Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor

  • Home
  • Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor, Government Organization, .

Pengenalan
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan, organisasi swasta dan individu.

17/03/2026

✨🌙 "Salam Aidilfitri 1447H. Moga Allah SWT melimpahkan keberkatan-Nya ke atas setiap rezeki yang kita nikmati dan mengurniakan ketenangan jiwa"✨🌙

Ikhlas daripada : Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor

25/02/2026

Khasiat nutrisi tembikai : Merah vs Kuning

25/02/2026

Pokok tembikai merupakan sejenis tanaman menjalar yang mempunyai batang herba dengan tendril bercabang bagi membantu proses pertumbuhan di permukaan tanah.
Sistem akarnya bersifat cetek, sekitar 40 hingga 50 sentimeter, namun mampu meluas sehingga 60 hingga 90 sentimeter bagi meningkatkan keupayaan menyerap air dan nutrien.
Batangnya berbulu serta boleh berbentuk bulat atau sedikit bersegi manakala daunnya berbentuk bujur dengan cuping yang dalam dan berukuran antara 10 hingga 20 sentimeter.
Ciri morfologi ini memainkan peranan penting dalam proses fotosintesis dan perkembangan keseluruhan pokok.
Dari aspek pembiakan, pokok tembikai bersifat monosius iaitu mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama.
Bunganya berwarna kuning belerang dengan kelebaran sekitar 1.5 hingga 2.0 sentimeter dan lazimnya tumbuh di celah daun.
Proses pendebungaan banyak bergantung kepada serangga seperti lebah madu, lebah tualang, semut dan kelulut yang aktif membantu pemindahan debunga.
Tempoh bunga berkembang biasanya berlaku pada waktu pagi antara jam 7.30 hingga 10.00 pagi menjadikan waktu ini kritikal dalam memastikan pembentukan buah yang sempurna.
Buah tembikai p**a hadir dalam pelbagai bentuk seperti bulat, bujur bulat atau bujur dengan kulit luar yang licin dan kuat.
Lapisan di bawah kulit dianggarkan setebal sekitar 0.5 sentimeter bagi melindungi bahagian isi yang boleh dimakan.
Warna kulit berbeza mengikut varieti daripada hijau muda hingga berjalur manakala isi buah lazimnya berwarna merah atau kuning.
Biji tembikai bersaiz kecil, sekitar 5 hingga 15 milimeter, berwarna putih atau hitam dan terdapat juga varieti tanpa biji yang semakin mendapat permintaan pasaran kerana lebih mudah dimakan dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

25/02/2026
Lawatan Diagnostik dan Kepakaran bagi Tanaman Kelapa 12 Feb 2026📍Projek SSAP,Sg Ayer Tawar,Sabak Bernam Selangor.Hasil d...
19/02/2026

Lawatan Diagnostik dan Kepakaran bagi Tanaman Kelapa

12 Feb 2026
📍Projek SSAP,Sg Ayer Tawar,Sabak Bernam Selangor.

Hasil dari lawatan pihak BBT Sg Burong pada tarikh tersebut ,mendapati simptom Penyakit Kulapuk Jelaga Hitam ( Sooty Mold).

Kulapuk jelaga hitam (sooty mold) ialah kulat berwarna hitam yang tumbuh pada permukaan daun, pelepah dan buah kelapa. Kulat ini tidak menyerang tisu pokok secara langsung, tetapi hidup pada madu embun (honeydew) yang dirembes oleh serangga perosak penghisap sap.

Perosak Berkaitan
• Lalat putih (Whiteflies – Aleurodicus dispersus)
• Koya / Kutu putih (Mealybugs)
• Kutu daun (Aphids)
• Serangga skala (Scale insects)

Simptom Serangan
• Lapisan hitam seperti jelaga pada daun, pelepah atau buah
• Daun kelihatan kotor dan berdebu hitam
• Fotosintesis berkurang
• Daun menguning dan pertumbuhan terbantut
• Pengurangan hasil

Pengesyoran dan tindakan kawalan :

Kultur⏯️ Pangkas bahagian teruk, kawal semut, kebersihan ladang Berkala

Biologi⏯️ Lepaskan Cryptolaemus montrouzieri, parasitoid Encarsia Ikut keperluan

Fizikal⏯️ Semburan air tekanan tinggi Apabila perlu

Kimia⏯️ Minyak putih / Racun sistemik berdaftar contoh: BRT spray oil (a.i : White oil 99%).
Flupyradifurone, Imidacloprid, Pyriproxyfen dan Dinotefuran
Serangan serius sahaja

✨🌙 Marhaban Ya Ramadan 1447H | 2026M  🕌🕋🤲🌙Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Bu...
19/02/2026

✨🌙 Marhaban Ya Ramadan 1447H | 2026M 🕌🕋🤲🌙
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H | 2026M kepada seluruh umat Islam.

“Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan upaya kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Assalamualaikum. Dihebahkan kenyataan sebutharga Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Pelabuhan Klang Selangor. Mohon war-warka...
19/03/2024

Assalamualaikum.
Dihebahkan kenyataan sebutharga Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Pelabuhan Klang Selangor.
Mohon war-warkan.

Sekian terima kasih.

Jabatan Pertanian Negeri Selangor
PEJABAT PERTANIAN DAERAH KLANG

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Selangor:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share