Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan Info urusan pejabat tanah pptgwp labuan

https://www.facebook.com/100064672033167/posts/1525434886288898/?app=fbl
07/08/2026

https://www.facebook.com/100064672033167/posts/1525434886288898/?app=fbl

🚧 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA 🚧

Perhatian kepada semua pelanggan yang dihargai.

Dimaklumkan bahawa Sistem e-Tanah, Portal Rasmi dan Portal Awam e-Tanah PPTGWP akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

🗓️ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕐 Masa: 1.00 petang hingga selesai

Sepanjang tempoh ini, semua urusan yang melibatkan sistem dan portal berkenaan tidak dapat diakses.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran anda. Terima kasih kerana terus menyokong perkhidmatan kami.

https://www.facebook.com/share/1BTqAusn9t/
14/07/2026

https://www.facebook.com/share/1BTqAusn9t/

⚠️ PENTING!

PPTGWP tidak pernah melantik ejen/wakil bagi urusan cukai, tender, atau perolehan. Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Rujuk saluran rasmi PPTGWP untuk info sebenar!

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA LEMBAGA PELABUHAN LABUAN (LPL)​Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan (P...
14/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA LEMBAGA PELABUHAN LABUAN (LPL)

​Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan (PPTG WP Labuan) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Labuan, Tuan Mizool Amir Bin Mat Drus, FCILT.

​Pertemuan ini turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan LPL bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan bersama serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.




https://www.facebook.com/100064672033167/posts/1482796823886038/?app=fbl
02/07/2026

https://www.facebook.com/100064672033167/posts/1482796823886038/?app=fbl

📢 MAKLUMAN PENTING KOD QR TERKINI BAYARAN CUKAI PPTGWP

Dimaklumkan bahawa pemilik hartanah yang telah menerima bil cukai sebelum 1 Jun 2026 hendaklah menggunakan Kod QR baharu untuk tujuan pembayaran bil cukai.

⚠️ Kod QR terdahulu yang terdapat dalam bil sebelum 1 Jun 2026 telah dinyahaktifkan dan tidak lagi sah digunakan bagi urusan pembayaran.

✅ Bagi memastikan pembayaran dapat dibuat dengan lancar tanpa sebarang gangguan, orang ramai disarankan menggunakan Kod QR terkini atau pautan pembayaran yang rasmi berikut:

🌐 Portal Awam PPTGWP
https://www.ptgwp.gov.my/portal/portal-awam

💳 Portal e-Bayaran PPTGWP
https://www.ptgwp.gov.my/portal/ms/web/guest/e-bayaran

Pihak PPTGWP memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta perhatian yang diberikan.

18/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai titik permulaan ke arah perubahan yang lebih baik, memperkukuh nilai integriti, meningkatkan keazaman serta memperbaharui iltizam dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kemajuan dan rahmat buat seluruh umat Islam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
"Membangun Ummah MADANI"





01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada YBhg. Datin Paduka Rahilah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta seluruh Warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.





01/06/2026

🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 🌾

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga musim menuai ini membawa kemakmuran, kegembiraan dan keberkatan, serta mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai.




01/06/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua serta terus memupuk nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam masyarakat.




🌙✨ Salam Aidiladha 1447H | 2026M ✨🌙Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha kali...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H | 2026M ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita di samping menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan. 🤲🏻

Ikhlas daripada
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan seluruh warga PPTGWP.






https://www.facebook.com/100064672033167/posts/1461117596053961/?app=fbl

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H | 2026M ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita di samping menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan. 🤲🏻

Ikhlas daripada
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan seluruh warga PPTGWP.




Address

Financial Park
Victoria
87016

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan:

Shortcuts

Share