Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya

  • Home
  • Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya

Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya Angkatan Muda Keadilan Cabang Petaling Jaya 2025-2028

Ketua: Sausdara Nabil Halimi
Timb.

Ketua: Saudara Shah Rezza
Naib: Saudari Nur Hafizah Noslan

Channel Rasmi Whatsapp AMK PJ

https://chat.whatsapp.com/I1UNOtFUSbW6NM0CcyMdR8

26/07/2026
🎮 SEDANG BERLANGSUNG! 🔥Pertandingan E-Sport FC26 kini sedang berlangsung!Malam ini, kita jumpa lagi! Teruskan kemeriahan...
19/07/2026

🎮 SEDANG BERLANGSUNG! 🔥

Pertandingan E-Sport FC26 kini sedang berlangsung!

Malam ini, kita jumpa lagi! Teruskan kemeriahan dengan Program Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia 2026 bersama Saudara Halimey Abu Bakar dan Nabil Halimi.

📍 Restoran Afliq & Bistro
🕘 Bermula jam 9.00 malam hingga selesai

Apa yang menanti anda?
⚽ Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia 2026
🎤 Persembahan Buskers
🍔 Kupon Makan & Minum (200 pengunjung terawal)
🎁 Cabutan Bertuah Menarik

Jom ajak keluarga, kawan-kawan dan seluruh warga Petaling Jaya untuk sama-sama memeriahkan suasana malam ini.

⚽ Semarakkan Piala Dunia bersama AMK Petaling Jaya!

⚽🔥 Geng-geng PJ, jom ramai-ramai layan Final Piala Dunia 2026 dekat skrin besar bersama Bro Nabil Halimi dan bro Halimey...
17/07/2026

⚽🔥 Geng-geng PJ, jom ramai-ramai layan Final Piala Dunia 2026 dekat skrin besar bersama Bro Nabil Halimi dan bro Halimey

Bawa geng, pakai jersi pasukan pilihan dan kita gegarkan Taman Sri Manja sama-sama! Ada persembahan buskers, kupon makan & minum untuk 200 orang pertama serta cabutan bertuah menarik. 🎁🍔

📅 19–20 Julai 2026
⏰ 9.00 malam – 6.00 pagi
📍 Restoran Afliq & Bistro, Taman Sri Manja, Petaling Jaya

🎮 PERTANDINGAN PIALA DUNIA E-SPORTS FC26 PETALING JAYAAnjuran bersama Bro Nabil Halimi  (Naib Ketua Angkatan Muda Keadil...
16/07/2026

🎮 PERTANDINGAN PIALA DUNIA E-SPORTS FC26 PETALING JAYA

Anjuran bersama Bro Nabil Halimi (Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Encik Halimey bin Abu Bakar (Penyelaras DUN Taman Medan).

🗓 19 Julai 2026 (Ahad)
🕙 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 NADI Sri Medan, Taman Sri Medan

💵 Yuran komitmen RM10 sahaja! Akan dipulangkan selepas tamat perlawanan.

📌 Terhad kepada 32 peserta sahaja.

✅ Terbuka kepada *belia berumur 16 tahun dan ke atas* serta *pengundi/ibu bapa yang mengundi di DUN Taman Medan atau Parlimen Petaling Jaya*.

📲 Daftar sekarang:
https://forms.gle/1vVEuiky6qy5UPEeA

📞 Pertanyaan:
Haiqal – 011-1882 8201
Akmal Aizad – 019-598 0589

10/07/2026

Aduan Penduduk? Ketua AMK Petaling Jaya settlekan ✅

Setelah mendapat aduan daripada penduduk berkenaan isu pokok-pokok besar di tengah jalan raya SS5A/9 berhampiran restoran Subang Ria sehingga ada kes dahan pokok jatuh menghempap kereta. Saudara Nabil Halimi Ketua AMK Petaling Jaya merangkap Ahli Majlis MBPJ zon 21 telah mengajukan aduan ini kepada MBPJ.

Kepada warga komuniti Kelana Jaya SS 5 dan SS6 sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan landskap, sampah, dan infra, boleh segera memaklumkan kepada kami bagi tindakan susulan pejabat saudara Nabil Halimi.





Selangor tengah LEVEL UP! Setiap tahun kerajaan umum kadar KDNK tapi tak semua tahu kenapa benda ni penting.Senang cerit...
04/07/2026

Selangor tengah LEVEL UP!

Setiap tahun kerajaan umum kadar KDNK tapi tak semua tahu kenapa benda ni penting.

Senang cerita:

KDNK = “score ekonomi” sesuatu negeri.
Lagi tinggi score, lagi kuat ekonomi

Dibawah pimpinan YAB MB (tag MB) apa score Selangor?

📍 KDNK tertinggi Malaysia
💰 Nilai ekonomi: RM460.1 bilion
📈 Menyumbang 26.5% ekonomi negara

Apa maksudnya?

Daripada setiap RM100 ekonomi Malaysia,
lebih kurang RM26.50 datang daripada Selangor

Bukan setakat nombor atas kertas.

Ekonomi berkembang =
✅ lebih banyak peluang kerja
✅ lebih banyak peluang bisnes
✅ lebih banyak pelaburan masuk
✅ lebih banyak peluang untuk anak muda

Trend Selangor:

2022 ➡ RM385B
2023 ➡ RM406B
2024 ➡ RM432B
2025 ➡ RM460.1B

Naik RM28 bilion dalam setahun

Pertumbuhan Selangor: 6.3%
Malaysia: 5.2%

Selangor bukan sekadar berkembang.
Selangor sedang memimpin.

Ekonomi kuat hari ini, peluang anak muda esok.




DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada YAB Dato' S...
01/07/2026

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas keputusan meneruskan projek LRT3 dengan mengembalikan lima stesen yang sebelum ini dibatalkan serta pembinaan rumah mampu milik di sekitar kawasan laluan.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek yang memberi manfaat kepada rakyat dapat diteruskan tanpa sebarang halangan yang tidak wajar.



Semoga kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus diperkukuhkan demi pembangunan yang mampan, sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, serta kesejahteraan rakyat Selangor.

SUBSIDI DIESEL UNTUK RAKYAT MALAYSIA TURUN HARGADi saat dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan tekanan harga tenaga, ...
21/06/2026

SUBSIDI DIESEL UNTUK RAKYAT MALAYSIA TURUN HARGA

Di saat dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan tekanan harga tenaga, kepimpinan yang berani membuat keputusan amat diperlukan.

Hari ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Julai 2026.

Dalam musim pilihanraya ramai pihak akan bercakap tentang perubahan, tetapi hari ini kerajaan MADANI membuktikan perubahan bukan sekadar janji retorik tetapi pelaksanaan usaha yang semestinya memberi kelegaan kepada rakyat.

Ayah,mungkin tidak banyak kata,tetapi kasih dan pengorbananmu sentiasa terasa.Terima kasih kerana sentiasa ada.❤️ Selama...
21/06/2026

Ayah,
mungkin tidak banyak kata,
tetapi kasih dan pengorbananmu sentiasa terasa.

Terima kasih kerana sentiasa ada.

❤️ Selamat Hari Bapa.

Ikhlas dari kami,
Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya

MALAYSIA LONJAK KE TANGGA KE-15 DUNIA!Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak daripada kedudukan ke-2...
20/06/2026

MALAYSIA LONJAK KE TANGGA KE-15 DUNIA!

Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak daripada kedudukan ke-23 pada tahun 2025 kepada tangga ke-15 dunia pada tahun 2026 dalam IMD World Competitiveness Index.

📈 Antara pencapaian utama:
✅ Lonjakan 8 anak tangga dalam kalangan 70 ekonomi dunia
✅ Kekal sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di ASEAN, hanya di belakang Singapura
✅ Bukti bahawa dasar yang stabil, pelaburan strategik dan keyakinan pelabur mula membuahkan hasil

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi petunjuk bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan berkualiti dan kesejahteraan rakyat.

Namun, kejayaan ini perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai oleh seluruh rakyat daripada kos sara hidup yang lebih terkawal, peluang ekonomi yang lebih luas hinggalah kepada masa depan yang lebih terjamin.

Bersama kita terus membina Malaysia yang lebih maju, berdaya saing dan inklusif.

Address

Jalan PJS 1/33

46000

Telephone

+601111692212

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share