Amanah Alor Gajah

  • Home
  • Amanah Alor Gajah

Amanah Alor Gajah AMANAH Memacu Perpaduan

13/05/2026

Jangan hina Sahabat Nabi SAW!!

Selesai membuat laporan polis.Harap ada tindakan tegas dari pihak berkuasa yang akan dikenakan kepada si penghina Sahaba...
13/05/2026

Selesai membuat laporan polis.
Harap ada tindakan tegas dari pihak berkuasa yang akan dikenakan kepada si penghina Sahabat Nabi SAW.

13/05/2026

Malang sekali apabila kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Pasir Puteh, Zawawi, masih dilihat cuba mempertahankan inti pati penghinaan terhadap para Sahabat Nabi meskipun tampil dengan video yang didakwa sebagai “permohonan maaf”.

Berdasarkan transkrip video tersebut, beberapa perkara amat membimbangkan:

1. Permohonan maaf yang dibuat hanyalah kepada pihak yang “terasa hati”, bukannya permohonan maaf secara khusus kerana mengeluarkan kenyataan yang mencemar maruah para Sahabat Nabi.

2. Beliau hanya menarik balik penggunaan istilah tertentu yang dianggap kasar, namun tidak menarik balik inti pati kenyataan yang telah memberi gambaran buruk terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

3. Kenyataan beliau bahawa “zaman jahiliah tiada riwayat” seolah-olah cuba memberi justifikasi bahawa tuduhan tersebut mungkin berlaku tetapi tidak direkodkan. Ini merupakan satu bentuk penghinaan yang sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Sikap ini jauh berbeza dengan beberapa contoh pemimpin lain yang apabila menyedari keterlanjuran kata, terus menarik balik kenyataan secara terbuka, mengakui kesalahan serta memohon maaf tanpa berdalih atau mempertahankan kesilapan.

Dalam isu melibatkan kemuliaan para Sahabat Rasulullah SAW, sebarang kenyataan yang membawa unsur penghinaan, tuduhan atau gambaran buruk wajib ditarik balik dengan jelas dan tegas. Tidak memadai sekadar menyalahkan salah faham orang ramai atau bermain dengan alasan teknikal.

Mewakili AMANAH Melaka, saya mengecam keras kenyataan tersebut dan menggesa pihak berkuasa agama menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya demi memelihara kesucian dan maruah para Sahabat Nabi SAW.

Gelaran agama bukan lesen untuk bebas mengeluarkan kenyataan yang menyentuh maruah insan mulia di sisi Rasulullah SAW. Seseorang itu perlu menunjukkan keinsafan sebenar, menarik balik fitnah secara jelas serta bertaubat secara terbuka sebelum layak dihormati dengan gelaran yang membawa kemuliaan agama.

Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
Pengerusi Parti AMANAH Negeri Melaka

HORMATI SAHABAT NABI SAW Amanah Kawasan Alor Gajah akan membuat satu laporan polis rasmi terhadap kenyataan yang dikelua...
13/05/2026

HORMATI SAHABAT NABI SAW

Amanah Kawasan Alor Gajah akan membuat satu laporan polis rasmi terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Pasir Putih yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan penghinaan terhadap Sahabat Nabi SAW.

Tarikh : 13 Mei 2026
Masa : 8.30malam
Tempat : IPD Alor Gajah

Semua dijemput hadir sebagai tanda sokongan solidari.

12/05/2026
Alhamdulillah syukur malam ini btelah berlansung lagi mesyuarat Tahunan Cawangan AMANAH.Cawangan AMANAH Kg. Belimbing Da...
26/04/2026

Alhamdulillah syukur malam ini btelah berlansung lagi mesyuarat Tahunan Cawangan AMANAH.

Cawangan AMANAH Kg. Belimbing Dalam & Cawangan AMANAH Kg. Beringin.

Syabas dan Tahniah.




Amanah Negeri Melaka
Muhammad Faiz Fadzil
Ashraf Mukhlis

Alhamdulillah petang tadi 2 Cawangan AMANAH Kawasan Alor Gajah selesai menunaikan tanggungjawab organisasi. Cawangan AMA...
26/04/2026

Alhamdulillah petang tadi 2 Cawangan AMANAH Kawasan Alor Gajah selesai menunaikan tanggungjawab organisasi.

Cawangan AMANAH Padang Sebang & Cawangan AMANAH Desa Panchor.

Tahniah dan Syabas!





Amanah Negeri Melaka
Mohamad Sabu
Muhammad Faiz Fadzil
Adly Zahari
Ashraf Mukhlis

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan AMANAH Cawangan Durian Tunggal telah selesai dilaksanakan sebentar tadi dengan lancar.T...
23/04/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan AMANAH Cawangan Durian Tunggal telah selesai dilaksanakan sebentar tadi dengan lancar.

Tahniah dan syabas kepada seluruh ahli cawangan atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan agenda organisasi. Semoga semangat ini terus diperkukuh demi memperkasa gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Minggu ini akan berlansung lagi mesyuarat cawangan-cawangan didalam Kawasan Alor Gajah. Tahniah semua!





Ashraf Mukhlis
Amanah Negeri Melaka
Muhammad Faiz Fadzil

19/04/2026

Ziarah Prihatin AMANAH Alor Gajah.

Address

Dataran Amanah Taman Cempaka Durian Tunggal

76100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60142610593

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share