Unit PAKK KEMAS Paya Besar

Unit PAKK KEMAS Paya Besar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit PAKK KEMAS Paya Besar, Kuantan.

Selamat Kembali Ke Sekolah !
16/02/2025

Selamat Kembali Ke Sekolah !

๐‘ช๐‘ถ๐‘น๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ

๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€โ€ฆ itulah tagline kami di KEMAS untuk menyambut anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan di TABIKA KEMAS bagi tahun 2025. DI SINI BERMULA membawa erti yang besar buat anak-anak dan ibu bapa.

In Sha Allah di bawah beberapa transformasi program TABIKA KEMASโ€ฆDI SINI BERMULA anak-anak mengenal alam persekolahan. DI SINI BERMULA mereka mengenal huruf dan angkaโ€ฆDI SINI BERMULA mereka diasuh dengan Alif Ba Taโ€ฆ.DI SINI BERMULA potensi dan bakat mereka akan dikembangkan.

Esok, dengan izin-Nya, saya akan melakukan kunjungan mesra ke TABIKA BERKEMBAR KEMAS TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON untuk menyantuni ibu bapa dan meninjau keletah anak-anak yang akan memasuki TABIKA masing-masing.

Bagi tahun ini seramai ๐Ÿ‘๐Ÿ–,๐Ÿ–๐Ÿ—๐Ÿ• ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  telah mendaftar di TABIKA KEMAS bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini ini.

๐Œ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ฅ๐š ๐ž๐ฌ๐จ๐ค, ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ’,๐ŸŽ๐Ÿ•๐Ÿ• ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ข๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐›๐š๐ ๐ข ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“. Ini menjadikan jumlah keseluruhan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun mengikuti persekolahan di TABIKA KEMAS berjumlah ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ,๐Ÿ—๐Ÿ•๐Ÿ’ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐ .

Bagi TASKA KEMAS p**a anak-anak yang berumur 2 hingga 4 tahun, seramai ๐Ÿ๐ŸŽ,๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ— ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค akan mula mengikuti asuhan mereka di bawah program TASKA KEMAS.

Kepada Allah dipohonkan agar urusan Cikgu-Cikgu KEMAS bagi sesi persekolahan tahun ini dipermudahkan dan anak-anak kami di TABIKA KEMAS seluruh negara dapat mengikuti sesi persekolahan dalam suasana yang menyeronokkan.

Datuk Mohd Hanafiah Man
Ketua Pengarah

Terima kasih YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar dan Kolej Komuniti Kuantan yang membuka ...
07/02/2025

Terima kasih YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar dan Kolej Komuniti Kuantan yang membuka ruang dan memberi peluang kepada guru-guru KEMAS Paya Besar mempelajari ilmu yang amat bermanfaat ini!


09/01/2025

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Ikuti siaran langsung Program Pemerkasaan Masyarakat Madani secara eksklusif di Facebook: KEMAS Official pada 9 Januari 2024, Khamis, jam 12.30 tengah hari.

Program akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah Shahar A...
07/01/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah Shahar Abdullah , Ahli Parlimen Paya Besar di atas sumbangan berupa SMART TV jenama LG UQ70 55 inch kepada semua kelas di TABIKA KEMAS Parlimen Paya Besar. Rentetan daripada ucapan beliau ketika majlis perasmian sempena Bengkel Kemahiran Keibubapaan anjuran KEMAS Paya Besar pada 16 Mei 2024, beliau telah menyatakan bahawa akan menyumbangkan SMART TV untuk digunakan dalam aktiviti PdP kepada kelas-kelas di TABIKA KEMAS di Parlimen beliau.

Alhamdulillah, mulai 16 Disember 2024 sehingga 30 Disember 2024, sebanyak 67 unit smart tv yang dijanjikan telah selesai diserahkan kepada semua kelas di KEMAS Paya Besar. Jelas terpancar kegembiraan warga pendidik dan anak-anak KEMAS. Dengan adanya kemudahan ini, ianya akan memberi manfaat kepada 67 kelas TABIKA dengan 1495 orang anak-anak KEMAS di Parlimen Paya Besar untuk sesi persekolahan yang mendatang.

Semoga niat baik YB Ahli Parlimen yang sentiasa mengingatkan kakitangan pendidik untuk berusaha memberikan pengalaman pendidikan awal kanak-kanak dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi, serta tidak memandang ringan akan peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dapat menyuntik semangat warga pendidik KEMAS dalam memberikan yang terbaik demi masa depan generasi kali ini.

Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Parlimen Paya Besar dan KEMAS Negeri Pahang sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan ini. Semoga ianya dapat memberi impak dalam usaha ke arah pendigitalan pendidikan awal kanak-kanak.




"Children learn more from who you are than what you teach." We are certainly not denigrating all the hardwork you are pu...
15/12/2024

"Children learn more from who you are than what you teach."

We are certainly not denigrating all the hardwork you are putting into your lessons. That matters! But patience, kindness, compassion,a growth mindset, our action and behaviors speak as loudly as any of our "lessons" do! - unknown.

Terima kasih cikgu!

Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Semoga Allah ampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amalan beliau dan mengan...
10/12/2024

Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Semoga Allah ampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya di sisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh almarhumah ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin

Salam takziah kepada keluarga almarhumah Cikgu Haliza binti Abdul Wahab yang kembali kerahmatullah jam 10.28 malam tadi. Keluarga besar KEMAS Parlimen Paya Besar turut berdukacita.

Almarhumah sebelum ini bertugas di TABIKA KEMAS Taman Pandan Permai sebelum diuji dengan masalah kesihatan.

Majlis Apresiasi Kontinjen KEMAS Paya Besar sempena Hari Potensi KEMAS Tahun 2024Tarikh : 10.10.2024Masa : 2.30 petangTe...
10/10/2024

Majlis Apresiasi Kontinjen KEMAS Paya Besar sempena Hari Potensi KEMAS Tahun 2024

Tarikh : 10.10.2024
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kolam Poknik,Tanjung Lumpur Kuantan.
Kehadiran : Semua Pendidik Masyarakat,Pembantu Pendidik Masyarakat KEMAS Paya Besar serta anak-anak TABIKA yang terlibat sebagai peserta di setiap acara potensi yang dipertandingkan.

Turut Hadir :
Encik Muhammad Nur Irsyad bin Ismail,Pegawai Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Pahang yang menjalankan tugas sebagai Pegawai KEMAS Daerah Kuantan

Cik Nurul Nadiah binti Ahmad Tajudin,Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Paya Besar.



Program : Hari Potensi KEMAS Peringkat KebangsaanTempat : UTM Skudai,JohorTarikh : 6- 8 September 2024 Alhamdulillah, sy...
14/09/2024

Program : Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan
Tempat : UTM Skudai,Johor
Tarikh : 6- 8 September 2024

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt, Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirainya pada 6-8 September yang lalu di UTM Skudai Johor. KEMAS Daerah Kuantan melalui Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak khususnya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk edisi kali ini.

Kepada semua anak-anak yang membawa cabaran sebagai atlet Kontijen KEMAS Tok Gajah, terima kasih atas semangat juang yang tinggi untuk setiap acara yang diwakili. Tahniah kepada Team Kids Athletics yang berjaya merangkul tempat 3. Tidak dilupakan team bola jaring dan futsal serta gerak kreatif,Digital Showcase dan AKKC yang mewakili KEMAS Pahang. Kalah menang itu adat dalam pertandingan. Jadikan pengalaman ini sebagai momen berharga dalam garis masa pendidikan kalian.

Tidak dilupakan, kepada ibu ayah dan para penjaga yang datang sebagai penyokong tegar, yang memberi izin untuk anak-anak berlatih dan bertanding, para Pendidik Masyarakat khususnya yang dari awal hingga akhirnya tidak lelah berjuang, memberikan komitmen jiwa dan raga sehingga akhirnya memungkinkan anak-anak kita dapat beraksi sempena Potensi Peringkat Kebangsaan kali ini. Semoga kita bangkit untuk teruskan perjalanan dan "Comeback Stronger" bagi edisi-edisi Potensi yang berikutnya.

Gambar dan momen Potensi Kemas Tahun 2024 boleh dilihat di laman raami FB KEMAS Negeri Pahang.



Semoga pasukan KIDS ATHLETICS KEMAS Pahang memberikan saingan sengit kepada semua pasukan yang bertanding sempena Hari P...
05/09/2024

Semoga pasukan KIDS ATHLETICS KEMAS Pahang memberikan saingan sengit kepada semua pasukan yang bertanding sempena Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan bertempat di UTM Skudai,Johor pada 6-8 Sept 2024 ini.

Kepada
๐Ÿ’–Adik Raja Muhammad Athif Ziyad - TBK Kemas Felda Lepar Hilir 04
๐Ÿ’–Adik Muhammad Hasbullah - TBK Kemas Felda Bukit Goh

usaha dan beraksilah dengan hebat dan cemerlang dalam acara masing-masing!



Selamat berjuang wira cilik kami. Semoga p**ang membawa kemenangan.

Team Kids Athletics mewakili KEMAS Negeri Pahang ke Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan di UTM Skudai, Johor (06-08 September 2024)

Kepada puteri-puteri bola jaring dari KEMAS Parlimen Paya Besar yang terdiri daripada :โค๏ธโ€๐ŸฉนAdik Nur Amna Raisha binti Sa...
05/09/2024

Kepada puteri-puteri bola jaring dari KEMAS Parlimen Paya Besar yang terdiri daripada :

โค๏ธโ€๐ŸฉนAdik Nur Amna Raisha binti Salmi - TBK Kemas Kampung Seri Mahkota - GD

โค๏ธโ€๐ŸฉนAdik Nur Humaira I Bt M. Nur Ezzaq
Tabika Kemas Felda Lepar Hilir 05-GA

โค๏ธโ€๐ŸฉนAdik Nurul Auni Afiqah binti Rosazwan
Tabika Kemas Kg Gelugor-GK

Selamat berjuang sehabis baik di Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan pada 6-8 Sept 2024 bertempat di UTM Skudai,Johor.
Semoga kejayaan milik kalian!



Selamat berjuang wira cilik kami. Semoga p**ang membawa kemenangan.

Team Bola Jaring mewakili KEMAS Negeri Pahang ke Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan di UTM Skudai, Johor (06-08 September 2024)

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit PAKK KEMAS Paya Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share