18/07/2026
Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Sekadar nak bercerita dan menyampaikan saja, sebab masih ramai yang keliru atau tidak tahu tentang topik ini.
Kemarin sambil urut seorang brader ni, dia minta saya check/scan badan dia sekiranya ada apa² gangguan atau jin yang menempel pada badanya. Saya cakap saya ni bukan bomoh atau dukun yang boleh scan, atau nampak jin dan alam ghaib. Kalau nak buat ruqyah, kena book sesi lain. Sebab saya ada booking tempat lain selesai urut dia. Dan rawatan ruqyah saya jalankan ada process panjang, untuk mengenal pasti sekiranya pesakit benar² ada gangguan jin atau tidak.
Brader ni kata lagi, tukang urut atau perawat yang boleh scan dan nampak jin ni, level tinggi. Dia sarankan saya belajar ilmu tu, supaya dapat bantu lebih ramai orang.
Saya cakap dengan dia, tidak ada satu pun manusia biasa seperti kita yang boleh tahu tentang alam ghaib atau dapat melihat alam jin secara direct. Melainkan ada campur tangan bersubahat dengan golongan jin.
Saya cakap jika ada tukang urut atau perawat yang mengaku boleh tahu tentang alam ghaib dan melihat jin secara direct, maka dia dari dua jenis golongan.
Pertama: perawat itu sendiri ada gangguan jin, dimana jin itu mendampingi nya secara dia sedar ataupun tidak sedar. Ataupun perawat itu sendiri seorang pengamal yang buat perjanjian dengan jin untuk tujuan² tertentu.
Kedua: perawat itu penipu, yang menggunakan tactic tertentu untuk scam pesakit. Menakut-nakutkan pesakit, kononya ada benda tak elok atau jin menempel di badan pesakit, atau menghuni rumah pesakit. Dengan tujuan untuk buat rawatan ataupun menjual produk² yang mencurigakan. Dengan alasan produk² itu dapat melindungi nya dari serangan gangguan jin sihir dan sebagainya.
Sebab itu pentingnya kita belajar ilmu agama dengan lebih mendalam, agar tidak mudah terpedaya dengan perawat² seperti ini. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan penawar bagi orang² yang beriman.
1. Ayat Al-Quran, bahawa tiada sesiapapun yang tahu perkara² ghaib, melainkan Allah.
Surah An-Naml, Ayat 65:
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
2. Ayat Al-Quran, manusia tidak dapat melihat jin atau syaitan secara direct. Adapun manusia yang dapat melihat, itu adalah jelmaan jin dalam bentuk rupa yang kalian reka dan takutkan.
Surah Al-Araf, Ayat 27:
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
3. Ayat Al-Quran, melarang manusia dari berdamping dan meminta pertolongan dari jin. Tak kira dari bangsa apa sekalipun, atau jin itu mengaku Islam. Kerana ini melanggar perintah yang ditetapkan ALLAH SWT.
Surah Al-Jinn, Ayat 6:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Sebagai orang² beriman sebaiknya jadikan Al-Quran dan Hadith sebagai guidance kehidupan kita.
Jika nak belajar mengenai Ruqyah Syar'iyyah cari lah guru² yang bertauliah dan diiktirafkan dalam bidang atau topik ini. Jika berminat nak belajar boleh contact salah seorang Guru yang saya hormati dan kasihi, Ustaz Amirul Mukminin Al-Faruq , pengasas Akademi Ruqyah Syar'iyyah Holistik - ARASH . Selama saya belajar dengan Ustaz Amirul, beliau akan menyampaikan sesuatu ilmu atau jawapan dengan jelas dan diiringi dalil Al-Quran dan Hadith.
Elakan belajar dari guru² yang tidak tahu asal usul ilmu yang dibawa. Jika diminta dalil atau bahan rujukan, alasan mereka itu semua dari amalan turun temurun. Atau dari kitab² yang kononya bersanad. Tak perlu dipertikaikan. Ikut sahaja, jangan banyak soal, nanti ilmu tidak berkat katanya. Tidak semua petua orang² lama yang menepati syariat. Lebih banyak penyelewengan, yang boleh runtuh akidah.
Tujuan saya kongsi ini, agar dapat dijadikan sebagai awareness. Semoga bermanfaat buat pembaca. 🙏