15/08/2026
DAURAH WANITA: TIPS KELUARGA BAHAGIA
Selesai KelFit: Senam Sihat, Hari Sayyidatina Khadijah DUN Pasir Pekan 2026 diteruskan dengan persembahan silat sebelum para peserta mengikuti ๐๐ฎ๐๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ: ๐ง๐ถ๐ฝ๐ ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ oleh Ustazah Mazidah Muhammad, Panel Penggubal Dasar Keluarga Mawaddah.
Dalam perkongsian ini, Ustazah Mazidah menekankan bahawa matlamat perkahwinan hendaklah kerana Allah, dengan menjaga hak Allah dan melaksanakan syariatNya.
Antara tip yang dikongsikan ialah peranan suami sebagai ketua keluarga dan isteri sebagai pengurus rumah tangga, di samping pentingnya menghargai pasangan sebagai anugerah daripada Allah.
Keluarga juga digalakkan membina rutin bersama seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, makan bersama, berbincang dan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Turut ditekankan kepentingan bersyukur dengan apa yang ada, membina budaya keluarga yang baik, mengelakkan percakapan negatif, menzahirkan kasih sayang serta sentiasa berdoa untuk keluarga.
๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ฉ๐ก๐๐ข๐๐ฉ ๐ ๐๐ฉ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐ ๐๐๐๐ง ๐ข๐๐ข๐๐๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ช๐ฃ๐๐, ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ ๐ข๐๐จ๐ช๐ ๐จ๐ฎ๐ช๐ง๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐