Exco Wiramuda Parti STARSabah

  • Home
  • Exco Wiramuda Parti STARSabah

Exco Wiramuda Parti STARSabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Exco Wiramuda Parti STARSabah, Political organisation, Ibu Pejabat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), .

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg Tuan Neilson M Idang, Pemangku Ketua Exco Wiramuda StarSabah, di atas peng...
30/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg Tuan Neilson M Idang, Pemangku Ketua Exco Wiramuda StarSabah, di atas pengurniaan Pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-75.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti kepada rakyat dan negeri Sabah yang tercinta. Syabas dan teruskan kecemerlangan!

Ikhlas daripada:
Seluruh Ahli Jawatankuasa Exco Wiramuda StarSabah.

Merry Christmas 2025
24/12/2025

Merry Christmas 2025

Tahniah diucapkan kepada Tuan Neilson dan selamat berkhidmat.
13/12/2025

Tahniah diucapkan kepada Tuan Neilson dan selamat berkhidmat.

Wiramuda: Masa untuk Didengar, Bukan Sekadar DiraikanMesyuarat Exco Wiramuda Bil. 3/2025 kelmarin telah berlangsung di I...
13/12/2025

Wiramuda: Masa untuk Didengar, Bukan Sekadar Diraikan

Mesyuarat Exco Wiramuda Bil. 3/2025 kelmarin telah berlangsung di Ibu Pejabat Parti STAR Sabah, Sokid Villa.

Bagi memastikan kelangsungan kepimpinan, Exco Wiramuda sebulat suara menyokong pelantikan Saudara Neilson Martin sebagai Pemangku Ketua Exco Wiramuda susulan kekosongan jawatan tersebut sebelum PRU DUN Sabah ke-17.

Lebih penting, mesyuarat ini menjadi medan muhasabah pasca PRU. Beberapa usul strategik akan dibawa kepada Biro Politik parti, dengan satu pendirian jelas — STAR Sabah perlu direvolusikan secara tuntas agar mampu menjadi parti masa depan.

Wiramuda menuntut “seat at the adult table” dalam setiap keputusan besar parti. Anak muda bukan lagi pelengkap program, tetapi rakan strategik dalam menentukan arah perjuangan.

Anak muda perlu berani bersuara — tegas, berhemah dan bertanggungjawab. Diam bukan lagi satu pilihan.

Jess Joel M
Setiausaha Exco Wiramuda

KENYATAAN MEDIA EXCO WIRAMUDA STARSABAHMesyuarat Bil. 03/2025 Exco Wiramuda Putuskan Pelantikan Pemangku Ketua Exco Exco...
13/12/2025

KENYATAAN MEDIA EXCO WIRAMUDA STARSABAH

Mesyuarat Bil. 03/2025 Exco Wiramuda Putuskan Pelantikan Pemangku Ketua Exco

Exco Wiramuda StarSabah telah mengadakan Mesyuarat Bil. 03 bagi tahun 2025 bagi membincangkan pengisian kekosongan jawatan Ketua Exco Wiramuda.

Untuk makluman umum, jawatan Ketua Exco Wiramuda telah menjadi kosong susulan peletakan jawatan oleh mantan penyandang sebelum Pilihan Raya Umum Negeri (PRU) ke-17 Sabah yang lalu. Sehubungan itu, mesyuarat ini diadakan bagi memastikan kesinambungan kepimpinan serta kelancaran pentadbiran Exco Wiramuda.

Selaras dengan peruntukan Fasal 8.1.5 Peraturan Pengurusan dan Pentadbiran Wiramuda StarSabah, Setiausaha Exco Wiramuda, Saudara Jess Joel Moriga, telah mengemukakan cadangan supaya Tuan Neilson Martin Idang dilantik sebagai Pemangku Ketua Exco Wiramuda sehingga tamat tempoh penggal pada tahun 2027.

Cadangan tersebut telah dibincangkan dan seterusnya diterima serta disokong sebulat suara oleh semua ahli jawatankuasa Exco Wiramuda yang hadir.

Exco Wiramuda mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Tuan Neilson Martin Idang atas pelantikan sebagai Pemangku Ketua Exco Wiramuda yang baharu. Exco Wiramuda yakin kepimpinan beliau mampu meneruskan agenda perjuangan serta memperkukuhkan peranan Wiramuda dalam mendukung aspirasi parti dan anak muda Sabah.
Sekian.

EXCO WIRAMUDA STARSABAH

Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Jordan Jude (Mantan Ketua Exco Wiramuda)  di atas pelantikan sebagai Pembantu Menteri K...
02/12/2025

Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Jordan Jude (Mantan Ketua Exco Wiramuda) di atas pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kabinet Sabah 2025. Selamat berkhidmat untuk rakyat dan khususnya Wilayah Sabah.

Satu permata yang hilang dan tidak dapat diganti, sebagai seorang sahabat yang pernah bersama-sama berjuang dalam satu rumah rasa bangga dan menyokong selalu ada. Ini adalah bukti kepimpinan anak muda yang begitu didambakan oleh rakyat.

Satu yang saya belajar daripada kesungguhan beliau walaupun beliau jauh lebih muda dari saya ialah, orang muda perlu berani, orang muda perlu lantang dan orang muda perlu berani mengambil risiko.

Jess Joel Moriga
Setiausaha Exco Wiramuda

16/11/2025
14/11/2025

Stevell talks to Jess Joel about Sabah's youth powered politics and its hurdle in Sabah's current political climate

Keputusan Mantan Ketua Exco Wiramuda dan Pengisian Jawatan Ketua ExcoExco Wiramuda STAR Sabah menghormati keputusan Mant...
13/11/2025

Keputusan Mantan Ketua Exco Wiramuda dan Pengisian Jawatan Ketua Exco

Exco Wiramuda STAR Sabah menghormati keputusan Mantan Ketua Exco yang telah meletakkan jawatan beliau dan memilih untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah yang akan datang. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat beliau sepanjang memegang jawatan tersebut serta mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang perjuangan yang diceburi selepas ini.

Berhubung dengan kekosongan jawatan Ketua Exco, berdasarkan Fasal 8.1.5 Perlembagaan Exco Wiramuda, calon kedua yang mendapat undi terbanyak semasa pemilihan yang lalu adalah layak untuk mengisi jawatan tersebut. Namun, perlu dijelaskan bahawa jawatan Ketua Exco pada pemilihan yang lepas merupakan jawatan yang dimenangi tanpa bertanding, maka tiada calon kedua yang layak untuk dilantik secara automatik.

Sehubungan dengan itu, Exco Wiramuda mengambil ketetapan untuk mengosongkan jawatan Ketua Exco sehingga selesai Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah. Satu mesyuarat khas Exco akan diadakan selepas PRU bagi membincangkan dan mengisi kekosongan jawatan tersebut secara rasmi.

Untuk rekod umum, tiada ahli Exco lain yang meletakkan jawatan selain Ketua Exco. Kami semua kekal komited meneruskan agenda perjuangan parti serta berdiri teguh di belakang kepimpinan STAR Sabah.

Exco Wiramuda menegaskan bahawa ini bukan masa untuk berpecah atau mencari kesalahan individu, sebaliknya masa untuk bersatu demi kemajuan, kestabilan, dan masa depan politik Wilayah Sabah yang lebih kukuh dan berpaksikan perpaduan.

EXCO WIRAMUDA STARSABAH
-Tamat-

Parti Solidariti Tanah Airku - StarSabah

"Sebagai Ketua Wiramuda pertama, saya agak kecewa dengan sikap segelintir pemuda dalam STARSABAH hari ini yang mudah ber...
13/11/2025

"Sebagai Ketua Wiramuda pertama, saya agak kecewa dengan sikap segelintir pemuda dalam STARSABAH hari ini yang mudah berputus asa dan mengeluarkan kenyataan bernada kecewa hanya kerana tidak dicalonkan. Anak muda sepatutnya menjadi benteng kekuatan dan keteguhan parti, bukan mencipta persepsi yang boleh melemahkan semangat perjuangan kita sendiri."

1. Membalas kepada kenyataan seorang abang, Terima Kasih untuk panjangkan suara ini. Namun tidak adil untuk anda pertikaikan hak kami sebagai manusia untuk berasa kecewa.

2. Sejarah tidak menipu satu ketika dahulu abang juga pernah meninggalkan parti atas cerita "Prinsip Perjuangan", abang juga dulu pernah mempertikaikan perjuang YB President. (Cermin Diri Sebelum Labelkan Kami Yang Segelintir ini).

3. Berhujahlah berdasarkan fakta, hari ini 54% pengundi di Sabah adalah di kalangan undi muda. Generasi ini adalah generasi KING MAKER dalam memilih pada PRU DU Sabah kali ini. Zaman abang dan zaman kami berbeza, dahulu hanya yang berusia 21tahun dan perlu mendaftar barulah bergelar sebagai pengundi. Hari ini apabila seseorang menjangkaui usia 18 tahun secara automatik akan menjadi pengundi yang berdaftar tanpa perlu mengundi. Oleh realiti ini kami sayap pemuda mahukan ahli kami diberi peluang untuk mewakili suara-suara 54% pengundi di Sabah.

4. Jangan persoalkan kesetiaan kami yang rata-rata sejumlah majoriti dalam Exco Wiramuda StarSabah adalah Parti kami yang pertama dan kami bercadang untuk memilih inilah parti kami terakhir juga. Kami menerima suara abang dengan hati yang terbuka tapi di mana anda sebelum ini? Kenapa sekembalinya di Parti terus jadi Calon? Kenapa tidak berjuang dulu, kemudian baru bertanding bagi Kerusi Parlimen? Kalau Wiramuda boleh begitu mengapa anda tidak?

5. Akhir sekali, kami menghormati prinsip demokrasi yang sedang berjalan. Kami juga menerima tiada satu pun Kerusi daripada 40 diberikan kepada kepimpinan Exco Wiramuda (Walaupun pahit rasanya). Kami juga akan kekal setia di belakang YB Datuk Seri Presiden. Tapi jangan sesekali persoalkan perasaan kami, kami juga manusia, kami juga mempunyai hak untuk bersuara dan mempunyai emosi. Dikesempatan ini, kami mengucapkan Semoga Maju Jaya kepada Mantan Ketua Exco Wiramuda dalam haluan yang dipilih beliau.

Sekian Terima Kasih.

Yang masih budak dan Muda. Yang tidak pernah ada keahlian di parti lain.
Setiausaha Exco Wiramuda StarSabah

KENYATAAN MEMBINA.
Daripada Ketua Wiramuda Pertama STAR.
12 November 2025

1. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Jordan Elron berkaitan perletakan jawatannya sebagai Ketua Exco Wiramuda StarSabah dan Ketua Bahagian Nabawan. Sebagai Ketua Wiramuda pertama, saya ingin menegaskan bahawa istilah “Wiramuda” yang saya ilhamkan, lahir dari semangat perjuangan tulus seterusnya menggubal sendiri Peraturan Tetap Wiramuda bagi memperkukuh struktur serta hala tuju perjuangan anak muda dalam STAR.

2. Sejak awal, perjuangan saya dalam STAR bukan bersifat retorik. Saya sendiri turun ke seluruh Sabah berceramah tentang hak-hak Sabah, menggerakkan kesedaran politik dan semangat 'Sabah First Mentality' dalam kalangan rakyat. Saya pernah dimasukkan ke dalam van polis berjam-jam semata-mata untuk menghalang saya daripada berucap di khalayak ramai, malah hampir dilokap kerana membantu gerakan SSKM pada waktu itu. Semua itu saya tempuhi demi mempertahankan maruah Sabah, bukan demi jawatan atau pencalonan.

3. Saya juga pernah meletakkan jawatan sebagai guru, meninggalkan kerjaya yang stabil dan selesa, semata-mata kerana tekad saya untuk berjuang menegakkan hak Sabah melalui wadah politik. Suatu ketika, STAR pernah berada dalam kerajaan, namun saya tidak mengambil kesempatan untuk “menuai hasil” atau mencari kepentingan peribadi. Perjuangan saya tetap konsisten, bukan untuk kedudukan, tetapi untuk prinsip.

4. Oleh itu, sebagai abang dalam ranah perjuangan ini, seikhlasnya saya ingin menasihati adik Jordan yang kami sayangi, agar tidak bertindak meninggalkan parti hanya kerana tidak dicalonkan. Dalam perjuangan politik, bukan semua pengorbanan dibalas dengan jawatan atau tiket pilihan raya. Kadangkala, ganjarannya hanya datang dalam bentuk kepercayaan dan pengalaman. Janganlah perjuangan ini disempitkan dengan istilah “menabur benih dan menuai hasil”, seolah-olah perjuangan ini hanya tentang siapa yang mendapat tempat.

5. Dalam sejarah perjuangan STAR, Presiden Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan sendiri sudah melalui jalan yang sukar dan berliku. Beliau pernah ditahan ISA, melawan abangnya dalam pilihan raya, semata-mata kerana perbezaan prinsip dan ideologi politik. Ini menunjukkan bahawa perjuangan sebenar menuntut keberanian dan keikhlasan, bukan emosi dan kekecewaan. Inilah contoh teladan kita. Maka, jika benar saudara Jordan ikhlas kepada perjuangan STAR, beliau sepatutnya tetap bersama parti dan mematuhi arahan kepimpinan, bukan meninggalkan wadah yang telah membesarkannya.

6. Sebagai Ketua Wiramuda pertama, saya agak kecewa dengan sikap segelintir pemuda dalam STARSABAH hari ini yang mudah berputus asa dan mengeluarkan kenyataan bernada kecewa hanya kerana tidak dicalonkan. Anak muda sepatutnya menjadi benteng kekuatan dan keteguhan parti, bukan mencipta persepsi yang boleh melemahkan semangat perjuangan kita sendiri.

7. Akhir kata, saya menyeru semua ahli dan penyokong STARSABAH, khususnya generasi muda, agar terus berjuang dengan jiwa yang tulus dan ikhlas. Jangan biarkan perjuangan ini dicemari oleh rasa kecewa atau kepentingan peribadi. Kita berjuang bukan kerana individu, tetapi kerana keyakinan terhadap perjuangan menegakkan hak Sabah dan masa depannya.

Yang ikhlas,
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Wiramuda STAR Pertama.

Kenyataan Razzidin Robert | N.40 BingkorSalam semua, Saya tahu ramai yang cakap kononnya kerana keputusan bapa saya, Rob...
11/11/2025

Kenyataan Razzidin Robert | N.40 Bingkor

Salam semua,

Saya tahu ramai yang cakap kononnya kerana keputusan bapa saya, Robert Tawik, baru-baru ini, kesetiaan saya terhadap STAR perlu diragui.
Ini adalah penjelasan saya untuk semua.

Saya menyertai STAR bukan sebab keluarga, tapi kerana saya percaya kepada perjuangan STAR iaitu untuk membela hak Sabah, maruah Sabah, dan masa depan rakyat Sabah.

Saya menyertai STAR bermula dari bawah, berkhidmat dalam Wiramuda STAR, dan tidak pernah dan tidak akan berpaling dari perjuangan ini.

Bapa saya ada jalannya sendiri. Saya pun ada jalan saya sendiri.

Saya bukan bayang-bayang sesiapa. Saya berdiri atas pendirian saya sendiri.

Kepada yang masih meragui saya, tidak mengapa. Keraguan itu biasa. Tapi bila tiba masa pilihan raya nanti, nilailah saya melalui keteguhan saya, kerja saya, dan keberanian saya untuk kekal setia walaupun lebih mudah untuk mengikut arus.

Kesetiaan saya tidak pernah dijual. Ia tetap di tempat asalnya bersama STAR, bersama Sabah, dan bersama rakyat Bingkor.

Razzidin Robert
Timbalan Exco Wiramuda STARSABAH

Address

Ibu Pejabat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Exco Wiramuda Parti STARSabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share