Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P. Labuan

  • Home
  • Malaysia
  • W. P
  • Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P. Labuan

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P. Labuan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P Labuan
"Unity in Diversity"

✨ Kata-kata Hari Ini ✨Setiap hari adalah peluang baharu untuk menjadi lebih baik. 🌷Teruskan melangkah dengan hati yang i...
14/08/2026

✨ Kata-kata Hari Ini ✨

Setiap hari adalah peluang baharu untuk menjadi lebih baik. 🌷

Teruskan melangkah dengan hati yang ikhlas, usaha yang bersungguh-sungguh dan jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. 🤲

Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Setiap insan mempunyai rezeki dan jalan hidup yang tersendiri. ❤️

Semoga hari ini dipenuhi dengan ketenangan, kemudahan dan perkara-perkara yang baik. Selamat menjalani hari dengan penuh semangat dan harapan! 🌸✨







Tabika Perpaduan Rumah Kakitangan Awam Bukit Kuda14 Ogos 2026 (Jumaat)Tema: Buah-buahan Tempatan Nama Aktiviti: Finger P...
14/08/2026

Tabika Perpaduan Rumah Kakitangan Awam Bukit Kuda

14 Ogos 2026 (Jumaat)

Tema: Buah-buahan Tempatan

Nama Aktiviti: Finger Painting

Objektif
1. Murid dapat mengenal dan menyebut nama buah-buahan tempatan yang diperkenalkan dalam aktiviti.
2. Murid dapat menggunakan jari dengan betul untuk menghasilkan corak dan tekstur pada gambar buah.
3. Murid dapat menghasilkan karya seni menggunakan teknik finger painting.
4. Murid dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus melalui aktiviti mengecap dan mewarna.
5. Murid dapat menunjukkan kreativiti dan keyakinan diri melalui penghasilan karya seni.
6. Murid dapat berkongsi bahan, menunggu giliran dan mematuhi arahan semasa menjalankan aktiviti.
7. Murid dapat menghargai hasil karya sendiri dan rakan-rakan.







12/08/2026

Tabika Perpaduan Perumahan Layang-Layangan WP Labuan

Tarikh : 12 Ogos 2026
Hari : Rabu

AKTIVITI : 1. Mengenal buah Naga
2. Membuat replika buah-buahan

TEMA : Buah-buahan

OBJEKTIF :
1. Mengenal, menyebut dan merasa buah-buahan (buah naga)
2. Murid dapat mengembangkan kreativiti dan imaginasi melalui penghasilan ciptaan kreatif.
3. Memupuk sikap sabar, teliti dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti






🌷Asalammualaikum, Selamat Pagi & Salam Sejahtera 🌷Semoga hari ini dipenuhi dengan ketenangan, keberkatan dan semangat ya...
12/08/2026

🌷Asalammualaikum, Selamat Pagi & Salam Sejahtera 🌷

Semoga hari ini dipenuhi dengan ketenangan, keberkatan dan semangat yang positif. Mulakan setiap tugasan dengan niat yang baik, lakukan dengan ikhlas dan terus percaya pada kemampuan diri. 💪✨

🌟 Yakin, usaha dan tawakal.
Semoga segala urusan kita hari ini dipermudahkan dan membuahkan hasil yang baik.

Selamat menjalani hari yang indah dan penuh bermakna! ❤️






12/08/2026

📢 PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN

Jom daftarkan anak anda ke Tabika Perpaduan! 🧒🏻👧🏻📚

Berikan peluang kepada anak-anak mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang ceria, selamat dan penuh nilai perpaduan.

💻 Daftar sekarang di:
perpaduan.edu.my

✨ Jom daftar dan sertai Tabika Perpaduan! 🇲🇾🤝




11/08/2026
11/08/2026

Program Santuni KRT Wilayah Persekutuan Labuan bersama TKSU(Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan pada Jumaat, 7 Ogos 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara KRT WP Labuan dengan pihak Kementerian Perpaduan Negara.




10/08/2026

Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial (DARES@Komuniti) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 8 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, pempamer serta pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga DARES@Komuniti terus menjadi platform yang menyatukan masyarakat melalui dialog, perkongsian pandangan dan persefahaman bersama.




Tabika Perpaduan Kampung Pohon Batu W.P LabuanTarikh/Hari : 10.8.2026 ( ISNIN )Tema: Buah-buahan TempatanSubtema: Mengen...
10/08/2026

Tabika Perpaduan Kampung Pohon Batu W.P Labuan
Tarikh/Hari : 10.8.2026 ( ISNIN )
Tema: Buah-buahan Tempatan
Subtema: Mengenali Buah-buahan Tempatan
Umur: 5–6 tahun
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
🍎Menamakan sekurang-kurangnya 4 jenis buah-buahan tempatan.
🍒Mengenal pasti warna dan bentuk buah.
🍓Menyatakan satu manfaat buah-buahan kepada kesihatan.

📌Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
🍎Set induksi: Guru menunjukkan beberapa jenis buah sebenar dan bersoal jawab dengan murid.
🍅Aktiviti utama: Murid mengenali dan menyebut nama buah seperti pisang, rambutan, durian, mangga, betik dan jambu.
🍓Murid mengelaskan buah mengikut warna, bentuk atau saiz.
🍒Murid mewarna gambar buah-buahan tempatan.

✅Penutup: Guru bersoal jawab dan menggalakkan murid makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan.






Address

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional W. P Labuan, Tingkat 4, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan W. P
W. P
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share