Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH

  • Home
  • Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH

Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH Unit Komunikasi Korporat di UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan pada tahun 2002 dan berada di bawah Pejabat Rektor.

Unit ini mempunyai peranan penting untuk memastikan dan mengekalkan imej serta reputasi baik universiti sentiasa berada di tahap optimum. Unit ini juga memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik universiti bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, komuniti, media, majikan-pekerja dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu, unti ini juga bertanggungjawab untuk memperluas

hubungan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain bertanggungjawab untuk mengekalkan reputasi dan citra yang baik, sebahagian daripada tanggungjawab lain unit ini adalah untuk mempromosikan universiti kepada masyarakat setempat dan membuka ruang akses yang adil untuk pendidikan tinggi.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM) dan Cipta Imp...
24/08/2026

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM) dan Cipta Impact Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 21 Ogos 2026 bertempat di Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sabah.

Kerjasama ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh jaringan strategik serta membuka peluang kolaborasi yang memberi manfaat kepada warga universiti dan masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kerjasama yang terjalin terus berkembang dan memberikan impak yang positif.

PROGRAM GERAK INTEGRASI PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN (GRIP) 2026Kota Kinabalu, 22 Ogos - Majlis perasmian penutupan pe...
24/08/2026

PROGRAM GERAK INTEGRASI PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN (GRIP) 2026

Kota Kinabalu, 22 Ogos - Majlis perasmian penutupan peringkat kebangsaan bagi Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) 2026 telah dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara di dewan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

GRIP merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membina kefahaman, memperkukuh hubungan silang budaya, menyemai semangat kenegaraan serta membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap perpaduan negara.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

Setinggi-tinggi tahniah & syabas diucapkan kepada semua staf yang telah menerima kenaikan pangkat dalam majlis Majlis Ik...
21/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah & syabas diucapkan kepada semua staf yang telah menerima kenaikan pangkat dalam majlis Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Penghargaan ini merupakan pengiktirafan atas dedikasi, kerja keras, dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan demi kemajuan organisasi. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali lagi

Selamat Datang Pasukan Penyelidik Jelajah UiTM Happiness Index (UHI) 7.0UiTM Cawangan Sabah berbesar hati menerima kunju...
20/08/2026

Selamat Datang Pasukan Penyelidik Jelajah UiTM Happiness Index (UHI) 7.0

UiTM Cawangan Sabah berbesar hati menerima kunjungan Pasukan Penyelidik Jelajah UiTM Happiness Index (UHI) 7.0 pada 20 Ogos 2026.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memahami dan memperkukuh tahap kesejahteraan, kebahagiaan serta pengalaman warga UiTM melalui pelaksanaan UiTM Happiness Index (UHI) 7.0.

Selamat datang ke UiTM Cawangan Sabah dan semoga kunjungan ini berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

20/08/2026
Majlis Ceramah & Bacaan Ikrar Bebas Rasuah UiTM Cawangan SabahUiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Ceramah & Ba...
19/08/2026

Majlis Ceramah & Bacaan Ikrar Bebas Rasuah UiTM Cawangan Sabah

UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Ceramah & Bacaan Ikrar Bebas Rasuah pada 18 Ogos 2026 bertempat di Dewan Tun Mustapha.

Program ini disampaikan oleh Tuan Alexander S. Kunghi, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sabah, yang memberikan perkongsian dan kesedaran berkaitan kepentingan integriti, pencegahan rasuah serta tanggungjawab warga kerja dalam membudayakan nilai amanah dan berintegriti.

Semoga program ini dapat terus memperkukuhkan komitmen seluruh warga UiTM Cawangan Sabah dalam menolak rasuah serta menjunjung tinggi prinsip integriti, amanah dan akauntabiliti.

MAJLIS PENYERAHAN BAS BAHARU KEPADA UiTM CAWANGAN SABAHTelah berlangsung Majlis Penyerahan Bas Baharu kepada Universiti ...
14/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BAS BAHARU KEPADA UiTM CAWANGAN SABAH

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bas Baharu kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah yang dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah serta pegawai Pengurusan UiTM Cawangan Sabah

Bas baharu ini merupakan sumbangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada UiTM Cawangan Sabah sebagai usaha memperkukuh kemudahan pengangkutan universiti serta menyokong kelancaran pelaksanaan aktiviti dan urusan rasmi warga UiTM.

Penyerahan ini mencerminkan komitmen KPT dalam memperkasakan kemudahan institusi pendidikan tinggi, khususnya dalam menyediakan prasarana yang lebih baik dan selesa untuk warga universiti.

Semoga kemudahan bas baharu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memberikan manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sabah.

Terima kasih Kementerian Pendidikan Tinggi atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

LAWATAN MUHIBBAH BEKAS PELAJAR YS-ITM 1982/1984 KE UiTM KOTA KINABALUSatu kunjungan penuh nostalgia dan kenangan apabila...
11/08/2026

LAWATAN MUHIBBAH BEKAS PELAJAR YS-ITM 1982/1984 KE UiTM KOTA KINABALU

Satu kunjungan penuh nostalgia dan kenangan apabila para bekas pelajar YS-ITM sesi 1982/1984 berkesempatan mengadakan Lawatan Muhibbah ke UiTM Cawangan Sabah Kota Kinabalu.

Lawatan ini menjadi wadah untuk mengeratkan kembali silaturahim, mengenang zaman persekolahan dan pengajian yang pernah dilalui, di samping melihat perkembangan UiTM Cawangan Sabah yang terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kenangan mungkin telah berlalu, tetapi persahabatan dan ukhuwah tetap tersemat di hati.

10 Ogos 2026
UiTM Cawangan Sabah, Kota Kinabalu

BENGKEL STRATEGI PEROLEHAN DANA INDUSTRI DAN DANA LUAR: TRANSFORMASI IDEA PENYELIDIKAN KEPADA PROJEK BERIMPAKBahagian Pe...
10/08/2026

BENGKEL STRATEGI PEROLEHAN DANA INDUSTRI DAN DANA LUAR: TRANSFORMASI IDEA PENYELIDIKAN KEPADA PROJEK BERIMPAK

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Cawangan Sabah menganjurkan Bengkel Strategi Perolehan Dana Industri dan Dana Luar: Transformasi Idea Penyelidikan kepada Projek Berimpak.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada para penyelidik dan pensyarah mengenai strategi mendapatkan dana daripada pihak industri dan sumber luar, di samping memperkukuh kemahiran dalam membangunkan cadangan penyelidikan yang berpotensi untuk dibiayai.

Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada kaedah mengenal pasti peluang pembiayaan, membina jaringan strategik serta mentransformasikan idea penyelidikan kepada projek yang berimpak, berdaya saing dan memberi manfaat kepada industri serta masyarakat.

Daripada idea kepada impak — bersama membina ekosistem penyelidikan yang lebih kukuh dan berdaya saing:

8:15 AM
Pendaftaran dan Sarapan

8:45 AM
Ucapan Rektor/Trek PJIM&A

09:00 AM
Sesi 1: Apa yang Industri Mahukan daripada Penyelidik? Strategi Membina Kerjasama dan Mendapatkan Dana Industri
Penceramah: PUAN ANGELINE ENGCHUAN, Pengurus Kanan (Bahagian Penyelidikan), Sabah Tourism Board (Lembaga Pelancongan Sabah)

11:00 AM
Slot 2: Penulisan Kertas Kerja Perundingan & Justifikasi Kewangan
Penceramah: PM Dr Sylvia@Nabila Azwa Ambad, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

1:00 PM
Makan tengahari dan solat/rehat

2:30 PM
Sesi 3: Transformasi Idea & Piching Industri (luar dan dalam negara)
Penceramah: Professor Dr. Justin Sentian, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah

4:30 PM
Penutupan, pemberian cenderahati, bergambar, dan minum petang

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke projek-projek pembangunan UiTM Cawangan Sabah.Lawa...
07/08/2026

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke projek-projek pembangunan UiTM Cawangan Sabah.

Lawatan kerja ini bertujuan meninjau kemajuan projek-projek pembangunan di UiTM Cawangan Sabah bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut perancangan, menepati spesifikasi, jadual pelaksanaan dan memberi manfaat kepada warga universiti. Lawatan ini juga menjadi platform untuk pihak pengurusan UiTM membentangkan status semasa pembangunan kampus, mengenal pasti isu-isu yang dihadapi, serta membincangkan cadangan penambahbaikan bersama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Melalui lawatan ini, diharapkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan kampus dapat diperkasakan demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkualiti kepada pelajar serta warga UiTM.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088325151

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Komunikasi Korporat Uitm Cawangan SABAH:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share