SKUAD Antidadah Sibu

SKUAD Antidadah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SKUAD Antidadah Sibu, Public & Government Service, d/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING, Sibu.

SKUAD Antidadah adalah 1 entiti kesukarelawanan AADK dalam Pencegahan Dadah.Peranannya ialah menyebarkan mesej antidadah kepada komuniti selaras dengan tuntutan Seksyen 6(g) Akta AADK 2004 iaitu mendidik komuniti menentang penyalahgunaan dadah berbahaya.

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah an...
04/08/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thian Hua pada 4 Ogos 2026 (Selasa).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

📍SJK (C) Thian Hua, Sibu Jaya
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA ⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali ...
02/08/2026

LIGA PREMIER SARAWAK: PEMILIHAN PEMAIN SIBU FA

⚽🔥Buktikan bakat anda. Impian untuk menyarung jersi Sibu FA kini kembali terbuka!

Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Sibu mengajak individu lelaki berumur 17 tahun ke atas untuk hadir ke sesi pemilihan pemain bagi menghadapi saingan berprestij Liga Premier Sarawak 2026.

Sukan ialah platform terbaik pembentukan disiplin diri. Ayuh buktikan kebolehan anda di atas padang, pilih gaya hidup sihat dan bersama-sama kita zahirkan komuniti yang bebas daripada ancaman dadah.

Sila semak butiran penuh sesi pemilihan di bawah:
📆 TARIKH & SESI PEMILIHAN
• Sesi 1: 5 Ogos 2026 (Rabu) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Sesi 2: 6 Ogos 2026 (Khamis) | 4.00 Petang – 6.00 Petang
• Pemilihan Akhir: 7 Ogos 2026 (Jumaat) | 4.00 Petang – 6.00 Petang

📍 TEMPAT
• Padang Penjara, Sibu

👥 SYARAT KELAYAKAN
• Mempunyai tahap disiplin dan kecergasan yang tinggi.

📞 HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
• Mohamad Mostapha: http://www.wasap.my/601110208793/pemilihansibufa
• Azrin: http://www.wasap.my/60138221716/pemilihansibufa
• Haji Effendy: http://www.wasap.my/60199833352/pemilihansibufa
• Hafiz: http://www.wasap.my/60168878663/pemilihansibufa
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻



















SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT: SKUAD ANTIDADAH SIBU DI BINTULU MARATHON Ahli-ahli SKUAD Antidadah Daerah Sibu (SKUAD) telah m...
02/08/2026

SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT: SKUAD ANTIDADAH SIBU DI BINTULU MARATHON

Ahli-ahli SKUAD Antidadah Daerah Sibu (SKUAD) telah membudayakan gaya hidup sihat melalui penyertaan Bintulu Marathon di Bintulu, hari ini.

Penglibatan aktif SKUAD dalam acara sukan berskala besar ini membuktikan bahawa kecergasan fizikal dan ketahanan mental merupakan teras utama pembentukan komuniti yang sejahtera.

Penyertaan SKUAD juga bertujuan memperkasakan kempen kesedaran pencegahan penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan kesukanan.

Menerusi platform ini, SKUAD berpeluang mendekati pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menyebarkan mesej antidadah demi memupuk persekitaran yang selamat dan bebas daripada gejala sosial.

Bintulu Marathon merupakan acara larian yang berjaya mengumpulkan peserta dari dalam dan luar negara.

Antara kategori marathon ialah 42 km (Marathon Penuh), 21 km (Separuh Marathon), 10 km dan 6 km (Larian Santai) yang memberikan ruang serta cabaran kecergasan mengikut keupayaan setiap peserta.

Tahniah kepada SKUAD atas semangat kesukanan, kecekalan dan komitmen yang dipamerkan sepanjang penganjuran Bintulu Marathon ini.

Setinggi-tinggi syabas dan penghargaan turut diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan acara berprestij yang gilang-gemilang serta berjalan lancar.

Semoga usaha berterusan ini terus menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat untuk sentiasa memilih gaya hidup yang sihat, aktif, dan bebas daripada ancaman dadah.




















Bintulu Marathon
Kredit Gambar: Ahli SKUAD Antidadah

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Karnival Pendidikan Madani dan Ekspo Pendid...
01/08/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Karnival Pendidikan Madani dan Ekspo Pendidikan FTES Yayasan Sarawak Peringkat Daerah Selangau Tahun 2026 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Selangau pada 31 Julai 2026 sehingga 1 Ogos 2026 (Jumaat-Sabtu).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

📍Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah, Selangau
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah an...
31/07/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah anjuran Sekolah Kebangsaan Batu Wong, Sibu pada 30 Julai 2026 (Khamis).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

📍SK Batu Wong, Sibu
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2026 🇲🇾Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan penghargaan dan penghorma...
31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 31 JULAI 2026 🇲🇾

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada seluruh wira negara yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air dengan penuh keberanian dan pengorbanan.

Semangat juang para pahlawan menjadi inspirasi dalam meneruskan usaha membina masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah serta memperkukuh kesejahteraan negara.

Selain itu, Hari Pahlawan menjadi simbol perpaduan dan keinsafan buat seluruh rakyat Malaysia agar terus menghargai keamanan yang dikecapi hari ini.

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Kem Transformasi Minda Murid Asrama...
31/07/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Kem Transformasi Minda Murid Asrama 2026 anjuran Sekolah Kebangsaan Nanga Jagau, Kanowit pada 30 Julai 2026 (Khamis).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

📍SK Nanga Jagau, Kanowit
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Street Safety For Sibu School Aware...
27/07/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Street Safety For Sibu School Awareness Campaign 2026 anjuran Majlis Perbandaran Sibu dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) pada 27 Julai 2026 (Isnin).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

📍Sekolah Jenis Kebangsaan Taman Rajang, Sibu
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















📸 Lensa aktiviti SKUAD Prihatin sempena Program Gotong Royong anjuran Majlis Perbandaran Sibu pada 25 Julai 2026 (Sabtu)...
27/07/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD Prihatin sempena Program Gotong Royong anjuran Majlis Perbandaran Sibu pada 25 Julai 2026 (Sabtu).

SKUAD Prihatin - Aktiviti keperihatinan dalam membantu masyarakat menghadapi sesuatu masalah, konflik, musibah melalui bantuan, sokongan emosi dan khidmat nasihat serta rujukan kepada perkhidmatan diperlukan.

📍Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Sibu.
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















SKUAD, AADK, MKN DAN RPC PERKASAKAN KOMUNITI MELALUI PICKLEBALL KAPIT, 26 Julai — Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Si...
26/07/2026

SKUAD, AADK, MKN DAN RPC PERKASAKAN KOMUNITI MELALUI PICKLEBALL

KAPIT, 26 Julai — Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Sibu (SKUAD) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK), Majlis Keselamatan Negara Cawangan Sibu (MKN) dan Rizqi Pickleball Club (RPC) telah menganjurkan Permainan Santai Pickleball (Program) di Gelanggang Pickleball Lighthouse of Hope (Sarawak), pada malam Jumaat.

Program riadah yang dikelolakan oleh Penyelaras SKUAD Aktif, Nasir Mohammad itu melibatkan ahli-ahli SKUAD, pegawai dan kakitangan AADK, MKN serta komuniti sukan pickleball tempatan.

Program itu bermatlamat untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, di samping menjadi wadah pendekatan mesra bagi menyampaikan mesej pencegahan dadah.

Antara pengisian program termasuklah sesi Sembang Santai bersama SKUAD serta aktiviti AADK Santuni Komuniti yang bertujuan merapatkan jalinan silaturahim antara agensi dengan penduduk setempat.

Turut hadir ialah Ketua Daerah AADK, Azimah Marsid; Ketua Cawangan MKN, Nur Syahirah Samsul dan Timbalan Pengerusi SKUAD merangkap Pengerusi RPC, Mohammad Mostapha Lasot.

Usaha kolaboratif itu mencerminkan komitmen berterusan agensi dan kelab sukan dalam memperkasakan peranan masyarakat melalui aktiviti rekreasi sekali gus membendung penularan gejala sosial demi mewujudkan persekitaran komuniti yang bebas daripada ancaman dadah.



















Address

D/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+60 84-325 811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD Antidadah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SKUAD Antidadah Sibu:

Shortcuts

Share