]

08/06/2026

📅 8 Jun 2026 (Isnin)
⏰ 10.00 pagi
📍 e-Resources Zone, Aras 2, PTTA

Panel Jemputan :
Yang Berusaha En. Mohd Irman bin Haji Mohd Zin
Timbalan Pengarah, Financial Services Library
Bank Negara Malaysia




✨ Bakti Dijunjung, Budi Disanjung ✨Selamat Bersara Encik Md Hafiz bin Abu Bakar.Warga PTTA mengucapkan setinggi-tinggi p...
08/06/2026

✨ Bakti Dijunjung, Budi Disanjung ✨
Selamat Bersara Encik Md Hafiz bin Abu Bakar.
Warga PTTA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti dan perkhidmatan yang telah disumbangkan dan didoakan semoga sentiasa sihat dan sejahtera sepanjang tempoh persaraan.



Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00

Telephone

+6074533319

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Tunku Tun Aminah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Tunku Tun Aminah:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share