20/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya, Mohd Shukri Ab Ghani, Pemangku Ketua Amanah Kawasan Wangsa Maju, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Parlimen Wangsa Maju.
Syawal yang mulia ini adalah waktu untuk kita mensyukuri nikmat kemenangan setelah sebulan berpuasa, serta mengeratkan silaturahim sesama keluarga, jiran dan masyarakat. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan kepada kita semua.
Dalam kegembiraan menyambut lebaran, marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat kebersamaan demi kesejahteraan komuniti kita.
Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan yang akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.