Alumni SRIU

Alumni SRIU Alumni Kelas Tahfiz ABIM Bangi / Kelas Tahfiz Ummah / SRI Ummah Bandar Baru Bangi

13/12/2024

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa 𝗔𝗱𝗮𝗺 𝗙𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗶𝗿𝗺𝗮𝗻, alumni Sekolah Rendah Islam Ummah, telah kembali ke rahmatullah pagi ini di HUKM, Cheras.

Kami warga Sekolah Rendah Islam Ummah turut berdukacita di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
(Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, lindungilah dia, dan maafkanlah dia).

Semoga jasa dan kenangan bersama Adam Faris terus dikenang sebagai inspirasi buat kita semua. Al-Fatihah (dibaca).

30/10/2023

📢 Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2024/2025 SRI Ummah Kini Dibuka! 🎉

🌟 SRI Ummah - Pembentukan Generasi Al-Quran 🌟

✅ Dengan bangga, kami mengumumkan bahawa pendaftaran pelajar baru sesi 2024/2025 kini dibuka di SRI Ummah, Bandar Baru Bangi. 🏫

✨ SRI Ummah menawarkan pendidikan yang berkualiti dengan penekanan kuat pada pembentukan generasi Al-Quran yang cemerlang. Dengan 13 cawangan di seluruh Bandar Baru Bangi, pilih cawangan yang sesuai untuk anda. 🏢

💰 Yuran pendaftaran cuma RM100 sahaja! 💰

📝 Mudah dan cepat! Anda boleh mendaftar secara atas talian dengan mengisi borang di pautan berikut: http://sriummah.com/my/daftar/

📜 Setiap pendaftaran pelajar yang berjaya diterima adalah secara automatik terikat dengan polisi yuran sekolah kami. Sila rujuk polisi di sini: https://sriummah.com/my/polisi-yuran/

📞 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, jangan ragu untuk menghubungi kami di talian 03-82107253 atau melalui WhatsApp di +6011-59538922. Kami bersedia untuk membantu anda. 🤝

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran murid baru ke SRI Ummah Bandar Baru Bangi! ✨😊

Terima kasih atas sokongan anda! ✨😊

Ikuti kami di media sosial 😄
http://linktr.ee/sriubbb

"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran"

26/10/2023
26/10/2023

📢 HEBAHAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2024/2025 📢

Kepada semua ibu bapa dan penjaga yang prihatin,

Pendaftaran akan dilakukan secara atas talian melalui sistem yuran.my pada 30 Oktober 2023, jadi pastikan anda bersedia!

Sebelum anda memulakan proses pendaftaran, adalah penting untuk membaca dan memahami panduan pendaftaran yang telah disediakan. Terdapat beberapa nota penting yang perlu diberi perhatian (rujuk infografik).

Nota tambahan: Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai akses ke sistem perlu log keluar terlebih dahulu sebelum memulakan proses pendaftaran pelajar baru.

Kami menghargai kerjasama anda dalam proses pendaftaran pelajar baru ini. Sistem atas talian ini akan memudahkan anda dalam melengkapkan proses pendaftaran dengan mudah dan cekap.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi: +603-8210 7253 (Pejabat) / +6011-5953 8922 (WhatsApp)

Terima kasih kerana menjadikan pendidikan anak-anak anda sebagai keutamaan. Kami berharap agar proses pendaftaran ini berjalan dengan lancar, dan anak anda dapat menerima pendidikan terbaik.

Sekali lagi, ingatlah untuk membaca panduan dengan teliti dan memastikan segala maklumat diberikan dengan tepat.

Terima kasih.

Ikuti kami di media sosial 😄
http://linktr.ee/sriubbb

"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran"

06/10/2023
04/10/2023

Mari bersama-sama menyertai Majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin Perdana sempena peperiksaan PSRA anak-anak kita.

🗓 Tarikh: 5 Oktober 2023
🕝 Masa: 2:30 - 4:00 petang
🕌 Tempat: Masjid Al-Umm

Bersama-sama kita berdoa dan mencari keberkatan dalam usaha anak-anak kita.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 201:

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Dan di antara mereka ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.'" (Al-Baqarah, 2:201)

Mari bersama-sama memohon pertolongan dan kejayaan bagi anak-anak kita dalam peperiksaan PSRA mereka. Semoga Allah menerima doa kita semua. 🤲🙏


03/10/2023

Kenapa alumni? Kenapa tak guna page Alumni Kelas Tahfiz Ummah ? Kenapa baru sekarang?

Nanti kita jawab soalan ni satu-satu. For now, please sebarkan kepada semua orang yang anda kenal & pernah bersekolah di Kelas Tahfiz ABIM / Kelas Tahfiz Ummah / SRI Ummah Bandar Baru Bangi 🥰

Assalamualaikum, sahabat-sahabat Kelas Tahfiz ABIM, Kelas Tahfiz Ummah, dan SRI Ummah Bandar Baru Bangi! Jom kita bersam...
03/10/2023

Assalamualaikum, sahabat-sahabat Kelas Tahfiz ABIM, Kelas Tahfiz Ummah, dan SRI Ummah Bandar Baru Bangi!

Jom kita bersama-sama membangunkan generasi Al-Quran yang cemerlang! 📖✨

Mari kita berhubung semula, berkongsi idea, dan berikan inspirasi kepada pelajar-pelajar baharu.

WE NEED YOU to join us in the enthusiastic alumni initiative to continually empower the legacy of Quranic knowledge. 🌟🤝

Address

No. 9, Jalan 1/4, Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SRIU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category