04/02/2026
Kenyataan Media
Pemuda AMANAH Negeri Sembilan
4 Februari 2026
"Double Standard" perlu dihentikan segera. Tindakan telus dan tegas harus diambil ke atas premis yang melanggar peraturan.
Pemuda Amanah Negeri Sembilan mengambil maklum atas suatu kejadian yang dilaporkan oleh warganet tentang satu premis makanan yang didakwa menjual semula lebihan makanan yang tidak habis dijual di Seremban baru-baru ini. Tindakan pantas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Antara tindakan penguatkuasaan oleh MBS ialah menjalankan perniagaan restoran tanpa kebenaran, mempamerkan iklan tanpa kelulusan serta gagal menjaga tahap kebersihan termasuk tiada jadual pembersihan tandas.
Sementara itu, PKD Seremban mengarahkan penutupan premis di bawah Seksyen 11 kerana didapati tidak suci. Selain itu, Notis 32B turut dikeluarkan selepas premis gagal mengemukakan rekod suntikan tifoid dan kursus pengendali makanan, selain gagal memastikan premis bebas daripada makhluk perosak termasuk lipas.
Timbul keraguan besar dari kami, mengapa premis sebesar itu boleh dijalankan tanpa kebenaran? Tanpa mengikut peraturan yang sah?
Kita harus akui bahawa ini adalah tindakan "double standard" ke atas peniaga tepi jalan yang tidak perlu tunggu lama untuk pihak berwajib untuk cepat mengacau atau mengambil tindakan kepada mereka.
Perkara ini perlu ditangani segera! Tidak perlu ada "double standard" dalam melakukan tindakan. Siasatan telus dan tegas perlu diambil segera. Orang yang bertanggungjawab perlu dihukum sekeras-kerasnya. Seharusnya kita mengelak dari keadaan "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan tak nampak"
Umar Mokhtar Bin Abdullah
Pengarah Biro Pilihanraya
Pemuda AMANAH Negeri Sembilan
4 Februari 2026