Perkep IPD BAU

  • Home
  • Perkep IPD BAU

Perkep IPD BAU Persatuan Keluarga Polis

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙Maaf Zahir & Batin. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan menge...
20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙
Maaf Zahir & Batin.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim.

🌸 Selamat Menyambut Hari Wanita 2026 🌸
08/03/2026

🌸 Selamat Menyambut Hari Wanita 2026 🌸

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Semoga Ramadan kali ini...
18/02/2026

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat, keberkatan dan keampunan buat kita semua. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kesabaran dan keikhlasan dalam setiap tindakan.

Semoga segala amalan kita diterima dan Ramadan ini menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik, insya-Allah.

Mesyuarat PERKEP IPD Bau Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat...
30/01/2026

Mesyuarat PERKEP IPD Bau Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat di Rumah PERKEP IPD Bau dengan kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli PERKEP IPD Bau.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2026, menyampaikan amanat Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, serta pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Makan Malam PERKEP IPD Bau.

Semoga perbincangan dan perancangan yang dibuat dapat memperkukuhkan kerjasama, memantapkan gerak kerja, serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli PERKEP IPD Bau.

📸 Gambar sekitar mesyuarat.

AKTIVITI PERKEP IPD BAU – SENAMROBIK📅 Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)📍 Tempat: Perkarangan IPD Bau, Sarawak⏰ Masa: 7.30 p...
28/01/2026

AKTIVITI PERKEP IPD BAU – SENAMROBIK

📅 Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Perkarangan IPD Bau, Sarawak
⏰ Masa: 7.30 pagi

Seramai 32 orang ahli PERKEP IPD Bau telah menyertai aktiviti senamrobik sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran IPD Bau. Turut hadir Pengerusi PERKEP IPD Bau, Puan Hartini binti Yahaya bersama barisan kepimpinan PERKEP IPD Bau.

Aktiviti ini bertujuan untuk:
✨ Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli
✨ Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan
✨ Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif

Sebagai acara selingan, pertandingan Peserta Paling Sporting turut diadakan bagi menambah keceriaan program. Gelaran tersebut telah dimenangi oleh 2 orang ahli PERKEP yang menunjukkan semangat serta penglibatan paling aktif sepanjang aktiviti berlangsung. 👏

Program berjalan dengan lancar dalam suasana yang ceria, bersemangat dan penuh energi.

📸 Gambar sekitar aktiviti turut disertakan.

✨ Mesyuarat Agung PERKEP IPD Bau Sesi 2026/2027 ✨Telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2026 (Sabtu) bertempat...
18/01/2026

✨ Mesyuarat Agung PERKEP IPD Bau Sesi 2026/2027 ✨

Telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Januari 2026 (Sabtu) bertempat di Bilik Rekreasi IPD Bau.

Majlis diserikan dengan kehadiran YDH P/Supt Mohd Haide bin A. Rahman, Ketua Polis Daerah Bau bersama barisan kepimpinan IPD Bau serta ahli-ahli PERKEP IPD Bau.

Antara pengisian utama:
🌹 Ucapan pimpinan
🌹 Tayangan montaj aktiviti PERKEP
🌹 Penyampaian sijil penghargaan AJK sesi 2025/2026
🌹 Sumbangan kepada anak cemerlang
🌹 Agenda Mesyuarat Agung termasuk laporan kewangan & aktiviti, pembubaran dan pelantikan AJK baharu serta perancangan aktiviti akan datang.

🌹 Mesyuarat Agung PERKEP IPD Bau berjalan dengan lancar dan penuh muhibah.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak.

PERKEP IPD Bau

𝓜𝓮𝓼𝔂𝓾𝓪𝓻𝓪𝓽 𝓟𝓮𝓻𝓼𝓲𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓐𝓷𝓷𝓾𝓪𝓵 𝓖𝓮𝓷𝓮𝓻𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓮𝓽𝓲𝓷𝓰 (𝓐𝓖𝓜) 2026/2027Telah diadakan Mesyuarat Persiapan bagi Annual General Meeting...
15/01/2026

𝓜𝓮𝓼𝔂𝓾𝓪𝓻𝓪𝓽 𝓟𝓮𝓻𝓼𝓲𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓐𝓷𝓷𝓾𝓪𝓵 𝓖𝓮𝓷𝓮𝓻𝓪𝓵 𝓜𝓮𝓮𝓽𝓲𝓷𝓰 (𝓐𝓖𝓜) 2026/2027

Telah diadakan Mesyuarat Persiapan bagi Annual General Meeting (AGM) 2026/2027 pada 14 Januari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat, IPD Bau bermula jam 2.30 petang.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentatif program serta pengagihan tugas kepada ahli jawatankuasa bagi memastikan kelancaran penganjuran AGM yang dijadualkan berlangsung pada 17 Januari 2026.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar. 🤝✨

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya mewakili Jawatankuasa dan seluruh warga PERKEP IPD Bau ingin mengucapkan Selamat Tahu...
01/01/2026

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya mewakili Jawatankuasa dan seluruh warga PERKEP IPD Bau ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua ahli PERKEP dan keluarga.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dan sokongan kita kepada para suami dalam menjalankan amanah perkhidmatan.

Marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan azam dan tekad yang baharu demi PERKEP yang lebih aktif, harmoni dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan kerjasama serta sokongan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan pelaksanaan program-program bersama.

Puan Hartini binti Yahaya
Pengerusi PERKEP
IPD Bau

19 Dis 2025- Sempena Lawatan Kerja Yang Berbahagia Puan Geethanjali Tan Sri G. Rajoo -  Ketua Biro Lawatan dan Sosial PE...
20/12/2025

19 Dis 2025- Sempena Lawatan Kerja Yang Berbahagia Puan Geethanjali Tan Sri G. Rajoo - Ketua Biro Lawatan dan Sosial PERKEP Kontinjen Sarawak bersama rombongan. Ahli PERKEP IPD Bau telah disajikan dengan demonstrasi pembuatan aksesori tradisional kaum Bidayuh yang kaya dengan nilai seni, warisan serta identiti budaya.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kehalusan kraftangan tempatan, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama berpasukan serta memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di negeri Sarawak.

Lebih menarik, Yang Berbahagia Puan Geethanjali turut mencuba sendiri pembuatan aksesori tersebut bersama dengan Puan Ursula Ulah Thomas Bakit Barau Naib Pengerusi PERKEP IPD Bau. Sebelum berangkat pulang Puan Geethanjali sempat menyantuni ahli-ahli PERKEP IPD Bau dan mengucapkan ‘Merry Christmas’ pada yang menyambut perayaan tersebut.

PERKEP IPD Bau dengan bangga dan komited menyokong serta memperkenalkan usaha pemeliharaan budaya dan warisan tempatan.

LAWATAN MUHIBBAH  PERKEP IPD IPOH KE PASAR SERIKIN DAN TASIK BIRU BAU, SARAWAK PADA 13 Dis 2025. Lawatan Muhibbah daripa...
13/12/2025

LAWATAN MUHIBBAH PERKEP IPD IPOH KE PASAR SERIKIN DAN TASIK BIRU BAU, SARAWAK PADA 13 Dis 2025.

Lawatan Muhibbah daripada PERKEP IPD Ipoh, Perak bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya dan melihat tempat menarik di sekitar Bandar Bau.

Lawatan rombongan PERKEP IPD Ipoh ke Bandar Bau telah menjadi platform yang bermakna dalam mengeratkan silaturahim antara PERKEP Bau dan PERKEP IPD Ipoh,Perak. Interaksi mesra serta pertukaran pandangan yang berlangsung telah memperkukuh hubungan ukhuwah, semangat kekeluargaan dan kerjasama antara ahli-ahli PERKEP dari kedua-dua pihak.

18/11/2025

Address

Bau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD BAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share