Polis Bantuan UiTM Sarawak

Polis Bantuan UiTM Sarawak Laman Penyampaian Perkhidmatan dan Maklumat untuk Pejabat Polis Bantuan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak. Blok Pentadbiran,
Kampus Samarahan 2.

Pusat Pelajar,
Blok Perpustakaan,
Kampus Samarahan 1.

01/06/2026

Penghormatan terakhir buat Mendiang Koperal PB Nobess Anak Rimok.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan persahabatan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan. Pemergianmu amat dirasai dan kenangan bersamamu akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Selamat jalan, sahabat. Jasamu dikenang, kenanganmu abadi.

Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Koperal PB Nobess Anak RimokTelah berlangsung upacara penghormatan terakhir dan peng...
01/06/2026

Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Koperal PB Nobess Anak Rimok

Telah berlangsung upacara penghormatan terakhir dan pengembumian mendiang Koperal PB Nobess Anak Rimok yang diketuai oleh ASP PB Tuan Mazlan bin Haji Takap bersama-sama pegawai dan anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seorang rakan seperjuangan yang telah banyak menabur bakti sepanjang perkhidmatannya.

Dalam suasana yang penuh hiba dan sayu, warga Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak turut menzahirkan rasa penghargaan atas segala jasa, dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan oleh mendiang sepanjang berkhidmat. Kehilangan mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat handai dan seluruh warga kerja yang mengenali beliau.

Turut diadakan penyampaian sumbangan kebajikan dan sumbangan peribadi staf² lain kepada keluarga mendiang yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak, En. Hasrul bin Mahrik, sebagai tanda sokongan, keprihatinan dan solidariti warga Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak terhadap keluarga yang sedang melalui saat-saat sukar ini.

Semoga segala jasa dan pengorbanan mendiang sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang meneruskan perjuangan. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan insan yang tersayang.

Selamat bersemadi, mendiang Koperal PB Nobess Anak Rimok. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Kenangan bersamamu akan sentiasa hidup dalam ingatan dan hati kami. 🕊️🤍

Dengan penuh rasa sedih dan dukacita yang mendalam, seluruh warga Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak menerima b...
30/05/2026

Dengan penuh rasa sedih dan dukacita yang mendalam, seluruh warga Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak menerima berita pemergian rakan seperjuangan yang dikasihi, Koperal PB Nobess Anak Rimok, yang telah meninggal dunia pada pagi ini, 30 Mei 2026.

Pemergian mendiang bukan sekadar kehilangan seorang anggota yang berdedikasi, tetapi juga seorang sahabat, rakan sekerja dan insan yang telah banyak menabur jasa sepanjang perkhidmatannya. Senyuman, keramahan, komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh mendiang akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Ada insan yang hadir dalam hidup kita hanya untuk seketika, namun meninggalkan kesan yang kekal selamanya. Begitulah mendiang Koperal PB Nobess Anak Rimok. Walaupun jasadnya telah pergi meninggalkan kita, kenangan, jasa dan kebaikannya akan terus hidup dalam hati setiap insan yang pernah mengenalinya.

Di saat seluruh keluarga dan sahabat handai menanggung kesedihan ini, kami turut merasai kehilangan yang amat besar. Semoga Tuhan mengurniakan kekuatan, ketabahan dan penghiburan kepada keluarga yang ditinggalkan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Perpisahan ini bukanlah pengakhiran, tetapi sebuah perjalanan pulang yang abadi. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu. Engkau pergi meninggalkan kenangan yang tidak akan pernah pudar dalam ingatan kami.

🕊️ Selamat beristirahat dengan tenang, Koperal PB Nobess Anak Rimok.
Jasamu dikenang, budimu diingat, dan kenangan bersamamu akan kekal selamanya di hati kami. 🕊️


22/05/2026

Salam sejahtera semua

Juh! Kita merami Mesyuarat Agung Dwitahunan ke 17 MITSA dan Majlis Hi-Tea Alumni 2026😉

✅ 21 Jun 2026 (Ahad)
✅ Hotel Riverside Majestic Puteri Wing, Kuching
✅ 2:00 petang

Tag geng kitak sama belajar di ITM/UiTMCS dolok. Dapat juak jumpa, bercerita & nyumbang idea untuk aktiviti alumni. 😊

Scan QR untuk isi kehadiran kitak kelak. Nei tauk rezeki dapat 🎁 Cabutan Bertuah🤩.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat En. Nasir Wajihi yang telah selamat menjalani pembedahan kecil pertukaran kant...
18/05/2026

“Setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat En. Nasir Wajihi yang telah selamat menjalani pembedahan kecil pertukaran kanta mata sebelum ini dan kini kembali bertugas seperti biasa.

Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak melalui Presiden Kelab, En. Hasrul Mahrik, sebagai tanda sokongan, prihatin dan semangat kekeluargaan sesama warga kerja.

Semoga En. Nasir Wajihi terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus bersemangat dalam menjalankan tugas. 🤝”







✨ Tahniah & Selamat Menimang Cahaya Mata Baharu ✨Kelab Kebajikan dan Rekreasi Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak telah ...
12/05/2026

✨ Tahniah & Selamat Menimang Cahaya Mata Baharu ✨

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada dua orang anggota yang baru menimang ahli keluarga baharu iaitu En. Mohamad Rizal dan En. Brehmer Rico.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden Kelab, En. Hasrul Mahrik, sebagai tanda keprihatinan, penghargaan serta sokongan buat ahli kelab yang menerima kehadiran cahaya mata baharu.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan serta keberkatan buat seisi keluarga. 👶🏻💙




PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN"Sedikit meringankan beban, tanda ingatan berpanjangan”Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekre...
16/04/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN

"Sedikit meringankan beban, tanda ingatan berpanjangan”

Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak, Konst/PB Hasrul bin Haji Mahrik dan Penasihat Kelab Kebajikan, ASP/PB Mazlan bin Haji Takap telah membuat sesi penyerahan sumbangan ikhlas kepada Encik Julaihi bin Azid di atas pemergian ayahanda tercinta pada 16 April 2026. Turu hadir sama untuk sesi penyerahan sumbangan tersebut ialah Insp/PB Mohamad Shalihin bin Salleh, Insp/PB Mohamad Hassan bin Ali dan Insp/PB Mohd Nur Faizal bin Tari.

Sumbangan ini merupakan manifestasi keprihatinan seluruh warga Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak terhadap kebajikan ahli dan keluarga. Kami mendoakan agar keluarga tabah menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ukhuwah kita terus erat.

Pengerusi
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Polis Bantuan
UiTM Cawangan Sarawak







Mission Accomplished! 🫡 Selesai Tugas di  ​Cuaca panas atau hujan, itu lumrah perjuangan! Syabas buat semua pegawai sert...
13/04/2026

Mission Accomplished! 🫡 Selesai Tugas di

​Cuaca panas atau hujan, itu lumrah perjuangan! Syabas buat semua pegawai serta anggota Polis Bantuan UiTM dan pihak RELA, yang telah bertungkus-lumus memastikan aliran trafik dan keselamatan semua pengunjung terjaga sepanjang ekspo berlangsung.

​Terima kasih juga kepada adik-adik bakal mahasiswa dan ibu bapa yang sangat memberi kerjasama. Senyuman dan ucapan "terima kasih" anda adalah pembakar semangat kami di lapangan. 👊✨

Kenangan Abadi di Majlis Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM.​Seramai 4 Pegawai Kanan Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan...
10/04/2026

Kenangan Abadi di Majlis Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM.

​Seramai 4 Pegawai Kanan Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak turut hadir memeriahkan majlis persaraan SUPT/PB Zakaria Bin Ishak bertempat di UiTM Shah Alam.

Kehadiran mereka adalah simbol terima kasih atas kepimpinan YDH Tuan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan pegawai dan anggota di seluruh cawangan, termasuk di Sarawak.

​Selamat Bersara, YDH Tuan. Jasamu tetap kami kenang dalam lipatan sejarah Polis Bantuan UiTM.

20/03/2026

"Gema Takbir, Simbol Ketaatan."

​Di sebalik kesibukan duniawi, gema Takbir menyatukan hati kita dalam satu pengabdian yang tulus.

Kami di Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Sarawak terus komited memastikan keamanan dan kesejahteraan terpelihara serta bersyukur atas nikmat yang maha esa.

​Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Walillahil Hamd.

​Semoga Syawal ini membawa keberkatan yang melimpah buat kita semua.






Address

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Jalan Meranek
Kota Samarahan
94300

Telephone

+6082677243

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan UiTM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share