PAS Semenyih

PAS Semenyih Laman Facebook ini merupakan laman rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS) Dun Semenyih.

Serahan kit makanan di Pangsapuri Baiduri Fasa 6 Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Turut hadir YB Ustaz Nushi Mahfodz, ADN ...
01/03/2026

Serahan kit makanan di Pangsapuri Baiduri Fasa 6 Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Turut hadir YB Ustaz Nushi Mahfodz, ADN Semenyih.

Tahniah & terima kasih JAM Selangor.

PAS Cawangan Kantan Permai telah menziarahi keluarga serta menghulurkan sedikit sumbangan kepada balu almarhum.Almarhum ...
28/02/2026

PAS Cawangan Kantan Permai telah menziarahi keluarga serta menghulurkan sedikit sumbangan kepada balu almarhum.

Almarhum meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 4 ketika menjalankan kerja pemasangan awning.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan mengurniakan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.

Tahniah YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
22/02/2026

Tahniah YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Khabar gembira buat semua.
Tahniah Dr. Sam.
Syabas PAS!

Di bawah teraju baharu ini, kita kuatkan kesatuan.

Perikatan Nasional akan diperkasa dengan lebih tersusun, lebih fokus dan lebih dekat dengan rakyat.


Selamat Tahun Baru Cina 2026
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026

Setiap kali Tahun Baru Cina tiba, kita bercakap tentang tuah dan kemakmuran. Tetapi kemakmuran yang sebenar bukan jatuh dari langit. Ia dibina perlahan, konsisten, dan bersama.

Kita mahu Semenyih dikenali bukan hanya kerana perayaannya yang meriah, tetapi kerana komuniti yang saling menjaga.

Kita mahu peniaga kecil berniaga tanpa rasa terpinggir, anak muda Tionghua, Melayu dan India melihat masa depan mereka di sini, bukan perlu berhijrah keluar, infrastruktur asas diselenggara tanpa lengah, aduan rakyat ditangani penuh amanah.

Tahun 2026 ini adalah tahun untuk kita menterjemahkan perpaduan kepada kemakmuran yang boleh dirasai oleh semua. Kita mahu anak-anak kita membesar di sebuah daerah yang bukan sahaja pesat dengan bangunan, tetapi tumbuh dengan nilai hormat-menghormati yang menjadi akar tunjang kita selama ini.

Merah itu simbol keberanian. Kuning itu simbol kedaulatan. Dan di celah-celah warna itu, ada keringat kita semua yang bekerja keras demi masa depan Semenyih yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina 2026.
Gong Xi Fa Cai.

Bersama, kita jadikan Semenyih contoh keharmonian buat seluruh Selangor.



Hari ini menerima mesej daripada seorang penduduk yang memohon bantuan, memaklumkan bahawa beliau belum makan. Atas rasa...
20/10/2025

Hari ini menerima mesej daripada seorang penduduk yang memohon bantuan, memaklumkan bahawa beliau belum makan.

Atas rasa prihatin dan mewakili YB ADN Semenyih, kami terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semoga urusan beliau dipermudahkan dan rezekinya sentiasa dilimpahkan oleh Allah SWT.


🌸 Serahan Sumbangan Deepavali Pusat Khidmat ADN SemenyihAlhamdulillah, semalam saya mewakili YB Ustaz Nushi ADN Semenyih...
20/10/2025

🌸 Serahan Sumbangan Deepavali Pusat Khidmat ADN Semenyih

Alhamdulillah, semalam saya mewakili YB Ustaz Nushi ADN Semenyih, serta selaku Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Langat, telah menyempurnakan serahan saguhati Deepavali kepada 9 keluarga masyarakat India sekitar Seksyen 2 & 3, Bandar Bukit Mahkota. Lajnah Kabajikan PAS BBM juga turut bersama dalam program pemberian Deepavali tersebut.

Kunjungan muhibbah ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat tanpa mengira agama dan bangsa, selaras dengan semangat “Rahmah Untuk Semua” yang menjadi teras perjuangan kami.

Alhamdulillah, semua penerima amat gembira dan terharu menerima kunjungan kami, yang bukan sahaja membawa sedikit sumbangan, tetapi juga tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama jiran serta rakyat Malaysia yang harmoni.

Terima kasih kepada semua yang turut membantu menjayakan program kecil tapi penuh makna ini.
Semoga usaha sebegini menjadi jambatan kasih antara kita semua. ❤️






Tahniah JPrUDM Kantan Permai 💪
15/10/2025

Tahniah JPrUDM Kantan Permai 💪



Program pemantapan Jentera Pilihanraya bagi persediaan menghadapi PRU16.
14/10/2025

Program pemantapan Jentera Pilihanraya bagi persediaan menghadapi PRU16.



06/10/2025

𝗛𝗔𝗣𝗣𝗬 𝗠𝗜𝗗 𝗔𝗨𝗧𝗨𝗠𝗡 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗙𝗥𝗢𝗠 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧

PAS Hulu Langat Honours the Spirit of Harmony Behind the Mid-Autumn Festival Every year.

Our Chinese community in Malaysia celebrates the Mid-Autumn Festival on the 15th day of the eighth month of the lunar calendar.

The festival carries a deep meaning of family love, unity, and appreciation for cultural heritage.

Historically, the festival has been associated with various stories in traditional beliefs, and some are associated with various histories, but originally the festival was a time to celebrate a successful rice and wheat harvest, where food offerings were made to honour the moon.

Today, it is still an opportunity for friends and family to gather outdoors to enjoy moon cakes and admire the beauty of the moon, a symbol of harmony and unity.

Regardless of its origin, the essence remains the same, and PAS Hulu Langat wishes you a Happy Mid-Autumn Festival, a day of celebration of togetherness and gratitude.

中秋节快乐 🌕✨
愿今夜的明月为您和家人带来幸福、平安与团圆。

Happy Tiong Chiu! 🌕✨

Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
PAS Kawasan Hulu Langat

29/09/2025

Himpunan Mega , 4 Oktober 2025, Kuala Lumpur!

Hari ini berlangsung Program Bakti Demi Selangor 6.0 anjuran JPrD Semenyih di JPrUDM Semenyih Indah. Antara aktiviti uta...
28/09/2025

Hari ini berlangsung Program Bakti Demi Selangor 6.0 anjuran JPrD Semenyih di JPrUDM Semenyih Indah. Antara aktiviti utama ialah ziarah kasih dan jejak pengundi, sambil bertanya khabar penduduk serta mendengar masalah yang mereka hadapi. Segala isu yang dikongsi akan dibawa dan dibangkitkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran TYDP PAS Kawasan Hulu Langat bersama AJK JPrP Hulu Langat.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Semenyih:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share