Armada Bersatu Johor

  • Home
  • Armada Bersatu Johor

Armada Bersatu Johor Angkatan Bersatu Anak Muda atau nama singkatnya ARMADA BERSATU adalah sayap belia bagi BERSATU

KENYATAAN MEDIA ARMADA BERSATU NEGERI JOHORARMADA JOHOR KECAM KENYATAAN WARTAWAN YANG MENYENTUH ISU PERKAUMAN DAN MENGGU...
16/01/2026

KENYATAAN MEDIA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR

ARMADA JOHOR KECAM KENYATAAN WARTAWAN YANG MENYENTUH ISU PERKAUMAN DAN MENGGUGAT KEHARMONIAN NEGARA

ARMADA BERSATU Negeri Johor memandang serius satu temu bual yang disiarkan di beberapa platform media sosial melibatkan seorang wartawan tempatan bersama panel jemputan luar negara, yang mengandungi kenyataan berunsur perkauman serta menyentuh isu sensitif 3R.

Kenyataan yang disampaikan dalam temu bual tersebut didapati menyamakan kaum Melayu di Malaysia dengan rejim Zionis serta melabel masyarakat Melayu Muslim sebagai bersikap xenofobik dan anti-imigran. ARMADA Johor menegaskan bahawa kenyataan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, mengelirukan serta berpotensi menyemai kebencian antara kaum, sekali gus menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini.

ARMADA Johor berpendirian bahawa kebebasan media tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan sentimen perkauman, mencabar sensitiviti rakyat, serta mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Lebih-lebih lagi apabila kandungan tersebut disiarkan secara terbuka dan boleh diakses oleh masyarakat antarabangsa, yang berisiko memberi implikasi negatif terhadap perpaduan nasional dan keyakinan pelabur asing.

Sehubungan itu, ARMADA BERSATU Negeri Johor melalui beberapa bahagian telah membuat beberapa laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. ARMADA Johor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil tanpa sebarang campur tangan.

ARMADA Johor ingin menegaskan komitmen kami untuk terus mempertahankan prinsip keharmonian kaum, kebebasan bersuara yang bertanggungjawab serta kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan negara.

MUHAMMAD HARITH BIN LOKMAN
NAIB KETUA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR

"Armada Johor menegaskan bahawa kenyataan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, mengelirukan serta berpotensi menyemai kebencian antara kaum, sekali gus menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

Selamat Tahun Baru 2026 buat semua khususnya anak muda Johor.Dunia makin laju, cabaran makin ‘real’ nyata.Tak semua perk...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026 buat semua khususnya anak muda Johor.

Dunia makin laju, cabaran makin ‘real’ nyata.
Tak semua perkara datang mudah dan masa depan tak berubah dengan sendiri tanpa usaha.

Anak muda mencorak generasi masa depan.
Ingat, apa yang kita buat hari ini akan menjadi sejarah esok.

Jadilah generasi yang peka, terus belajar dan berani ambil peranan walau kecil, tetap memberi makna.

Ayuh melangkah ke 2026 dengan sikap lebih matang dan keberanian untuk berubah kearah yang lebih baik.



SELAMAT TAHUN BARU 2026
IKHLAS DARIPADA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR
01/01/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
22/11/2025

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.

Daulat Tuanku!

22/11/2025

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share