20/07/2026
Pada 18 - 19 Julai 2026 (Sabtu Ahad ) Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 3 Di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Timur Laut.
Kursus di mulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat kursus serta arahan pentadbiran dari Pegawai Pasukan Lt.M (PA) Ng In Heang yang juga merangkap Ketua Jurulatih sepanjang kursus berlangsung.
Selesai sesi pendaftaran dan taklimat, para peserta di latih mengikut matapelajaran asas dalam Pertahanan Awam di antaranya :
✅ Pengenalan Pertahanan Awam dan Hanruh
✅ Asas Kawad Kaki
✅ Asas Pertolongan Cemas
✅ Rawatan dan Balutan pada kecederaan
✅ Teknik- teknik CPR dan pengendalian AED yang betul dan selamat
✅Lawatan Galeri APM
✅Masjlis Penutup
Pelaksanaan kursus ini, adalah tonggak dan peranan utama APM dalam memastikan 5 peratus rakyat Malaysia menerima latihan Pertahanan Awam sekaligus menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang perkara kecemasan atau bencana.
Pengurusan PDPA Timur Laut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus.