15/03/2022
KURSUS PERSIJILAN KOMPETENSI PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA/ SITE SAFETY SUPERVISOR (SSS)
PUSAT PENGAJAR INSTITUT PEMBANGUNAN MODAL INSAN ZON UTARA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA DI IPOH PERAK
DIIKTIRAF JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
OBJEKTIF KURSUS
- Melahirkan Orang Yang Kompeten (OYK) sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina dikalangan pegawai/ kakitangan jabatan kerajaan/ agensi kerajaan/ agensi swasta
- Memantapkan Kompetensi & Menaiktaraf Modal Insan dikalangan pegawai/ kakitangan jabatan kerajaan/ agensi kerajaan/ agensi swasta dalam aspek keselamatan, kesihatan & kebajikan pekerja di tapak bina/premis pejabat/ lain-lain.
KUMPULAN SASARAN
- Jurutera/ Penolong Jurutera
- Penyelia Tapak Bina
- Lain-lain yang berkelayakan
PELAN PEMBELAJARAN
- 10 hari/ 80 jam pembelajaran yang menarik, merangkumi pembelajaran di bilik kuliah, lawatan praktikal ke tapak bina & bengkel, hands-on tugasan SSS, tugasan & pembentangan berkumpulan/ individu, kuiz, perbincangan, tips untuk berjaya dalam peperiksaan dan lain-lain.
PAKEJ TERMASUK
- Tenaga Pengajar berpengalaman dan diiktiraf Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Yuran Peperiksaan di NIOSH
- Fail Nota
- Buku Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
- Buku Akta Kilang & Jentera 1967
- Makan & Minum 4 x Sehari sepanjang berkursus
- Sijil Kehadiran untuk yang lengkap hadir kursus
MODUL KURSUS
Mengikut ketetapan pihak Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/ DOSH) iaitu:
- Bahagian 1 : Pengenalan kepada Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP)
- Bahagian 2 : Perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Akta KKP & Akta Kilang & Jentera)
- Bahagian 3 : Sistem Pengurusan KKP
- Bahagian 4 : Perundingan & Latihan
- Bahagian 5 : Pengurusan Tapak
o Perancangan Tapak,program & anggaran kos
o HIRARC
o Job Safety Analisis (JSA)& SOP
o PTW & LOTO
o Siasatan Kemalangan & Laporan
o Pemeriksaan & Audit
o Kecemasan, Persediaan & Tanggungjawab
o Dokumentasi
- Bahagian 6 : Keselamatan Pekerjaan
o Keselamatan Tapak
o Keselamatan Pejabat Tapak
o Keselamatan Kenderaan di Tapak Bina
o Keselamatan kerja penggalian
o Keselamatan kerja cerucuk
o Keselamatan kerja robohan
o Keselamatan elektrik
o Keselamatan kerja konkrit
o Keselamatan bekerja di tempat tinggi & perancah
o Keselamatan loji & jentera mekanikal
o Keselamatan operasi mengangkat
o Keselamatan kerja di ruang terkurung
o Keselamatan alatan tangan dan alatan kuasa
o Keselamatan peletupan dan penggunaan bahan letupan
o Keselamatan kerja terowong
o Keselamatan kerja di atas / bawah air
o Keselamatan kerja mengimpal/ memotong
o Kekemasan dan susunatur fizikal
o Pencegahan kebakaran
o PPE
o Papan tanda keselamatan
- Bahagian 7 : Kesihatan Pekerjaan
o Peruntukan kebajikan dan kesihatan
o Kesihatan pekerjaan dalam pembinaan
o Ergonomik dalam pembinaan
o Pengurusan pertolongan cemas
- Lawatan Praktikal di tapak bina
TERBUKA UNTUK SESI 2/2022 PADA JULAI 2022. TEMPAT ADALAH TERHAD
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG DI TALIAN BERIKUT : 05-322 0239/ 018-907 4208