Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu

  • Home
  • Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu

Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu, Political Party, .

21/09/2025

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ†.πŠπ€ππƒπ€π–π€π˜πŽπ, πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”

ZAIDI JATIL bersama rakan-rakan pimpinan KEADILAN Cabang Kota Marudu menziarahi beberapa orang Warga Emas dan Orang sakit di Kg.Kandawayon, Kota Marudu seramai 8 Keluarga.

Terima kasih atas doa dan kata nasihat yang diberikan buat Zaidi bersama teman-teman. Insyallah, selagi hayat dikandung badan Zaidi tidak akan berhenti memperjuangkan masa depan dan nasib masyarakat di Sabah khususnya Daerah Kota Marudu.

Zaidi mendoakan agar Pakcik, Makcik yang di lawat ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan.

-ADMIN-







https://www.facebook.com/share/v/1MpNVvae5D/

15/09/2025

SEKILAS
-ADMIN-

15/09/2025

Satu kelebihan yang saya lihat kepada Ketua Cabang Kita Sdra Zaidi Jatil adalah pemimpin yang mempunyai kepelbagaian pengetahuan (Full Pakej) bilang orang Inggeris.

Boleh Bicara Soal Politik Kepimpinan, Bicara Soal Masa Depan Belia, Memperjuangkan hak dan masa depan rakyat, bicara ekonomi, dan mampu bicara soal agama dan menjadi contoh dan teladan yang baik.

Agak sukar kita boleh cari pemimpin yang boleh jadi Imam, membaca Al-Quran dan Berzanji dengan baik serta yang lain.

Namun orang masih mempertikai kemampuan anak muda ini. Saya yakin, Zaidi Jatil (Ketua Cabang) mempu menjadi pemimpin yang adil serta menjaga kepentingan dan hak semua kaum, agama, tanpa mengira fahaman apa pun.

Betul lah , Akhir Zaman Pemimpin yang beriman, adil akan sering difitnah. Manakala, pemimpin yang berbohong akan sentiasa jadi sanjungan. Lihatlah KC kita selalu diserang dan difitnah akhir-akhir ini.

Terus kuat KC, terus pimpin KEADILAN Cabang Kota Marudu dengan baik.

Coretan Dari,

*Sobri Aeman*

πƒπˆπ€π‹πŽπ† 𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ”πƒπ€ (πƒπ”πŒ)Alhamdulillah, Saya berkesempatan memenuhi jemputan sebagai Ahli Panel dalam Program Kupi-kupi ba...
15/09/2025

πƒπˆπ€π‹πŽπ† 𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ”πƒπ€ (πƒπ”πŒ)

Alhamdulillah, Saya berkesempatan memenuhi jemputan sebagai Ahli Panel dalam Program Kupi-kupi bah dulu bersama dengan Sdri Erika Roslan(Moderator) , Roslan Abdullah (Mantan Presiden MPP UMS) Sdri Enn Xaviera (Personaliti Tv) bertempat di Anjung Selera, Kota Kinabalu.

Saya berkongsi pandangan khususnya kepada para belia betapa pentingnya Idealisma berbanding populariti dalam politik pada hari ini. Seterusnya bagaimana kita memilih pemimpin yang betul supaya kita tidak mendapat wakil rakyat yang salah.

Dalam pada itu, apa peluang yang boleh dimanfaatkan melalui program-program yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Seterusnya menangani masalah pengangguran dan "Brain Drain" melibatkan belia di Sabah pada hari ini.

Akhirnya, setiap apa yang kita buat dan lakukan bermula daripada 'NIAT' kita. Jika niat kita baik maka itulah menjadi panduan kita, jika sebaliknya maka kita akan sering kecewa.

Jutaan Terima Kasih Hanani Dhamirah , Hilmie Bin Milus , Arief Hambali J Indan , Danish Hairudin , Sandralisa L. Olim dan semua yang terlibat.

Zaidi Jatil





-ADMIN-

Ke Bintasan tengah mewakili KC manyampai kan sumbangan kepada dua orang ahli kita yang sakit  punca kemalangan dan cance...
15/09/2025

Ke Bintasan tengah mewakili KC manyampai kan sumbangan kepada dua orang ahli kita yang sakit punca kemalangan dan cancer tahap 4 selain sumbangan KC kami juga AJK PDM Bintasan rukut2 turut memberikan sumbangan bakul makanan kepada kedua2 pesakit terima kasih KC dan ajk2 pdm bermurah hati menyumbang kepada ahli kita.

Dan terima kasih ketua kampung Bintasan tengah Kerna turut serta dalam program ini

  ahli keluarga Ajk Keadilan Cabang Kota Marudu .En.Awang Oting selaku Ketua biro kebajikan  mewakili YBhg Zaidi Jatil  ...
15/09/2025

ahli keluarga Ajk Keadilan Cabang Kota Marudu .En.Awang Oting selaku Ketua biro kebajikan mewakili YBhg Zaidi Jatil KC menyampaikan sedikit sumbangan untuk perbelanjaan perubatan kepada Puan Lucy dan En .Dualis Pilah di Hospital queen 1 dan Queen 2 hari ini.Semoga sumbangan ini dapat membantu.
rakyat
Muda harapan bandau
bandau rakyat sejahtera
13.09.2025/SABTU

15/09/2025

PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TEMUNO TERINGAI DARAT

Menghadiri program MAJLIS TAKZIRAH ,BERZANZI TAHLIL DAN DOA Sempena sambutan Maulidur Rasul Masjid NURUSH SYIFA KG ONGKI...
12/09/2025

Menghadiri program MAJLIS TAKZIRAH ,BERZANZI TAHLIL DAN DOA Sempena sambutan Maulidur Rasul Masjid NURUSH SYIFA KG ONGKILAN
11 september 2025
jam 6.00 ptng
(khamis Malam Jumaat)


-ADMIN-

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ππ€π‘π“πˆ πŠπ„π€πƒπˆπ‹π€π π‘π€πŠπ˜π€π“ (ππŠπ‘) 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”Saya bersama rakan-rakan pimpinan KEADILAN Cabang Kota Maru...
10/09/2025

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€
ππ€π‘π“πˆ πŠπ„π€πƒπˆπ‹π€π π‘π€πŠπ˜π€π“ (ππŠπ‘) 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆 πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‘π”πƒπ”

Saya bersama rakan-rakan pimpinan KEADILAN Cabang Kota Marudu hari ini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk membuat laporan polis berhubung satu mesej WhatsApp yang tular menggunakan nama saya selaku Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu.

Isi kandungan mesej yang tular adalah seperti berikut:

> "Untuk makluman semua ahli dan boleh sebarkan kepada rakan-rakan atau group kita di luar berkaitan info ini:

"Ada sindiket beberapa orang yang masuk dari kampung ke kampung mengedarkan borang PPRT serta menjanjikan sesiapa yang mengisi borang tersebut akan mendapat rumah PPRT. Aktiviti ini dilaporkan sedang berleluasa di kawasan DUN N.06 Bandau.

Apabila ditanya, kumpulan itu mendakwa mereka daripada parti PKR yang diketuai oleh Zaidi Jatil. Selepas siasatan, didapati modus operandi mereka adalah menipu penduduk kampung kerana tujuan sebenar hanyalah untuk mencuri data peribadi penduduk yang tertera dalam borang berkenaan.

Orang ramai disarankan agar mengambil nama individu terbabit, menyimpan gambar borang, dan membuat laporan polis sekiranya didatangi oleh pihak berkenaan. Sekian, untuk makluman."

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk mengedarkan borang PPRT atau melakukan perkara yang dinyatakan.

Bagi pihak parti, saya telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dengan segera. Saya juga memohon pihak Polis membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957 terhadap pihak-pihak yang menyebarkan fitnah ini.

Selain itu, saya juga meminta agar perkara ini dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti dalang sebenar yang cuba mencemarkan nama baik saya dan KEADILAN Cabang Kota Marudu.

Saya menyeru agar masyarakat kampung tidak mudah terpedaya dengan mesej berunsur fitnah seperti ini. Sekiranya berlaku sebarang cubaan sedemikian, saya menggesa orang awam agar segera membuat laporan polis. Untuk sebarang urusan rasmi, orang ramai boleh terus hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat KEADILAN Cabang Kota Marudu yang terletak di 1 Avenue Wongkok.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan semua pihak agar berpolitik secara matang dengan menolak budaya fitnah serta serangan peribadi. Saya memandang serius perkara ini dan memberikan sepenuh ruang kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan sehingga dalang sebenar berjaya dibawa ke muka pengadilan.

Sekian, terima kasih.

*ZAIDI JATIL*

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah

-ADMIN-

08/09/2025

Tarikh: 8 September 2025 (Isnin)
Masa: 2.00 petang
Lokasi: Kampung Kandawayon

Program Ziarah Kasih KC telah diadakan di Kampung Kandawayon dengan penglibatan PIC Difnie, bersama media yang membuat liputan bergambar sepanjang program berlangsung.

Sebanyak 8 buah rumah penduduk telah diziarahi dalam program kali ini. Antara pengisian utama termasuklah:
β€’ Penyampaian bantuan makanan asas dan sumbangan wang tunai.
β€’ Membantu keluarga yang layak dalam permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
β€’ Melawat rumah penduduk yang terjejas akibat bencana angin, bagi menilai kerosakan serta keperluan bantuan susulan.

Penduduk kampung menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan, yang membantu meringankan beban serta memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik.

-ADMIN-

07/09/2025

Dialog Urang Muda (Dum) yang menampilkan panel-panel Zaidi Jatil Ketua AMK Sabah, Enn Xaviera Personaliti Tv, Roslan Abdullah Mantan Presiden MPP UMS bertempat di Anjung Selera Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

-Admin-


02/09/2025

kredit pada parti pkr yang mana ada pemimpin wakil parti yg dipilih terbaik dalam menyantuni rakyat ..begitulah dalam pemilihan pemimpin..bukan calon wahyu..namun mereka yang betul betul melaksanakan kerja kuat dan berprinsip akan benar benar mengubah landskap pentadbiran lebih agresif dan berkesan..ZAIDI JATIL Ketua Cabang PKR KOTA MARUDU, Salah satu contoh pemilihan pemimpin melalui kerja keras yang ditunjukkan sebelum ini.beliau konsisten hadir dalam golongan masyarakat yang perlu didengar di santuni ..parti keadilan rakyat untuk semua..gerak kerja yang diterapkan dalam pimpinan parti memberi kesan efektif dalam mengubah budaya kerja selama ini yang mana kelihatan tidak relevan lagi dalam menghasilkan hasil yang rakyat mahukan...perubahan urus takbir masyarakat perlukan pembaharuan dari akar umbi..

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Muda Keadilan Cabang P.168 Kota Marudu:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share